Senarai Menteri Kabinet Di Bawah PM10 Anwar Ibrahim
Seperti yang dikongsikan di media sosial rasmi milik beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada jam 8.15 malam, 2 Disember 2022.
Sejak daripada pertabalan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 pada 24 November yang lalu, saat ini juga ditunggu-tunggu oleh rakyat siapakah menteri yang dilantik dalam kerajaan kali ini.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah pun menghantar penuh barisan kabinet yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pagi bagi memdapat perkenan agar lantikan segera dapat dilaksanakan.
Pengumuman itu akan disiarkan menerusi siaran langsung di saluran tempatan.
Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim
Berikut merupakan senarai 28 jawatan Kabinet dan anggota Jemaah Menteri di dalam Kerajaan Perpaduan
Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah
Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perdagangan Dan Komoditi
Fadillah Bin Yusof
Menteri Pengangkutan
Loke Siew Fook
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
Mohamad Bin Sabu
Menteri Ekonomi
Mohd Rafizi Bin Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan
Mohamad Bin Haji Hasan
Menteri Kerja Raya
Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri
Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI)
Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi
Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Sains Dan Teknologi (MOSTI)
Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Nancy Binti Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
Salahuddin Bin Ayub
Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi
Azalina Binti Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri
Zambru Bin Abd Kadir
Menteri Pelancongan
Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital
Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan
Fadhlina Binti Sidek
Menteri Perpaduan Negara
Ago Anak Dagang
Menteri Agama
Mohd Nai'im Bin Haji Mokhtar
Menteri Belia Dan Sukan
Yeoh Tseow Suan
Menteri Sumber Manusia
Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
Menteri Kesihatan
Zaliha Binti Mustafa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak)
Armizan Bin Mohd Ali
2 comments for "Senarai Menteri Kabinet Di Bawah PM10 Anwar Ibrahim"