Persediaan Aku Sebelum Travel Ke Korea. Elak Kena Tahan Di Imigresen

Persediaan Aku Sebelum Travel Ke Korea. Takut Kena Tahan Di Imigresen Plak!

Sekarang tengah hangat tentang isu rakyat Malaysia ditahan di imigresen dan tidak dibenarkan masuk ke Korea. Akibat perkara tersebut, mereka yang ditahan akan dihantar pulang serta merta tanpa menerima penjelasan yang munasabah.

Kalau anda masuk group facebook Road To Korea (RTK), ramai yang kongsikan pengalaman bagaimana dieorang ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Korea meskipun datang sebagai traveller dan datang untuk bercuti.

Kenapa Pelancong Malaysia Selalu Ditahan Di Korea?

Umum sedia maklum, rakyat Malaysia kalau nak masuk ke Korea, selain perlu pasport, setiap orang perlu dapatkan kebenaran dengan mohon K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) - macam visa tapi bukan visa dan barulah dibenarkan masuk ke Korea.

Ianya sama seperti rakyat Malaysia nak masuk Australia, kena mohon ETA. Kalau tidak, confirm tak boleh masuk. Untuk Korea ni perkara baru lagi, sebab perkara ini hanya dimulakan pada tahun 2021. Sebelum daripadanya tak perlu pun mohon K-ETA.

Ini dibuat berikutan ramai yang masuk Korea sebelum ini sebenarnya bukan untuk melancong atau bercuti, tetapi sebaliknya datang bekerja dan menetap secara illegal atau tidak sah. Sama je macam isu di Australia. Datang dan tidak pulang. Kerja kutip buah, kutip sayur dan sebagainya.

Disebabkan isu inilah, rakyat Malaysia kini menjadi antara target bila nak masuk Korea. Mereka akan cuba cari jika ada mana-mana pelancong yang mencurigakan yang mungkin mereka datang ke Korea untuk bekerja secara tidak sah dan bukan untuk bercuti.

Ramai Pelancong Malaysia Dihantar Pulang

Time by time, kalau tengok dalam group RTK, ramai yang sudah mengadu yang mereka dihantar pulang meskipun memang berniat untuk datang ke Korea untuk bercuti sahaja. Semua persediaan dah dibuat, tiba-tiba dihantar pulang.

pelancong malaysia ke korea ditahan dan dihantar pulang

Tips & Persediaan Sebelum Ke Korea

Aku dah pergi ke Korea Selatan sebanyak 2 kali iaitu pada Mac 2023 dan Oktober 2023 tetapi dalam dua keadaan berbeza. Kali pertama, aku pergi memang full DIY bersama family dan kali kedua, datang ke Korea bersama travel agent dengan program Shaklee

BACA JUGA : Itinerari Ke Seoul Korea Selama 6 Hari Secara DIY

Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dipanggil ke ruang penyiasatan dan tidak di interview oleh mana-mana pegawai. Masuk ke ruang imigresen, tunjuk pasport dan k-eta dan berjaya lepas.

Tapi sebelum tu, aku memang dah buat persediaan yang disarankan oleh mereka yang pernah bercuti ke Korea sebelumnya. Jadi aku ikut kebanyakkan yang dicadangkan supaya tidak ditahan dan dihantar pulang semula ke Malaysia.

  1. Print k-eta dan tiket flight
  2. Hafal itinerari sepenuhnya
  3. Booking siap-siap penginapan Airbnb
  4. Tempah return flight
  5. Print itinerari
  6. Pakai pakaian yang bersesuaian bila di aiport
  7. Bawa cash yang secukupnya disamping kad debit dan kredit

Setiap yang aku print, pastikan juga ada disimpan dalam smartphone. Mudah untuk semak, sekiranya apa-apa berlaku pada kertas tersebut seperti hilang dan sebagainya. Dah siap, barulah rasa selamat sikit untuk ke Korea.

Aku print k-eta dan letak terus dalam pasport bersama boarding pass. Masa lalu imigresen, bagi je terus semua dokumen wajib tersebut. Ini kalau tiada, confirm memang tak dapat masuk Korea la. Walaupun merayu sekali pun.

Itinerari ni memang aku hafal, sebab kebanyakkan info lokasi aku yang buat sendiri. Nak pergi lokasi tersebut, naik apa, cara nak naik subway, cara nak naik bas, tiket masuk, tempahan dan sebagainya. Semua ada dalam itinerari tu.

Macam aku buat dalam microsoft word je. Letak siap-siapa lokasi, tarikh dan masa. Nak cantik lagi, boleh buat dalam canva. Yang penting buat dalam gambar rajah. Sediakan siap-siapa walaupun ada hafal sekali pun.

print itinerary sebelum ke korea

Penginapan ni memang wajib la. Kalau pegawai tanya, tapi takda tempat tinggal lagi, memang cari nahas lah. Tapi kalau dah tempah, pastikan siap-siap screenshot tempahan tersebut, tak kisahlah Airbnb, Agoda, Booking dan sebagainya.

Nak pergi Korea, booking juga siap-siap return tiket. Jangan dah sampai sana baru lah nak beli tiket balik. Ini akan menambah keraguan pegawai yang menyiasat. Nanti, print juga tiket pulang tersebut. Kalau dia minta, boleh bagi.

booking penginapan di korea

Ada yang cadangkan di airport pakai pakaian cantik-cantik supaya nampak kita berduit. Ini pun aku ikut masa nak kesana. Tapi bukanlah pakaian mahal, hanya sekadar baju yang kemas dan berkasut. Ada headphone, earphone pakai. Tunjukkan anda berduit.

pakaian ke airport

Akhir sekali bawa cash Won dari Malaysia. Jangan mengharapkan sepenuhnya kad kredit atau kad debit anda. Lagi pun kat Korea, masih banyak yang terima cash sahaja. Jadi kena bawa. Atleast dieorang tanya nanti, anda ada bukti yang anda berduit.

Kalau tiada kad kredit dan mahukan tukaran wang asing yang berbaloi, jangan guna kad debit bank anda. Saranan aku gunakan kad prepaid sama ada BigPay atau Wise. Kedua-duanya memberikan tukaran yang berbaloi.

BACA JUGA : Cara Daftar BigPay Dan Dapatkan RM5 Percuma

BACA JUGA : Daftar Wise Dan Gunakan Ketika Travel Ke Luar Negara

Ini tambahan sekiranya anda ditahan. Jika anda disoal siasat oleh pegawai di sana, jawab dengan yakin sahaja. Selitkan sikit bahasa Korea kalau anda tahu. Senyum dan jangan cuba melawan. Itu hak mereka untuk menahan anda, tak guna pun lawan.

Semoga Semuanya Berjaya Ke Korea

Daripada pembacaan aku pengalaman-pengalaman pelancong Malaysia yang ditahan di Korea ini, mereka akan target solo traveller dan golongan bujang. Biasanya yang ditahan adalah datang daripada orang-orang ni lah. Tapi masih ada juga yang lepas.

Ini kerana, tiada siapa yang tahu apa syarat sebenar untuk anda masuk ke Korea. Ianya terlalu random. Tiada jawapan yang betul. Dia boleh tahan sesiapa sahaja dia suka dan boleh hantar pulang pada bila-bila masa.

Tapi aku tak jumpa lagi, bila keluarga bersama mak ayah yang kena tahan. Datang dengan ejen pun ada yang kena tahan, tapi datang dengan keluarga ni, confirm lepas dan tidak dikacau. Aku rasa, keluarga dieorang tak ganggu pun.

Pengalaman aku sendiri pun, meskipun persediaan semua dah buat, tapi tak kacau pun, sebab memang aku datang bersama keluarga dan ditambah dengan ada anak kecil. Siap dapat priority lane lagi sebab ada stroller baby tau.

pengalaman ke korea tanpa kena tahan imigresen dan dihantar pulang

Satu-satunya golongan yang tidak perlu risau kalau datang bercuti ke Korea Selatan adalah datang dengan keluarga dan ada anak kecil. Confirm lepas. Tapi sebaiknya sediakan je la segala dokumen yang seperti dicadangkan di atas. Kita tak tahu apa akan jadikan. Takut kalau tak buat, anda akan jadi keluarga pertama yang dihantar pulang.

Harap perkongsian ini bermanfaat lagi-lagi untuk yang akan terbang ke Korea tidak lama lagi. Sediakan segala dokumen yang anda rasa perlu. Insya allah boleh masuk ke Korea. Kalau kena tahan juga, saya cadangkan anda pergi ke Jepun atau Taiwan la. Lebih mudah.

BACA JUGA : Itinerari Ke Taiwan Dengan Kos Kurang RM1500

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Persediaan Aku Sebelum Travel Ke Korea. Elak Kena Tahan Di Imigresen"

Comment Author Avatar
kalau saya memang kena tahan la..sebab passport pun takde/...hihihi