Senarai Harga Rasmi IPhone 15, Plus, Pro, Pro Max Di Malaysia Tahun 2023

Senarai Harga Rasmi IPhone 15, Plus, Pro, Pro Max Di Malaysia Tahun 2023

Untuk anda yang sedang mengira-ngira dan bercadang untuk dapatkan iPhone keluaran terbaru, sebelum tu anda tengok dulu senarai harga rasmi di Malaysia untuk siri iPhone 15 untuk tahun 2023.

Bulan September setiap tahun, orang ramai pasti tertunggu-tunggu keluaran terbaru iPhone dan tahun 2023 ini, pihak Apple telah melancarkan secara rasmi siri iPhone 15 untuk pasaran global.

Siri iPhone 15 kali ini terdapat 4 varian iaitu iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Setiap daripadanya mempunyai tanda harga yang berbeza. Berapa harga rasmi di Malaysia agaknya?

Iphone semua sudah maklum meletakkan satu tanda harga yang sedikit mahal berbanding jenama-jenama telefon pintar atau smartphone lain yang dijual di pasaran.

Akan tetapi, dengan tanda harga tersebut, pastinya anda dapatkan sebuah smartphone yang premium dan berkualiti dan pastinya antara sebabnya adalah sistem operasi yang digunakan iaitu iOS yang tiada pada peranti smartphone lain.

Diluar sana, selain iPhone, menerusi statistik daripada StatCouner, 70% daripada smartphone yang ada di dunia menggunakan sistem operasi Android dan 28.5% untuk iOS. iPhone lebih eksklusif dan mungkin itu juga menyebabkan harga yang lebih tinggi.

JUntuk info, jika buat perbandingan harga iPhone 14 keluaran tahun 2022 dan iPhone 15 terbaru ada kenaikkan harga RM200. Ini sepertinya disebabkan nilai Ringgit yang merudum ketika ini.

Senarai Harga Rasmi iPhone 15 Di Malaysia Untuk Tahun 2023

Jom kita tengok harga rasmi untuk iPhone 15 untuk keempat-empat varian di Malaysia. Harga ini sama sahaja jika anda dapatkan dimana-mana kedai rasmi menjual peranti tersebut seperti Machine, Switch, Thunder dan sebagainya.

iPhone 15

  • 128GB = RM4,399
  • 256GB = RM4,899
  • 512GB = RM5,899

iPhone 15 Plus

  • 128GB = RM4,899
  • 256GB = RM5,399
  • 512GB = RM6,399

iPhone 15 Pro

  • 128GB = RM5,499
  • 256GB = RM5,999
  • 512GB = RM6,999
  • 1TB = RM7,999

iPhone 15 Pro Max

  • 256GB = RM6,499
  • 512GB = RM7,499
  • 1TB = RM8,499

Setiap varian iPhone 15 mempunyai harga yang dibezakan mengikut saiz storan yang ditawarkan. Makin besar saiz, makan mahal.

Untuk warna, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus ada lima pilihan iaitu Biru, Pink, Kuning, Hijau dan Hitam yang mengenakan warna pastel pada setiapnya.

Manakala untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max ditawarkan dengan lima warna berasaskan titanium iaitu Natural, Biru, Putih dan Hitam.

Spesifikasi iPhone 15 Tahun 2023

Jadi jom kita tengok pula spesifikasi yang ditawarkan bagi setiap varian iPhone 15

iPhone 15

Senarai Harga Rasmi IPhone 15 Di Malaysia Tahun 2023

  • OS : iOS 17
  • Saiz Skrin : 6.1-inci
  • Saiz Body : 147.6 x 71.6 x 7.8 mm
  • Berat : 171 g
  • Resolution : 1179 x 2556 pixel (461 ppi density)
  • Display : Super Retina XDR OLED
  • Chipset : Apple A16 Bionic
  • Camera : 48 PM & 12 MP (ultrawide) - Selfie 12 MP
  • Bateri : 3349 mAh
  • Support : USB Type-C 2.0
  • RAM : 6GB
  • Kapasiti : 128GB, 256GB, 512GB

Beli Online : Link 1 | Link 2 | Link 3

iPhone 15 Plus

Senarai Harga Rasmi IPhone 15 Plus Di Malaysia Tahun 2023

  • OS : iOS 17
  • Saiz Skrin : 6.7-inci
  • Saiz Body : 160.9 x 77.8 x 7.8 mm
  • Berat : 201 g
  • Resolution : 1290 x 2796 pixels (~460 ppi density)
  • Display : Super Retina XDR OLED
  • Chipset : Apple A16 Bionic
  • Camera : 48 PM, 12 PM (ultrawide) & Selfie 12 MP
  • Bateri : 4383 mAh
  • Support : USB Type-C
  • RAM : 6GB
  • Kapasiti : 128GB, 256GB, 512GB

Beli Online : Link 1 | Link 2 | Link 3

iPhone 15 Pro

Senarai Harga Rasmi IPhone 15 Pro Di Malaysia Tahun 2023

  • OS : iOS 17
  • Saiz Skrin : 6.1-inci
  • Saiz Body : 146.6 x 70.6 x 8.3 mm
  • Berat : 187 g
  • Resolution : 1179 x 2556 pixels (~461 ppi density)
  • Display : LTPO Super Retina XDR OLED 120Hz
  • Chipset : Apple A17 Pro
  • Camera : 48 MP, 12 MP (telephone), 12 MP (ultrawide) & Selfie 12 MP
  • Bateri : 3274 mAh
  • Support : USB Type-C 3.2 Gen 2
  • RAM : 8GB
  • Kapasiti : 128GB, 256GB, 512GB, 1TB

Beli Online : Link 1 | Link 2 | Link 3

iPhone 15 Pro Max

Senarai Harga Rasmi IPhone 15 Pro Max Di Malaysia Tahun 2023

  • OS : iOS 17
  • Saiz Skrin : 6.7-inci
  • Saiz Body : 159.9 x 76.7 x 8.33 mm
  • Berat : 221 g
  • Resolution : 1290 x 2796 pixels (~460 ppi density)
  • Display : LTPO Super Retina XDR OLED 120Hz
  • Chipset : Apple A17 Pro
  • Camera : 48 MP, 12 MP (telephone), 12 MP (ultrawide) & Selfie 12 MP 
  • Bateri : 4441 mAh
  • Support : USB Type-C 3.2 Gen 2
  • RAM : 8GB
  • Kapasiti : 256GB, 512GB, 1TB

Beli Online : Link 1 | Link 2 | Link 3


Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Harga Rasmi IPhone 15, Plus, Pro, Pro Max Di Malaysia Tahun 2023"