Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023
Saat yang ditunggu-tunggu kini tiba apabila perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 akan membuka tirai dimana mempertemukan Malaysia vs India pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jika dibuat perhitungan, peminat bola sepak tempatan khususnya telah menunggu selama 10 tahun untuk kejohanan yang bersejarah ini diadakan semula dan kali terakhir adalah pada tahun 2013 dimana ketika itu skuad Harimau Muda muncul juara.
Secara keseluruhan, itulah kemenangan kali ke-10 untuk pasukan Malaysia sama ada bagi skuad senior mahupun skuad muda sejak Pesta Bola Merdeka dilangsungkan pada tahun 1957 sehinggalah kali terakhir pada tahun 2013.
Kejohanan Pestabola Merdeka sangat dipandang tinggi oleh pasukan-pasukan Asia. Ketika dahulu, satu penghormatan yang besar apabila ada negara yang dijemput menyertai kejohanan ini dan ada yang menganggap ianya seperti 'Piala Asia Mini'.
Dijemput pun sudah berbangga, apatah lagi mengecap kejuaraan dan mengangkat piala. Ini pastinya antara harapan ketua jurulatih Kim Pan Go untuk mengecapi trofi pertama beliau sejak mengendalikan skuad Harimau Malaya pada tahun 2022.
Tetapi dalam masa yang sama, beliau juga ingin pastikan pasukan Malaysia mengecapi dan memperoleh kemenangan. Ini kerana disamping kejohanan, perlawanan ini juga sebenarnya diiktiraf FIFA sama seperti 'Perlawanan Persahabatan Tier 1' dan pastinya ada mata diperoleh jika menang perlawanan.
Jika ada point yang berjaya dikutip, ini sekali gus memberikan berita baik untuk pasukan Malaysia untuk perbaiki kedudukan rangking FIFA. Itu pastinya priority utama bagi pengendali Harimau Malaya untuk meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik.
Nampak mudah dengan harapan tersebut, tetapi Malaysia perlu harungi satu atau dua perlawanan dan bakal berdepan dengan pasukan yang jauh lebih tinggi rangking. Adakah pemain-pemain negara mampu untuk memberikan sesuatu kali ini?
Untuk perlawanan pertama, Malaysia akan bertemu India dan jika buat perbandingan rangking, Malaysia di kedudukan 136 dan India di rangking ke-102. Atas kertas, Malaysia tidak berjaya menandingan pasukan India.
Tetapi itu semuanya adalah nombor sahaja. Ini kerana Malaysia sebelum ini telah membuktikan mampu menandingi pasukan yang jauh lebih tinggi rangking iaitu China (80) dan Syria (94). Rangkin lebih tinggi, tetapi Malaysia berjaya mengikat kedua-dua pasukan dengan keputusan seri.
Jika dilihat sejarah pertemuan untuk Malaysia dan India yang pernah bertemu sebanyak 22 kali sejak 1957, Malaysia menang 10 kali dan hanya tewas sebanyak 6 kali sahaja. Tapi pertemuan terakhir pada tahun 2011 dalam perlawanan persahabatan Malaysia tewas tipis 2-3.
Inilah masanya Malaysia kembali untuk menidakkan kebangkitan India. Kedua-dua pasukan ini sebenarnya sedang berada dalam prestasi terbaik dalam beberapa tahun kebelangan ini. Mungkin inilah masa yang sesuai masing-masing untuk menguji kekuatan.
Harus diingat pemenang antara Malaysia vs India ini akan layak ke final bertemu Tajikistan sekali gus berpeluang meriah trofi dan yang tewas tiada lagi perlawanan kedua untuk penentuan tempat ketiga dan keempat. Disini sahaja dah membazir peluang perlawanan kedua untuk meraih point FIFA.
India ada kelebihan, Malaysia juga ada kelebihan iaitu bermain di tempat sendiri. Kali ini lebih menarik apabila Home of Harimau Malaya sudah dipersiapkan dengan rumput baru Zeon Zoysia. Kini mereka kembali di stadium keramat Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dikatakan lebih 40,000 tiket masuk stadium terjual bagi menyaksikan Malaysia vs India pada malam ini, jadi apa tunggu lagi, terus datang beramai-ramai dan dapatkan tiket secara online menerusi www.tickethotline.com.my dengan harga RM40 sahaja untuk tiket terbuka.
Siaran Langsung Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023
Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan kembali aksi pemain-pemain negara bersatu dalam sebuah pasukan digelar Harimau Malaya dan bertemu sebuah lagi pasukan yang mempunyai reputasi yang baik.
Jika berkesempatan, boleh datang ke stadium. Tetapi jika tidak, boleh sahaja menonton di kaca tv dimana Astro akan bawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) dan secara online di Astro Go.
Kali ini tiada tayangan di tv9 ataupun rtm. Jadi alternatif lain, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya langgan Pek Liga Malaysia yang mempunyai saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.
Tapi ada satu lagi alternatif untuk anda saksikan perlawanan ini secara live iaitu menerusi 'tayangan skrin besar' yang disediakan oleh pihak KBS untuk orang ramai. Boleh datang ke 15 lokasi terpilih seluruh Malaysia untuk saksikan secara percuma di skrin gergasi.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan pertama Malaysia vs India dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023 pada 13 Oktober ini, hari Jumaat di Stadium Nasional Bukit Jalil atau secara live di Astro mahupun menonton di 'skrin besar'.
13 Oktober 2023 (Jumaat)
FT : Malaysia (4) - (2) India
- Dion Cools 7'
- Naorem Mahesh Singh 13'
- Arif Aiman 20' (P)
- Faisal Halim 42'
- Sunil Chhetri 51'
- Corbin-Ong 61'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
*Malaysia menang dan layak ke final Pestabola Merdeka 2023 bertemu Tajikistan pada 17 Oktober ini
Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs India Pestabola Merdeka 2023"
Post a Comment