Senarai 16 Lokasi Skrin Besar Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023
Jika anda berkelapangan pada hujung minggu ini, apa kata datang ke mana-mana lokasi 'tayangan skrin besar' bagi menyaksikan aksi Harimau Malaya dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2023.
Pihak KBS bersama Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JSBN) akan menyediakan skrin besar untuk orang ramai menonton beramai-ramai perlawanan final Malaysia vs Tajikistan.
Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 17 Oktober 2023, iaitu pada hari Selasa bermula pada pukul 9.00 malam. Jadi anda boleh datang awal untuk dapatkan spot yang selesa untuk menonton bola sepak.
Inisiatif ini nampaknya terus dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ada perlawanan-perlawanan antarabangsa melibatkan pasukan negara terutamanya dalam sukan bola sepak.
Ini akan memberikan peluang untuk lebih ramai lagi mereka yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung meskipun hanya menerusi skrin.
Untuk info, pertemuan antara Malaysia vs Tajikistan akan ditayangkan di Astro Arena Bola (saluran 803). Selain itu, boleh tonton secara live streaming di Sooka dengan bayaran langganan.
Jadi sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada astro dan tidak mahu live streaming di skrin yang kecil, ini lah peluang anda untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di skrin gergasi.
Tambahan pula, tayangan skrin besar ini dibuat tempat yang lapang dan luas. Jadi boleh tengok ramai-ramai sambil memeriahkan suasana dan jadikannya seperti di stadium. Lagi best, masuk percuma sahaja.
Jadi kalau anda tidak berkesempatan untuk datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil, tapi nak rasakan viba dan suasana sama seperti di stadium, boleh la datang beramai-ramai di lokasi skrin besar ini nanti.
Pestabola Merdeka 2023
Pestabola Merdeka 2023 akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober 2023. Sepanjang tempoh tersebut akan berlangsung dua perlawanan melibatkan 3 pasukan; Malaysia, India dan Tajikistan.
Malaysia vs India merupakan perlawanan pertama dan pemenang untuk perlawanan ini akan bertemu Tajikistan pada pusingan akhir sekali gus berpeluang muncul sebagai juara.
Selain daripada takhta kejuaraan, perlawanan ini juga diiktiraf sama seperti Perlawanaan Persahabatan Tier 1 FIFA. Jadi pasukan yang menang, boleh peroleh mata sekaligus mampu perbaiki rangking.
Tidak boleh tidak, Malaysia perlu menang bertemu India bagi mendapatkan perlawanan kedua pula bertemu Tajikstan untuk mengumpul mata. Ingat tiada perlawanan tempat ketiga dan keempat.
Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023
Jadi ekor harimau semua, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke mana-mana lokasi tayangan skrin besar untuk menyaksikan aksi Malaysia vs Tajikistan. Boleh cari juga skrin besar near me.
Putrajaya
Dataran Putrajaya, Presint 3
Kuala Lumpur
Restoran Al Bidayah, Setiawanga
Selangor
Uptown Puchong Night Bazar
Kedah
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
Negeri Sembilan
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
Terengganu
Pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Sarawak
Morniah Cafe, Samariang Kuching
Labuan
Pekarangan Medan Selera Labuan
Kelantan
Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu
Perlis
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar
Pahang
Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang
Perak
Uptown Ipoh, Ipoh Night Market
Pulau Pinang
Esports Youth Cabin, Kepala Batas
Melaka
Pekarangan UiTM Kampus Bandaraya Melaka
Johor
Dataran Tasik Bandar Penawar, Kota Tinggi
Sabah
Funky Farm Foodcourt, Kota Kinabalu
Ayuh semua datang beramai-ramai dan berikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya berjaya membawa pulang kemenangan dan trofi Pestabola Merdeka 2023.
Post a Comment for "Senarai 16 Lokasi Skrin Besar Malaysia vs Tajikistan Pestabola Merdeka 2023"
Post a Comment