Jadual Keputusan Malaysia vs China B-23 (U23) Perlawanan Persahabatan Tier 2 Tahun 2023

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs China B-23 Perlawanan Persahabatan Tier 2 Tahun 2023

Musim bola sepak tempatan kini sudah menutup tirai. Penyokong dan peminat bola sepak tanah air terutamanya perlu menunggu sehingga Mei tahun hadapan baru musim baru bermula.

Ini bermakna hampir 5 bulan kita tidak disajikan dengan aksi bola sepak tempatan. Tapi sebelum ianya bermula, akan ada beberapa siri kejohanan Piala Asia iaitu melibatkan skuad utama dan skuad bawah-23.

Untuk permulaan, skuad Harimau Malaya B-23 atau Malaysia B-23 terlebih dahulu akan adakan sesi perlawanan persahabatan tier 2 dengan bertemu China B-23 di Shanghai.

Perlawanan ini diadakan adalah bagi persediaan skuad kendalian Juan Torres Garrido untuk persiapan menghadapi kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar yang dijadualkan berlangsung pada April depan.

Senarai Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya B-23, Juan Torres Garrido telah memanggil 24 pemain bagi menyertai kem latihan berpusat sekali gus akan terlibat dalam perlawanan persahabatan tier 2.

Senarai Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan

Jadual Perlawanan Malaysia B-23 vs China B-23

Seperti yang diumumkan oleh FAM, skuad bola sepak kebangsaan bawah-23 akan menghadapi dua perlawanan antarabangsa tier 2 iaitu menentang China B-23 iaitu pada 23 Disember (Sabtu) dan 26 Disember 2023 (Selasa).

FT : Malaysia B-23 (1) - (0) China B-23

  • Harith Haiqal 90+5'

Waktu : 2.00 Petang
Tempat : Stadium Jinshan, Shanghai
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : weibo.com

FT : China B-23 (2) - (1) Malaysia B-23

  • Du Yuesheng 5'
  • Aliff Izwan Yuslan 34'
  • Tao Qianlong 45+4'

Waktu : 2.00 Petang
Tempat : Stadium Jinshan, Shanghai
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2Link 3

Ada Siaran Langsung Ke?

Meskipun tiada perlawanan liga buat masa ini, peminat-peminat bola sepak sekurang-kurangnya akan disajikan dengan aksi perlawanan persahabatan melibatkan pasukan negara.

Tetapi anda silap!

Ini kerana perlawanan antara Malaysia dan China U23 ini turut juga tidak disiarkan secara langsung di kaca tv. Ini kerana ianya merupakan perlawanan tertutup tanpa penonton.

Jadi sekiranya ada pun, tayangan tersebut hanya dibuat oleh pihak amatur yang berkesempatan untuk menonton perlawanan tersebut di sana ditayangkan secara live streaming secara tidak rasmi.

Sekiranya ada, kami akan kemaskini dari semasa ke semasa. Kalau tiada, meloponglah. Tengok result je la nanti.

Rekod Pertemuan Malaysia B-23 vs China B-23

Untuk skuad B23 atau U23 bagi pasukan Malaysia dan China, mereka sebelum ini pernah bertemu sebanyak 3 kali yang mana menyaksikan China B-23 menang 2 dan seri sekali.

  • China U23 (3) - (0) Malaysia U23 - Tahun 2010
  • China U23 (2) - (1) Malaysia U23 - Tahun 2018
  • Malaysia U23 (2) - (2) China U23 - Tahun 2019

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com