Senarai Hotel Di Lorong Malaysia, Ho Chi Minh Vietnam

Senarai Hotel Di Lorong Malaysia, Ho Chi Minh Vietnam

Ramai yang bagi tahu, antara kawasan popular di Vietnam khususnya di Ho Chi Minh City untuk orang Malaysia adalah di Lorong Malaysia. Jadi aku berkesempatan untuk tengok apa yang menarik disana sampai diberi nama jolokan tersebut.

Mula-mula aku sampai di Lorong Malaysia sebenarnya aku terkejut sebab paparan untuk harga jualan baju, telekung, tudung dan sebagainya adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bukannya Vietnam Dong. Selain itu, penjual pula boleh cakap melayu.

Tidak cukup dengan itu, hampir semua kedai makan dalam lorong ini ada logo halal dan menu makanan ada yang tulis dalam bahasa melayu sekali disamping bahasa vietnam dan bahasa inggeris. Mungkin untuk orang luar juga la.

BACA : Itinerari Lengkap 4H3M Di Ho Chi Minh, Vietnam

Kawasan ini juga dekat sangat dengan tempat tumpuan pelancong iaitu Ben Thanh Market. Jalan tak sampai 2 minit dah sampai. Manakala tempat-tempat menarik lain seperti Saigon Square, Hall City, Independence Palace, Saigon Central Post Office semua walking distance je.

Semua perkara ni, anda hanya boleh rasakan dari Malaysia Streeet ini sahaja. Tapi jika luar daripada kawasan ni, anda kena cakap vietnam dan bayar guna dong vietnam. Restoren yang menyediakan makanan halal pun susah nak jumpa.

Lorong Malaysia, Ho Chi Minh Vietnam

Mereka ini sebenarnya adalah bangsa Melayu Champa. Jadi boleh berbahasa Melayu juga. Mungkin disebabkan perkara-perkara tersebut, kawasan ini diberi nama Lorong Malaysia.

Jadi kat sini, selain orang Vietnam, memang ramai orang Malaysia disini sebab kawasan ini juga terdapat banyak tempat penginapan atau hotel yang anda boleh bermalam jika bercuti atau travel ke Ho Chi Minh City.

Oleh itu, untuk anda yang bercadang untuk datang ke Ho Chi Minh, Vietnam dan ingin mencari hotel yang betul-betul berada dalam Malaysia Street ini, anda boleh tengok senarai penuh dibawah. Semua hotel ini memang betul-betul berada dalam kawasan ini.

Senarai Hotel Berada Dalam Lorong Malaysia Di Ho Chi Minh, Vietnam Tahun 2024

Untuk info, semua hotel dalam Lorong Malaysia tiada swimming pool kecuali Cochin Sang Hotel. Lebih kepada hotel 3-bintang sahaja. Masih mewah dan harga tidak terlalu mahal.

1)  Queen Central Hotel

Queen Central Hotel

Hotel ini berada di tengah-tengah bahagian dalam Malaysia Street tu. Lebih kurang 4 ke 5 tingkat sahaja. Menyediakan pelbagai jenis bilik, dari Superior Double Room, Deluxe Twin, Basic Triple dan sehinggalah Family Room.

Ada wifi dan breakfast. Disediakan makanan halal juga untuk makan pagi. Jadi jangan risau dan tak perlu untuk keluar cari makan ketika breakfast. Harga bermula RM98 untuk satu malam. Bergantung kepada waktu anda booking atau waktu anda berada disana.

Untuk hotel Queen Central Hotel, boleh tempah di Agoda, Shopee dan Trip.com

2)  Thanh Thu Hotel

Thanh Thu Hotel

Hotel ini ada 6 ke 7 tingkat semuanya. Juga menyediakan pelbagai jenis bilik, dari Standard Double, Deluxe Twins sehingga ke triple room.

Ada wifi dan breakfast. Tapi sepertinya, makanan disediakan tidak diperakui halal. Jadi tak perlu ambil pakej with breakfast. Cari sahaja makanan di restoren halal yang berada di luar. Lebih senang dan selamat. Harga bermula RM79 untuk satu malam. Bergantung kepada waktu anda booking atau waktu anda berada disana.

Untuk Thanh Thu, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com

3)  Sazi Hotel

Sazi Hotel

Bersebelahan sahaja dengan Thanh Thu Hotel dengan 6 ke 7 tingkat dalam satu bangunana. Pelbagai jenis bilik disediakan. Ada Standard Room, Studio, Suite Room dan sehingga ke jenis Apartment. Ada bilik yang menyediakan balcony dan bathtub.

Free wifi dan breakfast tidak termasuk. Tapi tiada jaminan halal yang diberikan bagi setiap hidangan yang disediakan. Tapi hotel ni best sebab hotel baru.

Untuk Sazi Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com

4)  Cochin Sang Hotel

Cochin Sang Hotel

Jika anda cari sebuah hotel yang ada swimming pool dalam Malaysia Streeet ni, anda boleh menginap di Cochin Sang Hotel ini. Hotel ini juga antara yang termahal dalam kawasan ini. Harga bermula RM247 semalaman untuk Viennot Twin Room sehingga RM860 semalam untuk bilik Gillieni.

Untuk Cochin Sang Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com

5)  Gia Huy Hotel

Gia Huy Hotel

Seperti pada hotel lain juga. Disediakan wifi percuma setiap bilik. Ada disediakan tempat simpanan luggage, boleh tempah airport transfer dan ada juga disediakan pilihan penambahan untuk breakfast. Tapi tiada perakuan halal.

Pelbagai jenis bilik ditawarkan bermula dengan harga RM123 untuk Standard Double. Kemudian ada Twin Room dan sehingga Triple Room dengan harga RM214.

Untuk Gia Huy Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda.

6)  May's Hotel

May's Hotel

Ini juga antara hotel yang baru dinaiktaraf yang berada dalam Lorong Malaysia ini. Kalau suka shopping di Ben Thanh Market, boleh bermalam disini. Jalan kaki tak sampai 2 minit dah sampai ke lokasi.

Pelbagai jenis bilik ditawarkan seperti Standard Room, Deluxe Twin Room, Superior Double Room, Deluxe Triple City View, Family City View dan pelbagai lagi. Harga bermula daripada RM112 hingga RM287.

Untuk May's Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda dan Shopee.

7)  Aluna Ben Thanh

Aluna Ben Thanh Ho Chi Minh Vietnam

Hotel ini juga sebenarnya baru diberikan nafas baru dari segi luar dan dalam. Jadi hotel ini nampak baru dan masih bersih dari segi keseluruhan. Sangat recommended untuk anda yang sedang cari hotel yang sesuai dalam kawasan ini.

BACA : Pengalaman Menginap Dan Review Lengkap Aluna Ben Thanh Hotel, Vietnam

Sepertinya satu-satunya hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal di kawasan ini. Ya, anda tidak perlu ragu-ragu lagi terutamanya ketika waktu breakfast. Mereka menyediakan makanan halal setiap hari. Antara perkara penting yang mungkin tiada pada hotel lain. Jadi waktu pagi, anda tak perlu beli breakfast di luar, boleh makan di hotel sahaja. Breakfast included biasanya.

Selain itu, juga ada wifi disediakan di setiap bilik. Bilik pun luas dengan tawaran harga yang diberi cukup berpatutan. Masa aku disini, mungkin kurangnya adalah tekanan air shower dan hari-hari breakfast makanan sama. Kalau boleh perbaiki, sedap dah hotel.

Pelbagai jenis bilik ditawarkan. Ada Superior Double, Twin, Deluxe Twin, Superior Twin dan sehingga Family Room. Harga adalah bermula daripada RM182 untuk satu malam.

Untuk Aluna Ben Thanh Hotel, boleh buat tempahan secara online di Agoda, Shopee dan Trip.com

Senarai Hotel Lain Yang Berdekatan Dengan Lorong Malaysia

1.  Saigon Hanoi Hotel (tengok sini)

2.  A25 Hotel (tengok sini)

3.  Nicecy Boutique Hotel (tengok sini)

4.  A&A Toronto Hotel (tengok sini)

5.  The Noble Swan Hotel (tengok sini)

6.  Avanti Boutique Hotel (tengok sini)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Hotel Di Lorong Malaysia, Ho Chi Minh Vietnam"