Koleksi Senarai 20 Lagu Patriotik Malaysia Terbaik Sempena Hari Merdeka

Senarai 20 Lagu Patriotik Malaysia Terbaik

Salah satu cara untuk menaikkan semangat patriotik dalam diri terutamanya bila tiba Hari Merdeka, Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia yang berkaitan dengan negara kita, lagu adalah salah satu faktor yang memainkan peranan.

Di Malaysia sebenarnya dah banyak lagu-lagu patriotik yang diperkenalkan sejak Kemerdekaan lagi. Saban tahun kita meraikan dengan penuh meriah hari yang bersejarah ini beramai-ramai sambil menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Kebiasaanya, bila tiba bukan Kemerdekaan, akan ada juga lagu patriotik baru yang diperdengarkan sama ada menjadi lagu tema Hari Kebangsaan atau ianya dicipta semata-mata bagi meraikan hari yang penuh bersejarah ini.

Lagu-lagu patriotik ini sangat penting terutamanya kepada golongan muda. Dengan adanya lagu ini, lebih mudah untuk menanam rasa cinta kepada negara. Lagu yang merapakan nilai kasih sayang, semangat perpaduan, cinta akan negara dan segalanya tentang kebaikkan.

Selain daripada menaikkan semangata patriotik, lagu-lagu ini sebenarnya evergreen dan tidak ditelan zaman. Setiap tahun, lagunya masih sedap untuk didengari. Lirik lagu mudah dihafal dan ianya mudah untuk dapatkan.

Senarai 20 Lagu Patriotik Malaysia Sempena Hari Merdeka

Berikut dikongsikan senarai 20 lagu Patriotik Malaysia untuk anda dengarkan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Juga disediakan lirik bagi setiap lagu.

  1. Lagu Negaraku
  2. Keranamu Malaysia
  3. Saya Anak Malaysia 
  4. Jalur Gemilang
  5. Warisan
  6. Bahtera Merdeka
  7. Tanggal 31
  8. Inilah Barisan Kita
  9. Satu Malaysia
  10. Sehati Sejiwa
  11. Standing In The Eyes Of The World
  12. Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
  13. Pahlawanku
  14. Sejahtera Merdeka
  15. Disinilah Lahirnya Sebuah Cinta
  16. Cemerlang Terbilang Gemilang
  17. Tanah Pusaka
  18. Puteri Puteri Negara
  19. Kenangan Negara
  20. Dirgahayu Oh Tanah Airku
  21. Setia
  22. Negaraku
  23. Sejahtera Malaysia
  24. Untukmu Malaysia

Berikut merupakan lirik bagi setiap lagu patriotik:

1.  Lagu Negaraku

NEGARAKU,
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU,
RAKYAT HIDUP,
BERSATU DAN MAJU,
RAHMAT BAHAGIA,
TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA,
SELAMAT BERTAKHTA,
RAHMAT BAHAGIA,
TUHAN KURNIAKAN,
RAJA KITA,
SELAMAT BERTAKHTA....

2.  Keranamu Malaysia

Buruh,nelayan dan juga petani,
Gaya hidup kini dah berubah,
Anak-anak terasuh mindanya,
Lahir generasi bijak pandai.

Pakar IT, pakar ekonomi,
Jaguh sukan dan juga jutawan,
Berkereta jenama negara,
Megah menyusur di jalan raya.

Alam siber,teknologi terkini,
Kejayaan semakin hampiri,
Biar di kota,ataupun desa,
Kita semua,pasti merasa bangga.

c/o:
Keranamu,kami mendakap tuah,
Keranamu,kami bangsa berjaya,
Keranamu kami hidup selesa,
Limpah budi kemakmuran negara.

Keranamu,kami bebas merdeka,
Keranamu,nyawa dipertaruhkan,
Keranamu rela kami berjuang,
Demi bangsa kedaulatan negara.

Keranamu negara Malaysia,
Malaysia....

TERIMA KASIH MALAYSIA.

3.  Saya Anak Malaysia - Dr. Sam

Sembilan belas lima puluh tiga
Bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan

Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Putih

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau

Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hati

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Sampai masa aku pun balik
Makweku tengok dia pelik
Dia kata dia nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa

Lemah-lembut sopan-santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia

4.  Jalur Gemilang

Merahmu bara,semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat,payung negara,
Biru perpaduan kami semua.

Puncak dunia telah kau tawan,
Lautan luas telah kau redah,
Membawa semangat jiwa merdeka,
Semarak jaya kami warganya.

Empat belas melintang jalurnya,
Semua negeri dalam Malaysia,
Satu suara satu semangat,
Itu sumpah warga berdaulat.

JALUR GEMILANG,DIBAWAH NAUNGANMU,
JALUR GEMILANG,KAMI SEMUA BERSATU,
PERPADUAN,KETAATAN,
AMALAN MURNI RAKYAT MALAYSIA.

JALUR GEMILANG,MEGAH KAMI TERASA,
JALUR GEMILANG,KIBARKANLAH WAWASAN,
MERAH,PUTIH,BIRU,KUNING,
JALUR SEMANGAT KAMI SEMUA.

Berkibarlah,berkibarlah,berkibarlah,
JALUR GEMILANG......

5.  Warisan - Sudirman

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

6.  Bahtera Merdeka - Aisyah

Bunda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra-putri sayang
Putra-putri sayang sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyingsing membawa harapan
Tanah semenanjung
Tanah semenanjung permata nilam

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji

7.  Tanggal 31 - Sudirman

Tanggal 31,
Bulan 8, 57
Merdeka,merdeka,
Ia pasti menjadi sejarah 

Tanggal 31,
Bulan 8, 57,
Hari yang mulia,hari bahagia,
Sambut dengan jiwa yang merdeka.

Mari kita seluruh negara,
Ramai-ramai menyambut hari merdeka,
MERDEKA.

31,bulan 8,57,
HARI MULIA NEGARAKU MERDEKA.... 

8.  Inilah Barisan Kita

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

9.  Satu Malaysia

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

[Chorus]
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

[Chorus x2]
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

10.  Sehati Sejiwa - Alif Satar dan Choir Gemersik

Demi tanah yang bertuah
Taman cinta merdeka
Kasih di hatiku ini
Untukmu tanah pertiwi

Dari utara selatan
Juga timur ke barat
Turut gagah Sabah Serawak
Sehati Sejiwa

[Chorus]
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

[Bridge]
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya

[Chorus]
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera

[Chorus Iban Kadazan…]
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
(mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

11.  Standing In The Eyes Of The World - Ella

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak ke mana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "standing in the eyes of the world"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul, wajar "standing in the eyes of the world"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah

Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini "standing in the eyes of the world"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara di jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul, wajar "standing in the eyes of the world"

Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world

Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world

Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world

Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world

Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes, standing in the eyes
Standing in the eyes of the world

12.  Tekad Perpaduan Penuhi Harapan - Aina Abdul & Khai Bahar

Takkan pernah ku jauh
Sentiasa ku teguh
Pertahankan tanah airku
Panas hujan ku tempuh
Penuhi harapanku
Negaraku gagah bersatu

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia
Walau berbeza warna
Kita semua sama
Bersatu kita takkan goyah
Negaraku Madani
Perpaduan di hati
Selamanya ku Malaysia 

Tekad Perpaduan Penuhi harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia

Oo Oo Oo Oo
Oo Oo Oo Oo 2x
Laungkan bersama
Demi Malaysia
Penuhi tekad harapan kita
Ini negara kita
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia

Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Cintai Malaysia
Demi Malaysia laungkan bersama
Cintai Malaysia

Cintai Malaysia...
Selamanya 

13.  Pahlawanku - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

14.  Sejahtera Merdeka

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami setia kami sedia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami setia kami sedia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia

15.  Disinilah Lahirnya Sebuah Cinta

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

(ulang korus)

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

16.  Cemerlang Terbilang Gemilang

Ke puncak penuh keagungan
Ke lembah penuh kemuliaan
Satu hati
Satu rasa
Impian pasti menjadi nyata
Demimu malaysia tercinta
Kami menggenggam tekad
Membawa bangsa negara
Ke puncak keagungan
Demi bangsa
Demi negara
Ayuhlah kita bangkit berjuang
Maju bangsa
Maju negara
Kita di pandang mulia
Cemerlang terbilang gemilang
Negara dan juga bangsa
Mari buktikan pada dunia
Malaysiaku berjaya

17.  Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku,
Yang ku puja oh tanah MALAYSIA,
Dimerata dunia,
Harum semerbak namamu oh MALAYSIA.

Aman makmur kaya raya,
Selama-lama hidup maju jaya,
Kau tanah pusaka,
Negaraku yang berdaulat dan merdeka.

TANAH PUSAKA BERTUAH,
BERBAGAI BANGSA DI DALAMNYA,
HIDUP AMAN DAN BERSAMA,
BERSATU KERJA UNTUK MALAYSIA.

Musuh melanggarku gempur,
Sungguh rela kugugur kerana,
Kau TANAH PUSAKA,
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA....

18.  Puteri Puteri Negara

Putera puteri negara jaya,
Bersatu berpadu tenaga,
Padamu harapannya bangsa,
Seandai cita-cita. 

Putera puteri sejati mulia,
Kota bandar desa sepasti,
Seruan jasmani dewi suci,
Bakti jasa jiwamu. 

Menegakkan nusa,
Mendirikan bangsa,
Putera puteri dewi,
Cekal gagah berani.

Putera puteri negara jaya,
Bersatu berpadu tenaga,
Padamu harapannya bangsa
Seandai cita-cita....

19.  Kenangan Negara

Kenangkanlah masa yang lalu,
Rakyat usaha tak bisa jemu,
Semua serba kekurangan,
Dalam masa penjajahan,
Pahit rasanya,amat sengsara,
Tanpa hidup yang merdeka.

Sawah ladang hasil keringat,
Usaha tani hanyalah penat,
Anak-anak kehausan,
Ilmu juga kemajuan,
Untuk bekalan masa hadapan,
Itulah kenangan lalu.

Masa berganti masa,
Negaraku merdeka,
Rakyat berbilang bangsa,
Bersatu setia.

Nikmat hasil berganda,
Di desa,di kota,
Berazam mencapai cita,
Berkorban jiwa raga,
Itulah hasrat negara,
BERDAULAT DAN MERDEKA......

20.  Dirgahayu Oh Tanah Airku

Kau,persada indah permai,
Pepohon menghijau,menghias pantai,
Putera puterimu tersenyum riang ria,

TUMPUAN PELANCONG,
DAN JUGA PARA PENIAGA,
BATIK SONGKET TENUNAN MENAWAN,
TERKENAL MERATA DUNIA.

Kepadamu oh pertiwi,
Kasihku abadi sejati murni,
Relaku berbakti demi berkorban diri,
Padamu ku curah sumpah,setia dan janji,
DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU.....

21.  Setia - Prancissca Peter

Demi negara,yang tercinta,
Kucurah bakti penuh setia,
Demi Raja,yang disanjung tinggi,
Kesetiaan tak berbelah bagi.

Kepada pemimpin,kepada rakyat,
Khidmat diberi penuh taat,
Sama bekerja,sama berusaha,
Setia berkhidmat untuk semua.

Rela berkorban apa saja,
Amanah bangsa tetap dijaga,
Kami berikrar,penuh setia,
Untuk AGAMA,BANGSA,dan NEGARA
2x

22.  Negaraku - Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SoneOne

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya

Ini negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Kalau kata itu kota
Kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu pewira selamat sejuta insan
Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf

Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila berlayar
Hamba keliling dunia
Tuannya yang terkenal
Dah merdeka dijasad harus bebas diakal

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya demi

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Dan dari lima puluh tujuh jalannya
Telah disuluh bangkit
Seakan subuh rebung
Dilentur buluh terus ke
Enam tiga
Kami menjadi kita jangan dipersia
Akibat titik-titik nila

Biar hujan batu turun selebat tengkujuh
Selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
Selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya demi

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try'na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita

Negaraku
Negaraku
Kuberi sepenuhnya
Kuberi sepenuhnya ini

Negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try'na change the world
Bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita (negaraku)

23.  Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada ilahi,
Anugerahnya tiada terhingga,
Kedamaian,kemakmuran,
Malaysiaku bahagia.

Bersemarak MALAYSIA tercinta,
Kibarkan panji kebesarannya,
Kami junjung,cita-cita luhur,
Perpaduan seluruh negeri.

Seia,sekata,sehati,sejiwa,
Menghadapi cabaran,
Kami setia,kami sedia,
Berkorban untuk negara.

Dengan tekad untuk berjaya,
Berbakti pada nusa dan bangsa,
Kami rela,menjaga namamu,
SEJAHTERA MALAYSIA....

24.  Untukmu Malaysia

Padamu Malaysiaku berjanji,
Padamu ku akan berbakti,
Seluruh jiwa raga ku serahkan,
Demi kejayaan bangsa.

Aman makmur damai sejahtera,
Akan kujunjung dan kujaga,
Berastu rela junjung setia,
Membela bangsa tercinta.

Syukurku selalu kepada ilahi,
Atas segala rahmatnya,
MALAYSIAku negara maju jaya,
Baktiku hanya untukmu....

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Senarai 20 Lagu Patriotik Malaysia Terbaik Sempena Hari Merdeka"