Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

Pasti ramai tertanya-tanya terutamanya yang menjaga portion makan, jaga kalori yang diambil bagi setiap hidangan atau tengah diet tentang berapa jumlah kalori menu Ayam Gepuk Pak Gembus. Boleh ke makan selalu?

Menu ayam gepuk sekarang ni memang menjadi antara pilihan orang ramai. Ada yang kata, kalau boleh hari-hari nak makan ayam gepuk. Tapi risau pula dengan kalori yang ada pada menu tersebut. Takut naik berat badan pula

Manakan tidak, macam Ayam Gepuk Pak Gembus, pada ayam dan sambalnya ada minyak. Ianya makanan digoreng. Jadi jika ambil berlebihan, pastinya tidak baik untuk kesihatan kita, lagi-lagi untuk yang jaga berat badan kan..

BACA JUGA : Sambal Pedas Daripada Ayam Gepuk Pak Gembus

Secara amnya, orang lelaki dewasa perlukan 2000 kalori sehari untuk maintain berat badan, berbanding wanita yang perlukan 1500 kalori sehari. Jadi untuk turunkan berat, kena ambil kurang daripada nilai maksimum tersebut. Agaknya berapa kalori Ayam Gepuk Pak Gembus ni?

Jadi ramai yang tertanya-tanya, satu set Ayam Gepuk Pak Gembus ni agak-agak berapa la kalori secara keseluruhan. Kalau makan hari-hari senang gemuk tak? Sekarang pun dah jadi makanan feveret oragn ramai kan.

Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

Dari perkongsian tiktok milik @Natalie iaitu seorang Holistic Nutrition Coach, beliau ada kongsikan jumlah kalori pada set lengkap Ayam Gepuk Pak Gembus.

Pada menu tersebut terdapat satu mangkuk nasi putih, ayam goreng, sambal cili, tauhu, tempeh, kubis goreng, timun beserta kicap manis. Berapa jumlah kalori setiapnya dan jumlah keseluruhannnya?

Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

  • Kicap manis = 1 pum (70 kalori), 2 pum (14 kalori)
  • Timun = 5 kalori
  • Kubis goreng = 80 kalori
  • Tempeh = 50 kalori
  • Tauhu = 70 kalori
  • Nasi semangkuk = 200 kalori
  • Ayam goreng = 285 kalori
  • Sambal = 70 kalori

Jadi secara total dan keseluruhannya, set Ayam Gepuk Pak Gembus mempunyai 880 kalori bagi setiap hidangan.

@natalie.ljy Replying to @imran ♡ Ayam Gepuk calories!!! #caloriecount #fyp #foryousports ♬ original sound - Natalie | Nutrition & Fitness

Jadi dengan jumlah 880 kalori daripada Ayam Gepuk Pak Gembus itu, tidaklah akan membuatkan anda naik berat badan dan tidak kacau diet anda pun. Meskipun begitu, makanlah dengan sederhana. Janganlah sampai makan hari-hari kan.

Ya, jadi boleh la makan setiap minggu. Nak makan hari-hari tak mampu. Harga dekat RM12 bagi setiap hidangan. Kalau bawah 10 ringgit ni, kan best. Apa-apapun Ayam Gepuk Pak Gembus ni juga antara feveret makanan aku juga.

BACA JUGA : Feveret Ayam Gepuk Pak Gembus Di Temerloh

BACA JUGA : Harga Ayam Gepuk Pak Gembus Terbaru

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

5 comments for "Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus"

Comment Author Avatar
Terima kasih tolong kirakan kalori hehe
Comment Author Avatar
bagus info ni sebab ramai yg suka makan kat ayam gepuk pak gembus ni
Comment Author Avatar
kalau dulu2 setp kali makan mesti semak kalori.. takut gemuk... :D..
Comment Author Avatar
Mrs. A selalu makan aje hehehee tak kira pun berapa kalori.
Comment Author Avatar
tima kaseh kirakan kalori..hehe..boleh makan tanpa rasa bersalah..hehe..