Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda Di TV9
Saksikan telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda yang akan menemui penonton pada 14 April 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my
Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan nukilan skrip daripada Nik Noor Nabilah.
Sinopsis Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda
Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda menampilkan barisan pelakon seperti Awal Ashaari, Nina Iskandar, Naura Arissa, Khatijah Tan, Faezah Elai, Rahim Jailani, Shazreen Zakri, Arissa, Lukman Hakim dan ramai lagi.
- Nina Iskandar sebagai Sofea
- Awal Ashaari sebagai Idham
- Khatijah Tan sebagai Datin Suraya
- Naura Arissa sebagai Amanda
Ianya mengisahkan Sofea dan Idham yang berkahwin hampir tiga tahun, tetapi belum mempunyai anak. Ibu Idham, Datin Suraya mula membenci Sofea hanya keranada perkara tersebut.
Tiba-tiba rezeki datang apabila Sofea disahkan hamil. Datin Suraya mula menerima kembali Sofea. Sofea disahkan hamil anak kembar. Perkara ini menggembirakan lagi Datin Suraya. Ketika kandungan Sofea lapan bulan, Idham terpaksa ke luar negara selama dua minggu kerana urusan kerja.
Tanpa diduga, ketika itu juga Sofea bersalin. Malang menimpa apabila seorang bayinya meninggal. Seorang lagi selamat tetapi disahkan mempunyai penyakit Down Syndrome, SD. Datin Suraya tidak dapat menerima kehadiran cucunya yang diberi nama, Amanda.
Disebabkan itu, Sofea telah dihalau keluar oleh ibu mertuanya dan dalam masa yang sama, suaminya, Idham telah hilang ingatan disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kemudian, Sofea terpaksa membesarkan Amanda seorang diri dan menempuh pelbagai ujian dan dugaan dan ditambah pula suaminya tersebut telah berkahwin lain kerana Idham tidak ingat yang mana dirinya pernah berkahwin.
Post a Comment for "Telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda Di TV9"
Post a Comment