Review Drama One Cent Thief Keluaran Astro Originals Terbaik Setakat Ini
Drama siri Astro Originals One Cent Thief telah mula disiarkan pada 8 Oktober 2022 yang lalu dimana ditayangkan di Astro Ria 104 dan Astro Go setiap hari Sabtu pada jam 11.00 malam.
Seperti yang diumumkan drama 8 episod karya Ariff Zulkarnain ini diinspirasikan daripada kejadian sebenar yang pernah berlaku di Malaysia sekitar tahun 90-an berkaitan dengan jenayah siber melibatkan rompakan bernilai 1 sen.
Sinopsis Drama One Cent Thief
Drama One Cent Thief mengisahkan tentang Iman iaitu seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan ayahnya di hospital serta melangsaikan hutang ceti haram yang juga dibuat oleh ayahnya.
Dengan desakan tersebutlah, Iman mendapat idea untuk mencuri 1 sen sahaja daripada setiap akaun bank di seluruh negara. Dengan kepintarannya, dia menggodam sistem Bintang Bank tanpa sesiapa pun yang sedar dengan tindakan tersebut.
Tetapi siapa sangka dengan kejadian tersebutlah banyak kejadian berlaku sehingga membahayakan Iman dan orang sekelilingnya.
Review Drama One Cent Thief
Aku ikuti drama ini sepenuhnya bukanlah ketika tayangan di live tv tetapi selepas habis semua episod barulah aku tengok dan tonton secara marathon sehingga tamat. Feel dia lebih best sebab tak perlu tertunggu-tunggu dah setiap episod.
Bagi aku sendiri, boleh katakan drama ini antara karya terbaik yang pernah dihasilkan di Malaysia dan paling best antara keluaran Astro Originals selepas Projek: Anchor SPM. Ianya disebabkan para pelakon dan plot atau jalan cerita.
Pelakon yang tersenarai membawakan watak cukup baik terutamanya Syafiq Kyle yang membawa watak Iman. Dia menunjukkan ekspresi muka sangat baik bagi setiap emosi yang perlu diluahkan. Taknampak macam berlakon pun.
Selain itu Azira Shafinaz best berlakon tapi tak menunjukkan sangat yang dia ni sebagai seorang Head Of Security. Ingat boleh la juga nampak dia lawan 'hack' ke apa kan. Yang penting lawa la dia dalam drama ini. Seorang lagi pastinya Amerul Affendi, watak bersahaja memang nampak real habis sebagai gangster tu.
Mungkin pada awalnya, ramai yang jangka One Cent Thief hanya berkisarkan tentang pencurian bernilai 1 sen sahaja tetapi sebaliknya. Plot makin berkembang dan akhirnya terbongkar sindiket money lanudering pula. Tetapi ianya semua berpunca daripada kejadian curi 1 sen tersebut.
Dalam ni kita boleh faham la cara macam mana pencuri tersebut boleh curi 1 sen sahaja tetapi akhirnya mampu dapat sehingga ratus-ratus ribu. Rasanya macam straight to the point je kot. Tapi in reality bukanlah semudah itu sebenarnya. Bayangkan sebuah bank ada lebih sejuta akaun simpanan. Dari setiap akaun tu, Iman curi 1 sen sahaja. Di situ dah dapat RM10,000. Itu baru satu bank, dalam tu ada 9 bank seluruh negara. Kaya la kan.
Mula-mula curi 1 sen, kemudian kena paksa kerja dengan ceti haram untuk curi lagi duit lebih banyak. Sebab ingkat, kena pula kejar dengan ceti haram tersebut. Nak dapat pelindungan kena kerja pula dengan taikun.
Dalam ni kita boleh nampak macam mana duit boleh ubah seseorang. Quran dah bagi tahu, manusia ni kalau dapat satu lembah emas pun, dia akan minta dua lembah emas. Takkan pernah cukup. Selain itu, manusian juga tamak akan kuasa yang mana mampu buat apa sahaja.
Selain daripada penceritaan, cinematografi pun cool je. Dia guna biru-biru sikit untuk menunjukkan suasana suspen sepanjang penceritaan. Monolog dalama juga selalu digunakan dan suara Syfiq Kyle tu kena la dengan keadaan.
Tapi paling best akhir sekali yang akan rasa drama ni kena sambung tetapi untuk tajuk lain la. Bila Iman datang ke markas Digital Karma dan Ash pun ada sekali. Memang mantap la ending walaupun nampak tergantung. Lepas ni sambung cerita hackers pula la.
Korang kena tengok drama One Cent Thief. Recommended! Tapi rasanya hanya ada di Astro je. Di Sooka pun tak tayang lagi ni. Kalau tak boleh la langgan tanpa kontrak kan. Tengok sini.
Rating : 8/10
1 comment for "Review Drama One Cent Thief Keluaran Astro Originals Terbaik Setakat Ini"