Review Filem Mechamato Movie. Sebuah Animasi Tempatan Luar Biasa
Filem animasi Mechamato Movie akan temui penonton bermula 8 Disember 2022 yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia. Jangan terlepas untuk menjadi penonton terawal untuk menyaksikannya.
🎫 Dapatkan tiket wayang murah - disini
Ianya merupakan sebuah filem daripada Nizam Abdul Razak dengan terbitan Monsta Studio. Jika yang tidak tahu, produksi ini juga yang telah menerbitkan siri dan filem Boboiboy yang juga pernah menjadi fenomena sebelum ini.
Sinopsis Filem Mechamato Movie
Mechamato Movie berkisarkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato!
Tengok ni bila Mechabot mechanize jadi bekas pensil. Comel je "Make-Up, Nice"
Selepas bergabung, Amato telah dipertanggungjawabkan untuk mengalahkan alien jahat bernama Grakakus yang cuba merampas Mechabot daripada Amato demi melengkapkan koleksi power sphera jenis armor.
Review Filem Mechamato Movie
Ini juga antara filem animasi yang aku tunggu-tunggu sama seperti Boboiboy Movie dan Ejen Ali The Movie sebelum ini yang bagi aku memberi harapan tinggi dimana Malaysia juga mampu bersaing dengan kuasa besar animasi di dunia.
Selepas aku tengok sendiri dari mula hingga habis di pawagam, aku simpulkan ianya sebuah animasi tempatan luar biasa dan jika buat perbandingan dengan produk sebelumnya; Boboiboy dimana bagi aku adalah lebih baik.
Akan tetapi ada satu sahaja kurang yang aku rasa macam Boboiboy lebih baik. Tapi yang lain nampaknya ayah Boboiboy ini lebih mantap. Dibahagian akhir aku bagi tahu kenapa ada sikit kurang mengikut pandangan aku sendiri.
Secara keseluruhan kualiti Mechamato Movie kali ini lebih baik daripada Boboiboy in term of detailing. Kalau dulu kita tengok Boboiboy tanah rekah dan batu pecah biasanya bersaiz lebih besar dan tidak terlalu details. Kali ini nampak lebih terperinci.
Selain itu, kalau kita babak awal bila Amato bersilat, aku rasa first time aku tengok lenggok baju melayu yang dipakai mengikut pergerakan dan ianya tidak statik. Bahagian sini aku dah teruja. Selain itu, titisan peluh pun nampak. Tapi at the end sepertinya tiada lagi detailing pada baju. Lebih statik la.
Untuk plot dan jalan cerita mungkin sama sahaja seperti filem superhero atau adiwira lain dimana akhirnya orang jahat kalah. Tapi berbeza dengan Boboiboy dimana cerita ini bermula dengan perjumpaan awal bersama Amato dan power sphera, Mechabot. Jadi sepanjang penceritaan kita boleh tengok mereka semakin akrab.
Dalam filem ini ada lagi satu superhero bumi iaitu Maskmana yang mana bagi aku lebih style dan cool berbanding Mechamato. Ianya seakan hampir mengovershadow watak utama Mechamato dalam sudut seni lawan. Mungkin lepas ni ada filem khas Maskmana juga, kita tak tahu kan.
Mechamato sepertinya tidak menggunakan banyak kuasa atau tembakan berbanding Boboiboy. Tapi sebenarnya silat yang ditunjukkan pada awalnya sepertinya macam tak guna sangat dalam pertempuran. Aku sebenarnya mengharapkan Amato dapat tunjuk silat lebih details semasa melawan Grakakus, tapi sepertinya gerakan biasa sahaja. Tapi tetap memuaskan.
Ayah Boboiboy ini sepertinya sedikit berlainan dengan Boboiboy sendiri dari sudut karekter. Amato dan Mechabot lebih lucu dan kelakar berbanding Boboiboy dan Ochobot. Jadi penambahan watak kelakar seperti Papazola tidak terlalu ketara tapi masih ada. Amato sendiri pun dah kelakar. Tapi pembuli tu kelakar juga weh haha
Tadi aku ada bagi satu je kurang untuk filem ini iaitu emosi. Bagi aku sebenarnya aku nak tengok emosi dimainkan pada babap akhir antara Amato dan Mechabot tapi sepertinya ianya tidak sampai. Babak apa kena tengok sendiri. Pada akhirnya ia jadi lawak pula. Kalau dulu Boboiboy Movie kan best bila sedih dan tiba jadi kuat.
Tapi mungkin kali ni nak buat kelainan sikit kot. Entahla. Bagi aku dalam ni emosi tu je kurang. Kualiti, jalan cerita, karektor, setiap watak, kelakar seperti sudah cukup ditambah lagi pula dengan suasana Bandar Hilir dan budaya Melayu yang diterapkan cukup best sebenarnya. Ada keris, tengkolok, congkak, wau yang semua dimodenkan.
Latar lagu pun not bad, sedap didengar. Tapi ada satu adegan lagu dimainkan tetapi diselit dengan dialog Amato ketika aksi kejar mengejar dengan droid. Kat sini lagu "Beca" tu macam tak dengar sangat sebab suara Amato lebih kuat. Jadi macam rugi je lagu tersebut dimainkan. Sepatutnya kena fokus satu la kat sini.
Mungkin aku ada terlupa satu babak sebelum Maskman memulakan langkah silat dia melawan Grakakus dengan melafazkan Bismillah. Fuh! Meremang juga masa ni walaupun ungkapan ringkas tapi padat.
Jangan risau kepada mereka yang tidak pernah menonton siri Mechamato kerana sepertinya tiada kaitan. Jadi kalau tak pernah tengok pun yang mana aku pun tak tahu penceritaan sebenar siri animasi ni pun boleh faham jalan cerita dan tiada yang berlaku tiba-tiba.
Yes, korang kena tengok Mechamato Movie di pawagam kerana kualiti yang ditawarkan dan bukan sekadar kartun biasa sahaja. Yang datang semua orang besar weh. Budak-budak takda pun. Tapi memang sesuai sangat la untuk budak-budak animasi ni.
Memang patutlah siri Mechamato ni dah sampai ke seluruh dunia sehingga ke Jepun sekali pun. Harap filem Mechamato Movie ni juga dapat tembusi pasaran antarabangsa dan satu dunia tengok filem hasil karya orang Malaysia.
Oh ye jangan lupa, pihak Monsta sendiri ada bagi tahu akan ada babak mid-credits. Jadi jangan keluar dulu, lepak kejab dalam seminit dua macam tu. Menarik juga tau. Nak tahu kena la tengok sendiri di pawagam.
Rating : 8.5/10
2 comments for "Review Filem Mechamato Movie. Sebuah Animasi Tempatan Luar Biasa"