Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity

Cara Daftar Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity

Tahukah anda, sebenarnya untuk warga emas, pesara dan OKU mereka boleh dapatkan harga diskaun sehingga 50% bagi setiap pembelian tiket ETS dan KTM Intercity iaitu menerusi tiket konsesi yang disediakan oleh pihak KTMB.

Ini bermakna, golongan umur 60 tahun ke atas, layak untuk dapatkan diskaun separuh harga apabila mereka menggunakan perkhidmatan KTM. Dengan ini, mereka boleh dapatkan harga yang lebih jimat untuk suatu perjalanan jauh.

Tiga golongan konsisi utama ini (Warga emas, Pesara Kerajaan & OKU) mereka boleh sahaja dapatkan tiket diskaun tersebut di kaunter tiket jualan. Tetapi sebenarnya mereka boleh daftar sahaja secara online dan kemudian boleh beli tiket menggunakan website atau aplikasi sahaja.

Mungkin jika anda beli tiket saat akhir di kaunter, tiket dah habis. Jadi untuk lebih selamat selepas ini, anda daftar dahulu tiket konsesi secara online dan kemudian boleh la beli tiket ETS atau KTM Intercity pada bila-bila masa dengan nikmati potongan 50% diskaun.

Dan inilah yang aku lakukan untuk kedua ibu bapa aku apabila aku daftar terlebih dahulu nama mereka di website KTM sebelum beli tiket kereta api. Dah daftar akaun, kemudian daftar konsesi warga emas dan pesara dan barulah beli tiket. Dapat diskaun separuh harga lepas tu.

Jadi mungkin ada antara anda anak-anak yang ingin daftar nama ibu bapa untuk konsesi warga emas, anda boleh buat online seperti yang ditunjukkan dibawah. Cara ini juga boleh digunakan untuk daftar konsesi pesara kerajaan, OKU dan lain-lain.

Anda perlu tahu, setiap pengguna mestilah mempunyai satu akaun KITS (KTM Integrated Ticket System). Jika anda dah ada akaun KITS, anda tak boleh daftar nama ibu bapa anda sebagai konsesi warga emas. Sebaliknya ibu dan ayah anda perlu ada akaun KITS tersendiri dan barulah boleh mohon tiket konsesi.

Daftar Akaun Pembelian Tiket KTM Di KITS

Langkah pertama untuk daftar konsesi, perlulah daftar akaun KITS terlebih dahulu. Jadi anda boleh daftar sama ada menggunakan website di online.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi KTM Mobile.

  1. Buka website atau aplikasi KTM Mobile
  2. Kemudian klik pada butang 'Sign Up' dibahagian kanan atas dan klik 'Sign Up Now'
  3. Disini anda perlu masukan butiran peribadi seperti emel, nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon dan lain-lain. Sekiranya sudah selesai, tekan butang 'Sign Up'
  4. Akhir sekai anda perlu aktifkan akaun anda tersebut dengan klik pada link yang dihantar di emel tersebut.
  5. Selesai

Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity

Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity

Daftar Akaun Konsesi Warga Emas, Pesara Kerajaan Dan OKU

Jadi jika anda sudah selesai daftar akaun KITS, kini anda boleh mohon untuk akaun konsesi sama ada untuk warga emas, pesara kerajaan, oku dan lain-lain.

1.  Sign In Akaun KITS

Terlabih dahulu anda perlu sign-in akaun KITS anda menggunakan emel dan password seperti yang telah ditetapkan.

2.  Pilih Jenis Akaun Konsesi (Concession)

Jika anda sudah masuk pada bahagian utama akaun KITS anda tersebut, anda pergi ke bahagian Concession (Concession Registration). Disini akan dipaparkan nama, no. mykad, jantina dan no. telefon.

Kemudian anda perlu pilih jenis akaun Konsesi. Selain daripada Warga Emas, Pesara Kerajaan dan OKU, terdapat beberapa lagi seperti :

  • Pelajar
  • ATM
  • Ahli Bomba
  • Bekas Tentera
  • Polis
  • Pesanan Tiket Istimewa dan sebagainya

Pilih Warga Emas/Senior Citizen dan kemudian lengkap butiran lain seperti alaman rumah dan tarikh lahir. Pastikan sama dengan MyKad anda

Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity

3.  Upload Dokumen (MyKad/Kad Pesara/OKU)

Akhir sekali, anda perlu muat-naik atau upload dokumen berkaitan. Jika anda mohon untuk Warga Emas, upload gambar MyKad. Jika mohon untuk Pesara Kerajaan, upload Kad Pesara dan sama untuk golongan OKU.

Jika sudah, klik 'Submit'

Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity

4.  Selesai

Kemudian anda hanya perlu tunggu 3-5 hari sebelum permohonan tiket konsesi anda diluluskan. Kelulusan akan diberitahu menerusi emel.

Untuk pengalaman sendiri, hanya ambil masa 3 hari sahaja dan sudah diluluskan. Kemudian boleh beli terus tiket untuk parents aku dengan harga diskaun 50% untuk warga emas. Tiket platinum RM100 ke Perlis, dapat RM50 sahaja.

*Untuk info tambahan, gunakan PRIHATINEMAS bagi tiket Warga Emas untuk dapatkan diskaun tambahan RM5 dari 1 Julai - 31 Disember 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Daftar Online Untuk Harga Diskaun Warga Emas Sebanyak 50% Untuk Tiket KTM ETS & Intercity"