Apa Itu SERVICE TAX - PRINCIPAL Kad Kredit Maybank Ni? Tiba-Tiba Tolak Duit

Ketahui apa itu service tax - principal kad kredit maybank sebanyak rm25.00 setahun

Aku baru je dapat kad kredit Maybank dalam sebulan, tiba-tiba ada ternampak transaksi bayaran dibuat pada bahagian 'Credit Card' sebanyak RM25.00. Maklumat yang dipaparkan adalah Service Tax - Principal.

Aku tahu Mastercard Ikhwan ni annual fee dia free dan tiada bayaran. Jadi setiap tahun aku boleh guna secara percuma tanpa menghiraukan caj tambahan daripada kad kredit yang aku ada ni.

Kalaupun ianya annual fee seperti yang diberitahu, takkan ianya dicaj dalam tempoh yang singkat hanya selepas lebih kurang sebulan aku dapat kad kredit ni. Jadi nak tahu terus transaksi apa tu, aku hubungi pihak Maybank menerusi twitter sahaja.

Kerjanya pantas, dalam 5 minit sahaja aku dah tahu jawapan.

Ketahui apa itu service tax - principal kad kredit maybank sebanyak rm25.00 setahun

Sebenarnya 'Service Tax - Principal' ni bukanlah annual fee kad kredit kerana untuk isu aku ni ternyata tiada bayaran tahunan. Tetapi perkara tersebut adalah merujuk kepada cukai perkhidmatan (SST) yang mana dikenakan terhadap kad kredit secara tahunan.

Walaupun kad kredit anda tersebut tiada bayaran untuk 'annual fee', anda tetap perlu bayar untuk Service Tax iaitu SST setiap tahun sebanyak RM25.00. Kalau kad kredit anda ada annual fee. Jadi setiap tahun, anda kena bayar SST dan annual fee la. 

Ketahui apa itu service tax - principal kad kredit maybank sebanyak rm25.00 setahun

Sebenarnya kalau baca secara imbas di website Maybank, tiada pun info tentang Service Tax tahunan ini. Mungkin ada pada bahagian 'Other Information'.

Tapi sekiranya anda rujuk laman web RinggitPlus, dia memang ada bagi tahu tentang segala caj atau fees yang dikenakan bagi setiap kad kredit yang dimohon Service Tax ini. Pada website ini lebih details penerangannya.

Jadi sekiranya anda ingin mohon apa-apa kad kredit daripada mana-mana bank pun, lebih baik adalah mohon menerusi RinggitPlus di https://ringgitplus.com/en/credit-card/. Disini juga anda boleh apply Maybank Mastercard Ikhwan juga.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Apa Itu SERVICE TAX - PRINCIPAL Kad Kredit Maybank Ni? Tiba-Tiba Tolak Duit"