Selepas Sebulan Baru Sampai Kad Visa Touch 'N Go Dan Terus Aktifkan

Selepas Sebulan Baru Sampai Kad Visa Touch 'N Go Dan Terus Aktifkan

Pada Januari yang lepas, pihak Touch 'n Go ada memperkenalkan secara rasmi sebuah kad fizikal iaitu Kad Visa Touch 'N Go yang baru dan orang ramai ketika itu boleh beli dan dapatkannya menerusi aplikasi TnG eWallet.

Jadi pada waktu tersebut, aku tidak teragak-agak untuk dapatkannya kerana tawaran ketika itu adalah dengan harga RM5.00 sahaja dengan caj penghantaran ke rumah adalah percuma. Ataupun lima ringgit tersebut caj penghantaran.

Dikatakan tempoh penghantaran adalah 7-10 hari, tetapi tidak apabila ianya mengambil masa hampir sebulan sebenarnya untuk sampai ke rumah aku dan kepada semua pembeli sebenarnya. Mungkin untuk batch pertama ni dia lambat sikit kot, lepas-lepas ni itulah tempoh yang diambil.

Selepas Sebulan Baru Sampai Kad Visa Touch 'N Go Dan Terus Aktifkan

Kad fizikal ni sama ke dengan kad TnG NFC warna pink yang diperkenalkan sebelum ini?

Kad fizikal ini sebenarnya berbeza dengan kad TnG NFC terbaru tersebut kerana ianya adalah sebuah kad prepaid VISA semata-mata dan ianya tidak boleh sama sekali digunakan untuk bayaran tol atau parking. Nak guna adalah pada terminal yang biasa anda jumpa di kedai-kedai.

BACA : Apa Beza Kad Visa TnG dan Kad TnG Biasa?

Jadi kad visa ini sebenarnya bersambung dengan akaun TnG ewallet anda. Apa duit yang ada dalam akaun anda, ada pada kad visa tersebut. Jadi kalau nak guna kad visa ini, anda perlu topup dalam akaun TnG ewallet. Jadi kad visa ini sama seperti kad BigPay atau Wise atau MAE daripada Maybank.

Lepas kad sampai ke rumah, aku terus aktifkan dengan tekan butang yang dipaparkan di dalam aplikasi TnG ewallet. Sejurus selepas itu, terus boleh gunakan dimana-mana kedai yang menerima bayaran secara kad debit/kredit.

Untuk aku personally, kad visa ini tidak berbaloi untuk anda dapatkan dengan membeli. Ini kerana kad ini sama sahaja fungsi seperti kad bank anda. Selain itu, kad ini tidak boleh digunakan untuk bayar tol. Kad ini juga ada yuran tahunan RM8.00.

Selepas Sebulan Baru Sampai Kad Visa Touch 'N Go Dan Terus Aktifkan

Paling best pun, kad ini anda boleh tulis nama sahaja pada bahagian belakang. Sebab lain tak menarik langsung.

Tapi korang dah beli juga ke sebelum ini?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Selepas Sebulan Baru Sampai Kad Visa Touch 'N Go Dan Terus Aktifkan"