Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

Saksikan drama Terima Kasih Cinta yang akan menemui penonton mulai 30 November 2022, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Drama 28 episod yang bakal menggantikan Wanita Milik Tuan Putra ini merupakan adaptasi daripada novel "Terima Kasih Cinta" karya Aisya Sofea, diterbitkan daripada syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azri Izhar dengan nukilan skrip daripada Ayuni Zamani.

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Drama Terima Kasih Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Aida Khalida, Faez Malik, Datin Sri Norniswara, Danial Dashuki, Kiky Hannah, Wan Sharmila, Syafnida dan ramai lagi.

  • Amar Baharin sebagai Dr Harris
  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  • Azrel Ismail sebagai Razlan
  • Rita Nadira sebagai Dr Nora
  • Aida Khalida sebagai Ummi

Tonton episod Terima Kasih Cinta online - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Dr. Harris yang merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea.

Harris bersama keluarganya baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik.Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu.

Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya.

Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan selamanya.

Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?

Drama Terima Kasih Cinta Di TV3

Drama Terima Kasih Cinta Di TV3
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Terima Kasih Cinta Di TV3"