Cara Guna Kad Wise Ketika Travel - Lebih Jimat
Macam mana nak guna kad Wise ni?
Kalau dah ada kad Wise, lepas ni nak buat apa?
Inilah antara persoalan yang aku baca di beberapa group facebook dan ada juga yang tanya aku apa kegunaan kad Wise ni sebenarnya. Ada juga yang tanya macam nak guna sebenarnya? Apa pula beza dengan BigPay?
Aku sebelum ni daftar kad Wise semata-mata hanya ingin digunakan di luar negara dan aku berhajat gunakannya di Turki yang mana aku travel selama 10 hari di Istanbul dan Cappadocia pada bulan Oktober 2022 yang lalu.
Jadi bagi aku kad Wise ni sangat sesuai untuk travel which is apa yang aku gunakan sebelum ini. Jadi apa kelebihan yang anda dapat kalau guna kad tersebut ketika travel?
Cara Guna Wise
Kegunaan utama akaun Wise adalah sama seperti eWallet iaitu anda boleh simpan duit di dalamnya tanpa menggunakan bank. Tetapi lebih menarik, dalam Wise anda boleh simpan pelbagai mata wang selain RM seperti Lira, USD, Euro, Won, Dollar dan banyak lagi. Lebih 50 currency support keh!
Jadi sebelum ini, aku masukkan dan simpan duit Turkish Lira dalam akaun Wise aku. Deposit seperti biasa. Nanti akan dipaparkan kadar tukaran beserta caj yang dikenakan. Ketahuilah, kadar penukaran wang asing Wise lebih rendah daripada tukar di Money Changer.
Jadi lepas daftar Wise semua, topup atau deposit duit mengikut negara mana yang anda ingin datang nanti. Jika currency rendah, boleh beli terus. Anda boleh bandingkan kadar tukaran setiap hari jangan risau. Rasa dah rendah, boleh beli terus.
Contoh aku beli 100 Lira, jadi duit tersebut sudah jadi milik aku dan sudah ada dalam akaun Wise sampai bila-bila. Kadar takkan bertukar selagi tidak jualnya semula. Jadi seterusnya adalah cara gunakan duit tersebut menggunakan kad Wise.
Cara Gunakan Kad Wise Ketika Travel
Sekiranya anda belum daftar akaun dan dapatkan kad Wise, anda boleh daftar DISINI dan boleh baca lebih terperinci cara daftar Wise DISINI.
Sebenarnya anda masih boleh lagi menggunakan akaun Wise tanpa kad tetapi hanya boleh deposit atau masukkan duit sahaja, tapi tak boleh buat bayaran. Jadi adalah lebih baik dapatkan terus kad Wise berwarna hijau epal tersebut dengan harga RM13.70 sahaja.
Syarat utama yang anda perlu tahu untuk guna kad Wise mestilah ada duit dalam akaun Wise tak kiralah mata wang apa pun. Kemudian beli kad Wise menerusi aplikasi tersebut dan kad akan dihantar terus ke rumah anda dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.
Sebelum anda boleh menggunakannya, anda kena aktifkan kad tersebut terlebih dahulu. Ada 2 cara iaitu cara pertama buat pembelian di mana-mana kedai menggunakan kad tersebut menggunakan kaedah Chip and Pin. Masukkan nombor tersebut untuk buat pembelian.
Sekiranya tidak berjaya, anda boleh aktifkan kad Wise di mana-mana mesin ATM dan buat pengeluaran duit atau check balance. Jika berjaya, kad tersebut secara rasminya telah diaktifkan dan boleh digunakan seperti biasa termasuk pembayaran secara paywave.
Jadi lepas ni sekiranya anda pergi ke mana-mana atau luar negara, anda dah boleh guna kad Wise anda untuk swipe dimana-mana terminal bayaran seperti kad kredit atau kad debit anda. Yang paling best pastinya kadar tukaran wang asing adalah paling rendah bila menggunakan Wise.
Seperti dalam gambar, aku ada topup duit Turkish Lira dan pernah guna untuk pembayaran di McDonalds Taksim Square. Harganya adalah 107 Lira dan itu jugalah nilai yang akau bayar tanpa apa-apa caj tambahan. Sebab dalam Wise aku dah simpan siap-siap duit Lira. Jadi itulah duit yang ditolak dan bukannya RM tersebut.
Ianya seperti anda bawa duit mata wang negara yang anda ingin pergi tetapi dalam bentuk digital iaitu ada di dalam kad anda sahaja. Dah sampai negara tersebut, boleh bayar sahaja tanpa perlu apa-apa caj lagi.
- Daftar Wise
- Beli kad Wise dariapda aplikasi
- Deposit atau topup duit masuk akaun Wise mengikut mata wang negara yang anda nak travel
- Aktifkan kad Wise terlebih dahulu
- Anda boleh berbelanja di negara tersebut mengikut mata wang yang anda beli tersebut
- Tiada lagi caj tambahan dikenakan dengan menggunakan kad Wise tersebut
Akan tetapi, sekiranya dalam Wise anda ada RM tetapi anda ingin buat bayaran di negara luar contoh seperti di Singapura. Ketika pembayaran dibuat akan ada caj dikenakan iaitu tukaran RM kepada Singapore Dollar (SGD).
Tapi jangan risau, segala duit keluar masuk dalam Ringgit Malaysia (RM) tidak dikenakan caj tambahan. Sama sahaja seperti eWallet lain.
Wise Menarik Berbanding BigPay
Wise dan BigPay dimana kedua-duanya benarkan anda untuk withdraw atau keluarkan duit daripada mesin ATM di Malaysia. Tetapi BigPay akan kenakan caj RM6 bagi setiap transaksi. Manakala Wise adalah percuma bagi nilai RM1,000 sebulan. Jika lebih daripada itu, caj RM5 sahaja dikenakan.
Jadi dah faham ke cara guna Wise dan kad Wise terutamanya jika anda ingin travel selepas ini? Harap ianya membantu kepada anda yang bercadang untuk gunakan Wise ini di luar negara.
Post a Comment for "Cara Guna Kad Wise Ketika Travel - Lebih Jimat"
Post a Comment