Beli Tiket Lotte World Adventure Seoul Secara Online Dengan Harga Lebih Murah
Untuk yang pertama kali berhajat untuk datang ke Lotte World Adventure di Korea ini, sebenarnya anda boleh dapatkan tiket masuk lebih murah jika anda beli secara online berbanding beli secara walk-in di kaunter.
Lotte World Adventure antara tempat dan lokasi yang menarik jika anda datang ke Korea Selatan. Ianya juga menjadi antara tempat yang aku sempat singgah ketika aku bercuri bersama keluarga di Seoul pada bulan Mac yang lalu.
BACA : Itinerary Lengkap 6 Hari Di Seoul, Korea
Sepanjang 6 hari berada di Seoul, Korea, Lotte World Adventure ini kami buat keputusan untuk datang pada hari keempat iaitu hari Selasa. Ini kerana, aku ada baca satu perkongsian youtuber, katanya datang hari Selasa dan Khamis kurang orang dan tidak terlalu crowded. Yes, itu betul.
Lotte World Adventure
Lotte World Adventure dikatakan antara taman tema hiburan tertutup (indoor) terbesar di Asia. Tetapi masih ada 2 bahagian utama iaitu indoor dan outdoor dimana ianya dihubungkan dengan sebuah jambatan.
Secara keseluruhan, disini banyak permainan tunggangan sesuai untuk keluarga dan anak-anak. Tidak terlalu extreme. Tapi kalau nak lebih mencabar anda boleh pergi kebahagian outdoor yang juga digelar dengan Magic Island.
Betapa besarnya tempat ni sampai ada 4 tingkat semuanya. Setiap tingkat ada permainan dengan tema tersendiri. Paling best adalah di tingkat 1F atau tingkat utama. Selain daripada permainan, akan ada juga persembahan perarakan yang berlangsung disini. Serius jangan terlepas.
Akan ada persembahan Summber Brass Band, Sambal Carnival Parade, Kiddy Band dan banyak lagi. Selain itu, acara utama yang anda tidak patut terlepas adalah Samba Together iaitu persembahan pentas yang berlangsung pada pukul 6.30 petang dan Magic Castle Lights Up pada jam 8.40 malam di bahagian luar.
Kesemua jadual perarakan dan persembahan ini, anda boleh tengok di website Lotte World Adventure atau klik disini.
Jika anda mencari taman tema hiburan, nak makan permainan dengan anak-anak, serius Lotte World Adventure ini tempat yang sesuai.
Selain itu, disini juga ada disediakan surau untuk muslim di tingkat 3F. Kedai makan banyak disediakan, tetapi setakat yang aku tahu, tiada makanan halal yang disediakan. Jadi bawa la makanan dari luar. Dieorang tak cek pun.
Paling penting, sebelum masuk tu, dapatkan map. Mudah untuk anda cari lokasi permainan yang best. Kalau ada masa, serius kena cuba semua permainan disediakan. Sebab tu kena datang dari pagi sampai malam. Seharian. Baru puas hati.
Cara nak pergi ke Lotte World
Kenapa Lotte World dan bukannya Everland?
Ini antara dua taman tema wajib datang salah satunya jika berada di Seoul, Korea. Pada awalnya, memang kami buat keputusan untuk ke Everland. Tetapi ada beberapa kekangan pada awal sampai di sini antaranya cuaca dan masa.
Selepas fikir-fikir, kami buat keputusan untuk ke Lotte World Adventure, tukar plan asal. Ada beberapa sebab kenapa tukar ke sana iaitu; lokasi lebih dekat, pergerakan lebih mudah sebab boleh naik subway sahaja dan tiket masih available ketika itu.
Aku ada tunjukkan cara terbaik untuk pergi ke Lotte World Adventure dengan menaiki subway line 2 sebelum ini dan stop di Jamsil Station (exit 4).
Tak perlu tukar-tukar bas ke subway. Naik dan terus sampai ke destinasi. Jarak pula tidak terlalu jauh. Memandangkan ramai budak-budak dan ada parents juga. Lebih mudah bergerak.
Ditambah lagi dengan cuaca sejuk. Everland ianya terbuka (outdoor), tetapi Lotte World adalah kawan indoor. Jadi duduk dalam tu, suam dan tak sejuk pun. Boleh tak pakai sweater pun, kecuali pergi ke bahagian outdoor.
Harga Lotte World Adventure
Sudah tentu, tempat seperti ini anda perlu dapatkan tiket masuk. Disini disediakan 2 jenis tiket iaitu satu hari (1-day) dan tiket selepas jam 4 (after-4) dan kedua-duanya terdapat harga untuk dewasa, remaja dan kanak-kanak.
Harga dibawah adalah untuk tiket taman tema sahaja sama seperti yang dipaparkan di kaunter tiket dan website Lotte World.
1-Day | After-4pm | |
---|---|---|
Dewasa | 59,000 Won | 47,000 Won |
Remaja | 52,000 Won | 41,000 Won |
Kanak-Kanak | 46,000 Won | 35,000 Won |
Cara Beli Tiket Lotte World Adventure
Terdapat 2 cara untuk anda dapatkan tiket masuk ke Lotte World Adventure iaitu menerusi pembelian tiket secara walk-in dikaunter atau anda boleh terus beli secara online sahaja.
i) Secara Walk-In
Untuk pembelian tiket secara manual atau walk-in di kaunter, anda boleh datang ke bahagian pintu hadapan dan harga yang ditetapkan adalah seperti diatas. Macam biasalah, bayar guna duit Won.
Ii) Secara Online
Tetapi sebenarnya lebih mudah, anda beli tiket secara online sahaja iaitu menerusi website klook. Anda boleh guna website atau aplikasi di telefon. Lebih mudah, boleh beli dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Cara ini juga, aku gunakan ketika pergi ke Lotte World Adventure sebelum ini. Aku beli tiket sehari sebelum aku datang. Aku pergi hari Selasa, jadi malam Isnin tu, terus siap-siap beli tiket online menggunakan klook.
Sebab utama kenapa aku beli tiket online di klook adalah perbezaan harga. Rupanya harga tiket beli online lebih murah kalau anda beli tiket secara walk-in. Perbandingan adalah seperti dibawah:
Tiket Walk-in = 59,000 Won (~RM 212)
Tiket Online Klook = RM 146
Perbezaan RM66 bagi setiap tiket. Memang logik la, beli online lebih murah berbanding beli di kaunter secara walk-in.
Untuk menggunakan klook, anda terlebih dahulu pergi daftar atau sign up akaun. Kemudian login seperti biasa dan boleh terus beli tiket online Lotte World Adventure
- Pergi ke Klook dan search Lotte World Adventure atau KLIK SINI
- Kemudian pilih tiket yang dijual. Basic anda pilih DAILY PASS sahaja dan klik 'Select'
- Kemudian pilih TARIKH bila anda ingin datang. Plan betul-betul bila anda ingin datang ke sini. Anda juga boleh beli tiket pada hari sama sehingga 3 bulan yang akan datang.
- Tentukan berapa tiket yang perlu anda beli. Klik pada butang + untuk tambah kuantiti tiket
- Akhir sekali klik 'Book Now'
- Kemudian akan dipaparkan semula semua maklumat yang anda masukkan sebelum ini. Semak dan jika sudah betul, klik 'Checkout Securely'
- Untuk bayaran, anda boleh guna GrabPay, Online Banking atau kad debit dan kad kredit. Jika diluar negara, hanya boleh menggunakan kad kredit/debit sahaja
- Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai
Jika sudah selesai, anda akan menerima emel bersama-sama dengan tiket yang anda boleh tebus kelak di kaunter Lotte World Adventure.
Yes, anda masih belum dapat tiket masuk lagi. Caranya, anda datang ke kaunter Wild Tour Ticket Office dan tebus tiket masuk dengan menggunakan booking id daripada emel klook tersebut.
Nanti anda akan diberi tiket masuk yang terdapat kod qr padanya. Lepas tu baru boleh masuk ke Lotte World Adventure.
Untuk cara pembelian tiket klook bersama gambar, anda boleh baca lagi dibawah
1) Pergi ke laman web Klook
Pergi laman web klook dan cari Lotte World Adventure Ticket atau KLIK DISINI
2) Pilih Tiket Dan Tetapkan Tarikh
Ada beberapa pilihan tiket yang dijual. Anda boleh pilih sahaja Daily Pass untuk tiket seharian dengan klik pada 'Select. Kemudian pilih tarikh yang anda ingin datang dan klik 'Book Now'.
Tambah kuantiti jika anda ingin beli tiket banyak. Seorang satu tiket
3) Buat Pembayaran
Semak segala butiran yang telah disini. Jika betul, klik 'Checkout Securely'. Kemudian bahagian akhir adalah untuk pembayaran. Pilih jenis pembayaran yang anda ingin dan klik 'Pay Now'
Selesai... Boleh semak di emel dan kemudian tebus tiket apabila sampai di kaunter Lotte World Adventure.
Tak perlu print apa-apa. Bawa sahaja maklumat seperti dalam emel atau di aplikasi Klook tersebut nanti.
Senarai Tiket-Tiket Lain Di Lotte World
Selain daripada theme park Lotte World itu sendiri, ada beberapa lagi aktiviti lain yang disediakan disini antaranya ada untuk Lotte World Tower Seoul Sky, Lotte World Aquarium dan Ewha Korean School Uniform rental.
Kesemua ini, anda boleh beli tiket dan kupoh di klook sahaja. Klik pada pautan yang disediakan seperti dibawah:
1) Lotte World Ticket in Seoul - RM146.20 (Klik sini)
2) Lotte World Tower Seoul Sky Ticket - RM89.15 (Klik sini)
3) Lotte World Aquarium Ticket in Seoul - RM74.89 (Klik sini)
4) Ewha Korean School Uniform Rental Experience - RM71.35 (Klik sini)
5) Everland 1 Day Pass - RM161.65 (Klik sini)
Selamat nikmati keseronakan di Lotte World Adventure, Seoul Korea
Post a Comment for "Beli Tiket Lotte World Adventure Seoul Secara Online Dengan Harga Lebih Murah"
Post a Comment