Koleksi Senarai ucapan Selamat Hari Bapa 2024 Yang Menarik
'Selamat Hari Bapa' merupakan antara ucapan yang selalu diungkapkan ketika tibanya Hari Bapa pada setiap tahun. Tapi sebenarnya, banyak lagi senarai contoh ucapan yang anda boleh gunakan untuk dikongsiakn kepada ayah anda
Setiap tahun, Hari Bapa atau Father's Day akan disambut di seluruh dunia pada hari Ahad, minggu ketiga bulan Jun. Jadi untuk tahun 2024 ini, di Malaysia khususnya, minggu ketiga dalam bulan Jun jatuh pada 16 Jun 2024.
Ianya bukanlah sebuah perayaan rasmi yang disambut di Malaysia, tetapi ianya sering disebut-sebut dan diraikan di seluruh dunia termasuk disini. Dimana satu hari bagi anak-anak menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh seorang insan bergelar Ayah.
Berbanding dengan kawan-kawan, insan yang bergelar Bapa, Ayah, Abah, Daddy, Abi dan sebagainya ini tiada pengganti. Selain daripada hari istimewa 'Hari Bapa' ini, kita perlu mengharga setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ayah anda dari segi penat lelah, masa, keringat, tenaga dan sebagainya.
Mungkin pada hari ini, anda boleh bagi ayah anda berehat atau belikan hadiah atau sesuatu sebagai tanda terima kasih yang telah banyak berkorban untuk keluarga tanpa mengeluh dan merasakan isteri dan anak-anaknya adalah segalanya.
Sebagai muslim, selain daripada ucapan Hari Bapa, penghargaa yang terbaik boleh anda berikan adalah melalui titipan doa khusus untuk kedua ibu bapa menerusi doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada kita iaitu :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Maksudnya : "Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil."
Senarai Ucapan Selamat Hari Bapa 2024 Dan Pantun Menarik
Disini adalah pelbagai contoh dan jenis ucapan Hari Bapa yang anda boleh gunakan termasuk ucapan dalam bentuk pantun. Lepas ni boleh kongsikan kepada ayah anda atau share di facebook, twitter, instagram, tiktok dan sebagainya.
Ucapan Selamat Hari Bapa 1
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa buat selamanya
Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh dunia!
Ucapan Selamat Hari Bapa 2
Dia orang pertama azankan kita,
Dia orang pertama yang gelisah,
Dia orang pertama senyum pada kita,
Dialah Ayah kita hanya satu di dunia.
Ucapan Selamat Hari Bapa 3
Selamat Hari Bapa diucapkan kepada semua Bapa
Jasamu tetap dikenang, Semoga dirimu dirahmai Allah selalu
Ucapan Selamat Hari Bapa 4
Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu selama ini.
Ucapan Selamat Hari Bapa 5
Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah.
Ucapan Selamat Hari Bapa 6
Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!
Ucapan Selamat Hari Bapa 7
Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
Ucapan Selamat Hari Bapa 8
Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.
Ucapan Selamat Hari Bapa 9
Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
Ucapan Selamat Hari Bapa 10
You've given me the greatest gift by always being by my side. You are my idol, dad. Happy father's day.
Ucapan Selamat Hari Bapa 11
You'll always have a special place in my heart, dad. No matter where I go, your guiding hand will always be there on my shoulders. Happy Father's Day!
Ucapan Selamat Hari Bapa 12
Happy Father's Day to my first super hero. You're the best, dad!
Ucapan Selamat Hari Bapa 13
Even if I searched the world for years, I wouldn't find someone who is as caring, as thoughtful and as hardworking as you. I love you. Happy Father's Day Dad!
Ucapan Selamat Hari Bapa 14
Happy Father's Day
'Anyone can become a Father, but it takes someone special to be a Dad'
Ucapan Pantun Selamat Hari Bapa 2024
Pantun Hari Ayah 1
Pergi ke kebun mengait kelapa,
Kelapa muda manis airnya.
Lapan belas Jun Hari Bapa,
Mari sama-sama meraikannya.
Pantun Hari Ayah 2
Alangkah indah awanan mega,
Jingga membiru di ufuk barat,
Kuatlah khalifah pemimpin keluarga,
Semoga selalu dilimpahi berkat.
Pantun Hari Ayah 3
Sungguh indah bunga selasih,
Banyak dicari warga kota,
Sayangi ayah yang penuh kasih,
Berletih-letih menjaga kita.
Pantun Hari Ayah 4
Mencari daun buah beringin,
Tersadung akar menopang pohonnya,
Kasih ayah umpama lilin,
Membakar diri memberi cahaya.
Pantun Hari Ayah 5
Keluar ke pasar bersama raga,
Menaiki beca menuju ke desa,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasihnya bapa sepanjang masa.
Pantun Hari Bapa 6
Beralihnya jerebu angin teraju,
Alihnya tanpa dilanda basah,
Kasihnya ibu sedingin salju,
Kasihnya bapa tiada berpisah.
Pantun Hari Bapa 7
Cantiknya langit berwarna jingga,
Boleh dilihat di hujung desa,
Kasih ibu hingga ke syurga,
Kasih bapa setiap masa.
Pantun Hari Bapa 8
Isinya lembut sedap dimakan,
Yang tua mengeluarkan santan,
Hari Bapa sedang diraikan,
Jasanya tetap dalam ingatan.
Pantun Hari Bapa 9
Kalau tak ada si buah labu,
Takkan berair batang cendana,
Kalau tak ada ayah dan ibu,
Takkan lahir manusian ke dunia.
Pantun Hari Bapa 10
Angin meniup seluruh wilayah,
Pohon tumbang, akarnya goyah,
Terima kasih untukmu Ayah,
Sudah berjuang bersusah payah
Doa Buat Ayah 2024
Doa Buat Ayah 1
Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk ayah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini. Aamiin.
Doa Buat Ayah 2
Ya Allah gantikan penat lelah buat Ayah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana. Aamiin.
Doa Buat Ayah 3
Ya Allah... Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga.
Post a Comment for "Koleksi Senarai ucapan Selamat Hari Bapa 2024 Yang Menarik"
Post a Comment