Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Seluruh Negeri
Hari Sukan Negara diadakan setiap tahun di Malaysia sejak 2015. Ianya bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan rakyat negara ini sekali gus ingin mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
Setiap tahun ianya akan berlangsung pada minggu kedua dalam bulan Oktober. Jadi untuk Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) akan berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2022. Manakala perasmian bagi Peringkat Kebangsaan dijadualkan pada 8 Oktober 2022 di Putrajaya.
Selain di Putrajaya, HSN2022 juga akan berlangsung serentak di seluruh negeri dan wilayah persekutuan mengikut tarikh dan perasmian masing-masing seperti yang ditetapkan.
Dalam tempoh ini pelbagai program dan pengisian yang disediakan antaranya Night Marathn, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki, kejohanan e-sukan, Ekspo Industri Sukan, Kejohanan 'Powerboat' ASEAN dan banyak lagi.
Untuk acara dan aktiviti penuh bagi setiap negeri, anda boleh rujuk laman web rasmi HSN di www.harisukannegara.my
Jadi hujung minggu ini, jika anda tidak bekerja dan mempunyai masa terluang, apa kata anda datang lokasi-lokasi Hari Sukan Negera ditempat anda mengikut negeri masing-masing. Atau jika tidak berkesempatan, boleh sahaja bersukan di kawasan berdekatan dengan anda.
Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Di Seluruh Negeri
Tak tahu, lokasi mana sambutan Hari Sukan Negara 2022 yang diadakan di negeri-negeri lain, anda boleh rujuk senarai dibawah:
Putrajaya
- Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya
- 8 Oktober 2022 | 7.30 Pagi
Melaka
- Kompleks Sukan Masjid Tanah
- 8 Oktober 2022 | 8.30 Pagi
Johor
- Dataran Bandaraya Johor Bahru
- 8 Oktober 2022 | 8.30 Pagi
Perlis
- Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar
- 8 Oktober 2022 | 8.00 Pagi
Kedah
- Darulaman Park, (Tasik Darulaman), Jitra
- 8 Oktober 2022 | 8.30 Pagi
Pulau Pinang
- Vision Park, Bertam, Kepala Batas
- 8 Oktober 2022 | 8.00 Pagi
Perak
- Padang Polo, Ipoh
- 8 Oktober 2022 | 8.15 Pagi
Kuala Lumpur
- Lebuh Setia, Presint 4, Putrajaya
- 8 Oktober 2022 | 10.00 Pagi
Selangor
- Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
- 8 Oktober 2022 | 7.15 Pagi
Negeri Sembilan
- Dataran Seri Jempol, Jempol
- 8 Oktober 2022 | 8.00 Pagi
Pahang
- Megamall Kuantan
- 8 Oktober 2022 | 3.00 Petang
Terengganu
- Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
- 8 Oktober 2022 | 7.30 Pagi
Kelantan
- Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu
- 8 Oktober 2022 | 9.00 Pagi
Sarawak
- Dewan Suaran Bintulu
- 10 Oktober 2022 | 7.30 Pagi
Sabah
- Kompleks Sukan Keningau
- 8 Oktober 2022 | 7.30 Pagi
Labuan
- Kompleks Sukan Laut Antarabangsa
- 8 Oktober 2022 | 6.30 Pagi
Untuk info lanjut berkaitan dengan Hari Sukan Negara 2022, boleh rujuk laman web rasmi di www.harisukannegara.my
Post a Comment for "Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Seluruh Negeri"
Post a Comment