Telefilem Heist DIL ADHA di Astro Ria

Telefilem HeistDILADHA di Astro Ria

Saksikan telefilem Heist Dil Adha yang akan menemui penonton pada 29 Jun 2023, bersiaran pada hari pertama raya, Khamis, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go dan On Demand.

Sebelum ini kita ada Heist Dil Fitri untuk Raya Aidilfitri dan kini untuk raya Aidiladha pula. Telefilem ini merupakan terbitan bersama Red Bean Productions dan ZR Project, diarahkan oleh Zizan Razak dan Issey Fazlisham dengan nukilan skrip daripada Azhar Jalil.

Sinopsis Telefilem Heist Diladha

Telefilem HeistDILADHA menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Hushairi Husain, Riena Amirah, Mathni Razak, Aswad Jalil dan ramai lagi.

  • Zizan Razak sebagai Ibrahim
  • Issey Fazlisham sebagai Mus
  • Shiqin Kamal sebagai Anis
  • Riena Amirah sebagai Bajilah
  • Hushairi Husain sebagai Jusoh Belut
  • Mathni Razak sebagai Inspektor Gushion
  • Aswad Jalil sebagai Sarjan Azhar

Ianya mengisahkan tentang kes kecurian seekor lembu wagyu kacuk milik Mr. Onitsuka Korokodai oleh Geng Naga Gearbox yang diketui oleh Jusoh Belut iaitu kartel penyeludupan daging lembu terbesar di semenanjung.

Geng Tiga Malam yang terdiri daripada Ibrahim, Mus dan Anis telah diberikan tugasan untuk mendapatkan kembali lembu tersebut. Namun misi kali ini ialah misi mustahil apabila GTM terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka di liga yang berbeza.

Telefilem HeistDILADHA di Astro Ria

Telefilem HeistDILADHA di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Heist DIL ADHA di Astro Ria"