Telefilem Di Penghujung Sujud Di TV3
Saksikan telefilem Di Penghujung Sujud yang akan menemui penonton semula pada 24 Jun 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.
Telefilem awalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy.
Sinopsis Telefilem Di Penghujung Sujud
Telefilem Di Penghujung Sujud menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Wan Maimunah Aziz, Fezrul Khan, Ayda Jebat, Faez Nick, Zahir Deck, Melissa, Aini Maiyuni, Fieyna Tajuddin dan ramai lagi.
- Redza Rosli sebagai Arif
- Wan Maimunah Aziz sebagai Zainab
- Fezrul Khan sebagai Azmir
- Ayda Jebat sebagai Zureen
- Faez Nick sebagai Sufian
- Zahir Deck sebagai Fuad
- Melissa sebagai Mona
- Aini Maiyuni sebagai Zaharah
Ianya mengisahkan tentang Arif yang cacat kaki dan tangan kirinya akibat kemalangan semasa merempit beberapa tahun yang lalu. Dia tinggal bersama ibunya, Zainab yang semakin uzur.
Abang dan kakaknya, Azmir dan Zureen bekerja di Kuala Lumpur sebagai doktor dan jarang menjenguk mereka di kampung.
Arif bekerja sebagai penjual burger dan sering menerima tomahan orang kampung kerana hidupnya tidak seperti adik beradiknya. Arif redha kerana kecacatan yang dia hadapi dan dia sanggup menjaga ibunya Zainab.
Suatu hari, bekas kekasihnya datang menghantar kad kahwin kepadanya dan memerli dia masih di takuk yang lama.
Dia pulang ke rumah memberitahu ibunya, agar ampunkan dia kerana tidak pernah membanggakan ibunya, dan pada sujud yang terakhir waktu Subuh, dia berdoa agar ibunya kembali sihat.
Namun, apa yang terjadi selepas itu?
Post a Comment for "Telefilem Di Penghujung Sujud Di TV3"
Post a Comment