Telefilem Kau Langit Aku Laut Di TV3

Telefilem Kau Langit Aku Laut Di TV3

Saksikan telefilem Kau Langit Aku Laut yang akan menemui penonton semula pada 25 November 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi FJ Pictures, diarahkan oleh Feroz Abdul Kader dengan nukilan skrip dariapda Mahizan Husain.

Sinopsis Telefilem Kau Langit Aku Laut

Telefilem Kau Langit Aku Laut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Azira Shafinaz, Aman Graseka, Idris Md Diah, Jay Iswazir dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Anas
  • Azira Shafinaz sebagai April
  • Aman Graseka sebagai Tuan Bahari
  • Idris Md Diah sebagai Hassan
  • Jay Iswazir sebagai Jinggo

Ianya mengisahkan tentang Anas iaitu seorang bekas ketua gangster. Dia telah menjalani hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan merompak.

Setelah dibebaskan, Anas masih dicari oleh saki baki gengnya yang masih mahu Anas kembali menjadi ketua mereka. Mereka sedang merancang rompakan yang lebih besar.

Anas tak mahu lagi mempertaruhkan hidupnya sebagai penjenayah. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pakciknya di sebuah kampung nelayan. Di situ, Anas ingin memulakan hidup baru.

Penjara telah membuatkan Anas memikirkan semula tentang masa mudanya yang selama ini banyak dihabiskan di jalan kejahatan.

Anas begitu kesal mengingati segala pengorbanan ibunya yang bersusah payah membesarkannya sebagai ibu tunggal dan kemudian maut dalam kemalangan.

Anas sedih kerana dia tak pernah membuatkan ibunya bahagia. Anas nekad untuk berubah. Pakciknya menerima Anas dengan baik. Anas ikut pak ciknya ke laut dan belajar menjadi nelayan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Kau Langit Aku Laut Di TV3"