Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022
Nampaknya kita perlu terima hakikat dimana barang tetap akan terus naik dari hari ke hari. Yang terbaru adalah harga roti Gardenia yang dinaikkan bermula hari Khamis, 1 September 2022 di seluruh Malaysia.
Kenaikan, perubahan atau kemaskini harga terbaru bagi produk-produk Gardenia diumumkan olah pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menerusi jadual perubahan harga yang dikongsikan oleh orang ramai menerusi laman sosial facebook adn twitter.
Katanya, pihak Gardenia telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini tetapi disebabkan kenaikan harga bahan mentah yang meningkat secara berterusan seperti tepung gandum dan lemak sayuran, perubahan harga perlu dibuat dilaksanakan.
Mungkin kalau dulu-dulu kita biasa dengar roti coklat digelar dengan roti 50 sen. Kemudian kita panggil roti 70 sen. Tetapi pada Disember 2021 yang lalu telah dinaikkan menjadi RM1.00 untuk Roti Gardenia QuickBites.
Tidak cukup dengan itu, bermula September ini naik lagi sebanyak 10 sen yang mana roti berperisa Coklat, Jagung dan Vanila kini menjadi RM1.10. Lepas ni nak beli roti tu kena korek 10 sen la mana-mana. Kalau tidak casher kena pulang 90 sen pula. Banyak tu.
Kini harga roti coklat jadi RM1.10 dan megi satu bungkus biasa jual RM1.20. Haa nak makan roti atau megi? Yang mana lebih kenyang kalau terdesak hujung bulan?
Senarai Harga Roti Gardeni Yang Baru Mulai 1 September 2022
Tetapi bukan roti quickbites sahaja yang nak harga tau. Menerusi jadual perubahan harga produk-produk Gardenia tersebut, terdapat sehingga 53 produk yang mengalami perubahan harga untuk pengguna seperti kita dan peruncit.
⏩ Beli Roti Gardenia Murah - DISINI
Anda boleh tengok senarai seperti dibawah
- Gardenia Original Classic - RM3.00
- Gardenia Original Classic Jumbo - RM4.30
- Gardenia Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat - RM4.60
- Gardenia Breakthru Bran & WheatGerm - RM3.50
- Gardenia Bonjour Le Classique Sesawhite with Sunflower Seeds - RM5.00
- Gardenia Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds - RM5.50
- Gardenia Double Choc Muffins - RM2.20
- Gardenia Twiggies (Semua Perisa) - RM2.00
- Gardenia Squiggles (Semua Perisa) - RM1.50
- Gardenia Sandwich Bread Rools - RM2.90
- Gardenia QuickBites (Semua Perisa) - RM1.10-RM1.60
- Gardenia Fluffy Buns 6pc - RM4.00
- Gardenia Puazz! Sambal Mackerel - RM2.50
- Gardenia Puazz! Kari Ayam - RM2.50
- Gardenia Puazz! Sambal Bilis - RM1.50
- Gardenia Roll-Up Wraps (Semua) - RM5.20
- Gardenia Toast'em (Semua Perisa) - RM5.50
- Gardenia Toast'em Waffles (All Flavours) - RM1.50
- Gardenia Auntie Rosie - RM3.50
- Gardenia Delicia Spread (200g) - RM10.20
- Gardenia Delicia Spread (375g) - RM13.70
- Gardenia Delicia Chocolate Paste - RM2.00
- Gardenia Numee - RM1.90
- Gardenia Numee Keluarga - RM2.80
Gambar perubahan harga produk-produk Gardenia dengan harga peruncit baharu dan harga pengguna baharu iaitu untuk kita.
Walaubagaimanapun, dengan pengumuman kenaikan harga, pihak Gadenia memberitahu akan terus komited untuk mengekalkan kualiti produk ditahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan.
Bersabar la kan! Apa boleh buat, kita ni rakyat marahaen je... Ingat benda dah naik, memang takkan turun
2 comments for "Harga Baru Roti Gardenia Mulai 1 September 2022"