Bayaran BKM Fasa 4 Akan Dibuat Mulai 15 November 2022
Pastinya ini berita gembira untuk rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri mengumumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan diberikan secara berperingkat mulai 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).
Seperti yang diumumkan, pembayaran Fasa 4 sepatutnya dibuat pada Disember tetapi ianya dipercepatkan kepada bulan November kerana ingin membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laur (MTL).
Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima yang layak bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing untuk umum perlu tahu yang Fasa 4 ini adalah bayaran akhir bagi bantuan kewangan ini.
Pembayaran kali ini melibatkan 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang atau tiada pasangan dengan melibatkan pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion. Untuk kesemuanya, peruntukan untuk BKM adalah bernilai RM8 bilion.
Jadi anda boleh mula buat semakan status pembayaran mulai 15 November 2022 melalui portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my. Melalui pautan ini juga, anda boleh rujuk soalan lazim (FAQ) jika ada sebarang permasalahan.
Post a Comment for "Bayaran BKM Fasa 4 Akan Dibuat Mulai 15 November 2022"
Post a Comment