Kenapa Masa Tambahan Perlawanan Dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Terlalu Panjang? Ini Jawapan Daripada Fifa
Mungkin ramai penonton perasan, Piala Dunia Fifa Qatar 2022 kali ini banyak pembaharuan dan kelainan antaranya adalah masa tambahan perlawanan atau extra time yang panjang.
Kita dah biasa tengok perlawanan bola sepak selepas habis 90-minit masa perlawanan, sebelum pengadil meniup wisel kita akan dapat lihat tambahan masa 3-5 minit. Itu perkara biasa baik selepas 90-minit atau half-time untuk 45 minit.
Penambahan ini biasanya adalah disebabkan masa rawatan kecederaan diatas padang, pertukaran pemain dan keraian jaringan gol. Jadi mengikut masa semua yang dibuang tersebut akan dibawa ke masa tambahan.
BACA : Jadual Perlawanan Piala Dunia Fifa Qatar 2022
Tetapi berlainan dalam Qatar 2022 kali ini. Kalau anda masih ingat ketika perlawanan antara England dan Iran dimana pengadil perlawanan memberikan masa tambahan sehingga 14 minit untuk 45-minit pertama (half-time). Kemudian 12 minit masa tambahan selepas 90-minit perlawanan.
Bukan itu sahaja, ketika Belanda dan Senegal pengadil memberikan masa tambahan 11 minit. Contoh lain, USA dan Wales dapat 11 minit tambahan juga. Kemudian Argentina dan Arab Saudi dapat masa tambahan sehingga 14 minit.
Kenapa tambahan masanya terlalu panjang atau terlalu lama? Tidak seperti perlawanan-perlawanan bola sepak yang biasa kita tonton.
Perubahan yang berlaku ini adalah kerana tetapan FIFA untuk kejohanan World Cup kali ini dimana memastikan setiap minit adalah dimainkan di atas padang dan tidak hilang kerana buang masa. Kita pun tahu Piala Dunia Fifa adalah kejohanan terpenting di dunia.
Jadi untuk itu, kali ini pengerusi Persatuan Pengadil FIFA, Pierluigi Collina memberitahu penambahan masa adalah datang daripada rawatan kecederaan di atas padang, pertukaran pemain, sepakan penalti, kad merah dan paling panjang biasa masa di ambil adalah ketika meraikan jaringan gol.
Jika pada perlawanan tersebut banyak gol dijaringkan, maka lebih banyak tambahan masa yang diperoleh. Detik-detik ini semua diambil kira. Sepertinya lebih terperinci la jika dibandingkan dengan perlawanan bola sepak lain.
Jadi jangan pelik lah kalau lepas ni akan ada tambahan masa yang panjang selepas habis 45-minit atau 90-minit perlawanan untuk masa-masa akhir. Pemain semua sepertinya dapat lebih masa untuk mendapatkan jaringan.
Sumber : NPR
Post a Comment for "Kenapa Masa Tambahan Perlawanan Dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 Terlalu Panjang? Ini Jawapan Daripada Fifa"
Post a Comment