Cara Tukar Pakej Astro Yang Baru Dan Lebih Murah
Rupanya Astro ada keluarkan pakej yang terbaru selepas pengenalan Ultra Box yang baru pada awal tahun 2022. Dalam tempoh itu, aku tak perasan pun sebenarnya aku boleh dapat harga yang lebih murah dengan pakej baru yang diperkenalkan tersebut.
Aku dah guna lebih 2 tahun pakej Starter Pack + Sports dengan bil bulanan RM100 termasuk cukai semua. Jadi sejak perkenalan pakej baru iaitu sekitar November 2021, aku masih menggunakan pakej yang lama dengan harga lebih tinggi.
Aku pada mulanya tidak ambil cakna pun dengan pakej-pakej baru tersebut kerana ianya lebih mengfokuskan kepada aplikasi seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO Go dan banyak lagi. Jadi semua apps tersebut aku dah langgan secara berasingan pun.
SINI : Langgan Netflix Dan Disney+ Hotstar Lebih Murah
Tapi sejak dah pakai tv baru, aku buat keputusan untuk upgrade PVR Box yang lama kepada Ultra Box yang baru dengan ciri yang baru diperkenalkan. Jadi caranya adalah dengan hubungi pihak Astro terus untuk berurusan pertukaran.
Selepas hubungi menerusi Whatsapp Astro, barulah aku tahu syarat untuk menggunakan Ultra Box adalah wajib menggunakan mana-mana pek atau pakej terbaru Astro yang diperkenalkan. Syarat lain, aku dah tepati iaitu perlu ada sambungan wifi.
Jadi tidak boleh tidak, aku perlu untuk tukar pakej lama aku (Starter Pack + Sports = RM100) kepada mana-mana pakej yang aku rasa berbaloi. Anda boleh tengok senarai pakej Astro terbaru yang ditawarkan khusus untuk pengguna Ultra Box dan Ulti Box:
- Platinum Pack (135+ saluran dan 6 aplikasi) = RM194.99/bulan
- Premium Pack 1 (100 saluran dan 4 aplikasi) = RM124.99/bulan
- Premium Pack 2 (110+ saluran dan 4 aplikasi) = RM149.99/bulan
- Premium Pack 3 (110+ saluran dan 5 aplikasi) = RM154.99/bulan
- Movies Pack (90+ saluran dan 3 aplikasi) = RM94.99/bulan
- Entertainment Pack (95+ saluran dan 2 aplikasi) = RM89.99/bulan
- Sports Pack (95+ saluran dan 2 aplikasi) = RM89.99/bulan
- Primary Pack (80+ saluran dan 1 aplikasi) = RM59.99/bulan
Lepas tengok semua pek yang ditawarkan, aku pilih Sports Pack dengan langganan RM89.99 sebulan. Ianya sama sahaja dengan pakej lama aku yang berharga sehingga RM100 tersebut. Tapi best boleh dapatkan format 4K la. Aku langgan Astro pun sebab nak tukar sukan sahaja. Nak layan movie, buka Netflix la apa lagi.
Jadi aku buat keputusan dan bagi tahu menerusi whatsapp yang aku nak langgan Sports Pack bersama sambunga Ultra Box. Walaubagaimanapun, permohonan aku tersebut tidak dapat diluluskan secara automatik (autrorenewal) menerusi Whatsapp Astro kerana harga pek lama aku lebih mahal daripada pek baru yang mana ianya dipanggil pakej downgrade.
Tapi sekiranya anda nak upgrade ke pakej yang lebih mahal, boleh je whatsapp dan permohoanan akan lulus secara automatik. Tak perlu guna cara lain pun.
Cara Tukar Dan Downgrade Pakej Astro
Tapi ada satu cara sahaja untuk permohonan aku ni lulus (pakej downgrade) iaitu perlu hubungi atau call terus pihak Astro di talian 03-95433838. Anda kalau nak downgrade pek Astro, boleh call nombor tersebut.
Prosesnya biasa sahaja. Anda bercakap dengan staff Astro dan buat permohonan seperti biasa. Bagi tahu nak pek apa dan semua urusan akan siap pada waktu tersebut. Atau mungkin akan ambil masa 1-2 hari untuk kemaskini pek baru.
Untuk pengalaman aku, permohonan untuk tukar pek baru Astro hanya diluluskan selepas proses pertukaran Ultra Box iaitu lebih kurang 3-4 hari baru staff Astro sampai rumah. Nak tukar Ultra Box pun sebenanrya free je. Tukar je box baru, best juga la.
Jadi lepas tukar pakej Astro yang baru, bulan-bulan aku perlu bayar RM95 sahaja sebulan berbanding RM100 untuk pakej lama. Jadi bulan-bulan dah jimat RM5. Walaupun tak banyak, tapi still menguntungkan daripada kalau aku tak upgrade pek baru kan.
Kalau pengguna baru, dapatkan harga murah sikit macam dalam gambar dibawah
Aku dapat jimat RM5 sebulan dan aku dah boleh guna Ultra Box yang baru, jauh lebih moden. Tapi sebab dah tukar pakej, kena lagi ikat contract selama 2 tahun. Itu perkara biasa lah. Benda kena hadap juga kan.
Sebenarnya ada lagi cara jimat iaitu langgan dengan Astro Fibre sekali. Tapi sebab dah guna Unifi dan masih dalam kontrak, guna la dulu sampai tahun 2023 nanti.
Post a Comment for "Cara Tukar Pakej Astro Yang Baru Dan Lebih Murah"
Post a Comment