Pengalaman Shopping Di Jalan Jalan Japan Dengan Barang Munarik Dan Murah
Aku dah dengar Jalan Jalan Japan (JJJ) ni dah lama tapi tak pernah berkesempatan untuk datang dan tengok sendiri apa yang menarik dan best kalau shopping kat sini. Barangan preloved, murah dan sangat banyak pilihan.
Kalau semata-mata datang dari Temerloh ke Kuala Lumpur untuk pergi ke JJJ sahaja macam rugi dan buang masa sahaja. Jadi tunggulah masa yang sesuai dimana ada keperluan untuk aku datang dan tengok sendiri apa yang dijual disini.
Jadi baru-baru ini terdetiklah untuk aku datang ke Jalan Jalan Japan dengan bersebab. Kebetulan pula aku dah keluarga berada di Shah Alam semalaman. Jadi sebelum pulang ke Pahang telah buat keputusan untuk singgah di Jalan Jalan Jepun cawangan Bangi terletak di KIP Mall.
Aku dapat tahu banyak barang preloved dari Jepun yang dijual disini. Erti kata lain macam barangan bundle la. Harga murah tapi kualiti masih terbaik. Yang membezakan dengan kedai bundle yang lain, JJJ bukan sahaja jual pakaian tetapi macam-macam jenis yang dijual.
Anda boleh dapat pakaian dewasa, kanak-kanak, baju sejuk, sweater, kasuk lelaki dan wanita, handbag, barangan dapur, mainan kanak-kanak, barangan sukan seperti pancing, golf, tenis, alat tulis, alat muzik dan sehinggalah figurine yang mana harag bermula serendah RM1 sahaja.
Tapi misi utama aku datang ke Jalan Jalan Japan ini adalah untuk beli baju sejuk, jaket atau sweater. Yes, aku sekeluarga akan bercuti ke Istanbul, Turkiye pada musim luruh sekitar bulan Oktober 2022. Jadi kena ada atleast jaket.
BACA : Pengalaman Bercuti Di Istanbul-Cappadocia, Turki Selama 9 Hari
Inilah orang cakap, setakat nak pakai baju sejuk tu sekali je, baik beli bundle je. Murah dan kadang boleh dapat yang lebih cantik daripada beli yang mahal. Sama seperti masa aku pergi Perth dulu, aku hanya dapatkan jaket bundle serendah RM10 sahaja.
BACA : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia
Kali ini aku pergi pula ke jauh sikit bersama parents aku untuk cari jaket atau baju sejuk di Jalan Jalan Japan pula. Pastinya lebih banyak pilihan. Tapi kalau jauh, anda boleh je beli dengan Personal Shopper, suruh dieorang yang belikan. Bayar caj sahaja.
Boleh Dapatkan Personal Shoper Jalan Jalan Japan DISINI
Shopping Di Jalan Jalan Japan, KIP Mall Bangi
Katanya kebanyakkan lokasi Jalan Jalan Japan yang ada di Malaysia ini adalah di dalam sebuah mall lama. Sama seperti KIP Mall Bangi ini dimana ianya sebuah mall lama tetapi kawasan JJJ ini sangat luas. Mungkin nak sewa murah kot. Ianya terletak di tinggat 2.
Ternyata apa yang aku sangkakan sebelum ini iaitu tawaran harga yang murah itu benar. Barang banyak dan kebanyakkannya harga bawah RM50 sahaja untuk pakaian. Untuk aku sehelai jaket baju sejuk aku dapat harga RM20 sahaja selepas 2 jam 'menyelam'. Ayah aku RM20, ibu aku punya RM10 sahaja
Kalau betul anda nak cari disini, anda perlukan sekurang-kurangnya 2 jam, baru la berbaloi. Terlalu banyak pilihan dengan tawaran harga yang sangat murah. Ayah aku dapat sehelai, ibu aku dapat sehalai baju sejuk. Selain itu, beli seluar, bag laptop, topi dan beberapa jenis lagi.
Barang yang aku beli hampir 10 item dan keseluruhannya adalah berharga RM120 sahaja dengan 2 bag plastik besar penuh. Kualiti barang preloved yang sangat baik. Kena pandai cari sahaja. Ambil masa sikit supaya puas hati. Jangan risau, tiada staff yang akan ikut dan tenung anda untuk cuba baju-baju tersebut.
Selain itu, aku tengok juga ada macam-macam barang pre-loved lain dijual. Ada barangan golf, mainan, figurine, overall, topi pelbagai rupa, beg tangan, carseat baby, anak patung, teleskop, pingan mangkuk, meja, kerusi dan banyak lagi.
Sangat recommended kalau nak cari barangan preloved. Tapi ada bahaya juga la. Jika anda bercadang nak beli satu barang sahaja, mungkin anda akan terbeli sehingga 5 barang.
Post a Comment for "Pengalaman Shopping Di Jalan Jalan Japan Dengan Barang Munarik Dan Murah"
Post a Comment