Review Menu Baru KFC Extra Spicy & Crispy. Betul Ke Pedas Daripada Biasa?
Aku ni kadang teruja kalau ada mana-mana menu baru yang menyediakan pilihan extra spicy. Baru-baru ini pula KFC baru sahaja memperkenalkan menu baru mereka iaitu KFC Extra Spicy & Crispy.
Jadi sebelum anda lihat gambar yang diiklankan, anda boleh bayangkan dimana ayam goreng KFC tersebut akan menjadi lebih pedas dan lebih rangup daripada biasa. Kemudian tengok gambar, ianya sama seperti yang diimaginasikan.
Ya, menu baru ini ditawarkan untuk tempoh terhad (Limited Time Offer). Jadi sebelum ianya lesap dan tidak dijual lagi di restoren KFC, aku kena cuba sendiri adakah betul 'lebih pedas' seperti yang diberitahu kepada orang ramai.
Rasanya ianya mula diperkenalkan pada awal Mei atau akhir April 2023 yang lalu. Jadi ianya tersedia di mana-mana outlet KFC seluruh Malaysia. Jadi nak tahu pedas dan crispy atau tidak, korang kena cuba sendiri.
Tapi kalau nak tahu review dan pendapat aku tentang KFC Extra Spicy & Crispy terbaru ini, anda boleh baca perkongsian seterusnya dibawah.
Review Menu Baru KFC Extra Spicy & Crispy
Melalui menu baru ini, KFC menawarkan pelbagai combo untuk dengan variasi harga iaitu bermula RM19.90 untuk set kombo 2-ketul, RM25.99 untuk set kombo 3-ketul serta Box Meal pada harga RM26.49.
Terbaru, ada juga disediakan set kombo bucket iaitu 6 ketul dan 10 ketul masing-masing dengan harga RM50.49 dan RM84.49. Nak jimat, boleh dapatkan baucer diskaun disini atau disini.
Untuk aku, pilih set kombo 2-ketul ayam goreng bersama coleslaw, kentang putar dan ice lemon tea. Jadi dengan set ini, anda boleh kenyang dan dijadikan juadah untuk makan tengah hari atau makan malam. Takda masalah, boleh kenyang.
Tapi macam mana pula dengan rasa? Pastinya akan harapkan 'lebih pedas' dan 'lebih rangup' yang mana sesuai dengan nama menu baru yang diperkenalkan.
TETAPI ternyata ianya meleset. Untuk aku, tiada 'lebih' pada menu baru kali ini. Tiba-tiba aku teringat sebelum ini, KFC juga ada mengeluarkan 'extra pedas' seperti kali ini iaitu Extra Hot & Spicy. Boleh baca perkongsian aku sebelum ini DISINI.
Kalau tanya aku, lebih pedas ke tidak? Jawapannya tidak. Kalau ada pun mungkin 10% sahaja. Tapi rasanya kalau aku tak tahu ianya menu KFC Extra Spicy & Crispy, mungkin aku andaikan ianya adalah ayam goreng spicy biasa sahaja.
Untuk crispy atau rangup pun sama. Tiada yang extra pun. Nampak biasa seperti ayam goreng spicy. Selain itu, warna pun sama lebih kurang. Mungkinlah ada merah sikit, nak menunjukkan lebih pedas. Tapi 10% je kot.
Harga yang ditawarkan sedikit mahal daripada set Snack Plate, tapi untuk aku, rasanya sama sahaja. Tiada yang 'extra'. Aku harapkan ianya boleh jadi lebih seperti yang ditawarkan oleh Mekdi sebelum ini menerusi extra spicy 3x mereka.
Tapi rasa sama sahaja seperi ayam goreng KFC yang biasa. Tetap sedap dinikmati terutamanya ketika masih panas. Untuk side dish pun sama sahaja rasanya. Tidak ada yang berbeza. Hanya ayam goreng sahaja.
Kalau tanya aku, untuk repeat menu baru KFC Extra Spicy & Crispy, tidak sama sekali sebab mahal daripada biasa. Lebih baik ambil set hidangan yang lebih murah dengan rasa yang sama. Jimat duit.
Post a Comment for "Review Menu Baru KFC Extra Spicy & Crispy. Betul Ke Pedas Daripada Biasa?"
Post a Comment