Review Filem Badland Hunters Di Netflix - Terbaru Daripada Ma Dong Seok

Review Filem Badland Hunters Di Netflix

Masa tengah scroll Twitter, tengok ada yang suggest filem Badland Hunters terbaru di Netflix. Tengok poster terus nampak abang Don Lee aka Ma Dong Seouk berlakon sebagai watak utama. Terus la tengok.

BACA JUGA5 Filem Korea Pelakon Ma Dong-Seok Terbaik

Secara keseluruhan, aku puas hati, best untuk tengok lagi-lagi kalau pelakon Korea berbadan besar, muka takda perasaan dan pandai bertumbuk tu berlakon. Ada dia mesti ada aksi fighting punya, tapi...

Filem Badland Hunters mula ditayangkan di Netflix pada 26 Januari 2024 yang mana menampilkan pelakon Ma Don Seok (Nam-san), Lee Hee Joon (Dr. Yang Gi-su), Lee Jun Yong (Choi Ji Wan), Roh Jeong Eui (Su-na), An Ji Hye (Lee Eun-ho) dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Badland Hunters

Filem ini bermula dengan satu malapetaka di seluruh Korea terutamanya di Seoul dimana berlaku gempa bumi besar dan menjadikan negara tersebut seperti tanah tandus.

Tapi ramai yang masih selamat dan mula kehidupan baru serba kekurangan. Air bersih terhad, makanan sukar untuk didapatkan, tiada elektrik dan sebagainya.

Namsan bersama Choi Ji Wan menjadi partner untuk dapatkan bekalan makanan bagi penduduk di sebuah penempatan yang didirikan atas usaha orang ramai.

Kisah perjalanan bermula apabila ada satu kumpulan datang ke perkampungan tersebut dan mengajak anak muda untuk tinggal bersama mereka di sebuah apartment demi menaikkan kembali masa depan Korea.

Salah seorang yang dijemput adalah Su-na. Dia bersama neneknya pergi ke apartment tersebut yang dikatakan mempunyai bekalan yang cukup termasuk air bersih.

Apartment tersebut diketuai oleh seorang doktor iaitu Yang Gi-Su bersama-sama askar dan dialah yang mencadangkan untuk dapatkan orang muda dan kanak-kanak untuk dibawa kesana.

Kenapa doktor tersebut hanya inginkan orang muda? Apa yang ingin dilakukan oleh beliau selepas itu? Dari sinilah bermula perjalanan pemburu Namsan, Jiwan dan Eunho.

Review Filem Badland Hunters Di Netflix

Review Filem Badland Hunters

Lepas aku habis tengok ni, baru aku google dan cari wikipedia pada Badland Hunters ni dan aku baru tahu ianya sambungan atau sekuel filem Concrete Utopia yang ditayangkan di pawagam tahun 2023. Tapi macam takda kaitan pun kalau tak tengok yang filem pertama tu.

Lepas tengok trailer, aku perasan pasap apartment tu sama, tapi sepertinya ia lebih fokus kepada lepas kesan gempa bumi tersebut. Tiada perkara luar jangka yang berlaku.

Berbeza dengan Badland Hunters ni, dimana mengfokuskan kepada seorang 'doktor gila' yang mencipta serum yang membantu untuk manusia menjadi kebal dan mampu hidup semula seperti reptilia.

Kalau ikut plot cerita ni mudah sahaja, straight to the point, cumanya kenapa doktor tu buat aku masih tak faham sehinggalah pada akhir-akhir cerita.

Lepas dah tahu, tiba-tiba aku teringat cerita Spiderman bersama villain Dr. Curtis yang bertukar menjadi The Lizard. Reptilia ni kalau kena potong ekor pun boleh tumbuh lagi. Susah mati. Perkara sama juga berlaku dalam Badland Hunters.

Dr. Yang Gi Su mencipta serum reptilia hanyalah dengan satu tujuan untuk hidupkan kembali anak perempuannya. Jadi untuk berjaya, dia perlukan ramai anak muda menjadi bahan uji kaji termasuk Su-na.

Review Filem Badland Hunters Di Netflix

Dalam masa yang sama, mereka yang mengambil serum ini susah mati. Disebabkan itu, sebahagian askar-askar yang melindungi apartment ini disuntik dan mereka menjadi kebal. Tetapi kesan buruknya, mereka perlu dapatkan beberapa serum tersebut sebelum bertukar menjadi reptilia.

Dari segi aksi, kalau dah ada abang Zombie kita sorang ni, memang ngam teruk lah. Tapi kali ini lebih ganas dan aku rasa tak sesuai untuk budak-budak tengok. Lagipun dia memang tontonan 18 tahun ke atas pun.

Cara nak bunuh askar-askar yang susah mati tu tak boleh tembak atau sekadar tikam sahaja, tapi kena hancurkan badan terus atau pancung kepala. Jadi dalam ni banyak la adegan-adegan tersebut. Hebat filem Korea.

Aksi Don Lee memang fabulous la sama ada seni berlawan atau menggunakan senjata. Tapi aku rasa pening sikit, sebab bila aksi berlawan, kamera goyang kuat betul. Dah macam tengok Mat Kilau. Itu lah spoil sikit. Lain semua mantap.

Review Filem Badland Hunters Di Netflix

Review Filem Badland Hunters Di Netflix

Tapi mungkin ada kurang sikit lagi bila seni berlawan Ma Don Seouk dalam filem di Netflix ni tak 'serangup' bila dia gaduh bertumbuk dalam filem-filem The Roundup. Nampak real bertumbuk dan kamera tak goyang.

Adegan lucu pun ada diselik sikit-sikit. Don Lee dengan muka takda perasaan, partner dia cepat gelabah. Lepas tu ada pula side villain yang lawak. Jadi memang ada gelak sikit-sikit.

Kalau nak cerita logik tu ada la here-and-there. Tapi filem fiksyen kan, mestilah yang menang hero. Kalau terus tembak pula, tak panjang la jalan cerita. Mesti ada drama, lepas tu boleh la disajikan dengan aksi. Baru lengkap kan.

BACA JUGA : Dapatkan Netflix Mudah Disini

Secara overall aku suka filem Badland Hunters ni. Awal-awal tengok macam Mad Fury pun ada sebab tanah tandus dan warna kekuningan je. Plot biasa tapi aksi mantap. Korang kena tengok juga sekarang di Netflix


Rating Badland Hunters : 8/10 

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Filem Badland Hunters Di Netflix - Terbaru Daripada Ma Dong Seok"