Cara Beli Kad Visa Prabayar Touch N Go Baru Melalui Aplikasi
Sebelum ni dia ada keluarkan kad dinaiktaraf NFC, sekarang Touch 'n Go (TnG) keluarkan kad baru lagi dan kali ni adalah kad Visa Prabayar Touch 'n Go dan kini pembelian telah dibuka secara rasmi kepada semua menerusi aplikasi TnG eWallet.
Jika disebut kad Visa, ini bermakna kad ini boleh digunakan pada terminat Visa/Mastercard yang biasa ada di kedai-kedai bagi membuat bayaran. Anda boleh buat swipe kad tersebut ketika membuat bayaran dan bakinya adalah sama seperti dalam TnG eWallet anda.
Sebagai alternatif, kalau tiada kod qr untuk buat bayaran, boleh swipe guna kad Visa Prabayar TnG yang baru ini. Kalau takda juga mesin terminal bayaran tersebut, bayar guna cash je la macam biasa, old school la katanya.
Kad Prabayar. Ini bermakna anda perlu masukkan atau topup terlebih dahulu aplikasi TnG eWallet anda, barulah boleh menggunakannya. Secara mudah faham, sama sahaja seperti kad BigPay, kad Mae, kad WiseWise dan seangkatan dengannya.
Jadi antara fungsi-fungsi yang tersedia daripada kad Visa Prabayar Touch 'n Go ini ialah:
- Pembayaran di kedai-kedai fizikal pada mesin terminat
- Shopping online
- Kadar tukaran wang asing terbaik seluruh dunia
- Pengeluaran di mesin ATM
Kad Touch 'n Go VS Visa Prabayar Touch 'n Go
Namanya hampir sama seperti kad TnG yang biasa, tetapi kad Visa Prabayar ini tidak sama dengan kad biasa yang anda gunakan untuk bayar tol, bayar parking dan pengangkutan awam. Ini bermakna, anda kena guna kad TnG biasa sahaja dan tak boleh guna kad Visa tersebut.
Beli kad baru TNG ENCHANCED NFC DISINI
Cara Beli Kad Kad Visa Prabayar Touch 'n Go
Untuk waktu terhad ni, pihak TnG mengumumkan anda boleh dapatkan Kad Visa TnG ini secara online dengan buat tempahan di aplikasi TnG eWallet sahaja dengan harga RM5.00 sebagai caj penghantaran. Kad ni 'percuma' la buat masa ni.
- Buka aplikasi TnG eWallet anda dan klik pada 'VISA'
- Kemudian klik pada 'Get Card Now'
- Masukkan nama yang ingin tulis pada kad tersebut (terhad untuk 17 p/perkataan sahaja) dan klik 'Next'
- Kemaskini butiran peribadi anda terutamanya bahagian alamat rumah. Jika sudah lengkap, klik 'Next'
- Akhir sekali buat bayaran dengan klik pada 'Pay Now'
Anda hanya perlu tunggu kad tersebut dihantar terus ke rumah anda dalam tempoh 7-10 hari waktu bekerja.
Selepas selesai buat bayaran, kini anda sudah ada kad virtual yang boleh digunakan untuk pembayaran online dan untuk kad fizikal boleh diaktifkan ketika kad tersebut sampai pada anda dengan klik pada 'Activate Physical Card'. Kemudian barulah boleh guna buat bayaran secara offline seperti biasa.
Post a Comment for "Cara Beli Kad Visa Prabayar Touch N Go Baru Melalui Aplikasi"
Post a Comment