Bayaran BKM Fasa 3 Akan Dibuat Mulai 20 September 2022
Setelah berminggu-minggu menunggu pengumuman akhirnya pihak Kerajaan menerusi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri mengumumkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk Fasa 3 akan dibuat mulai 20 September 2022 (Selasa).
Bagi yang membuat rayuan juga akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai tarikh yang sama secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.
Untuk Fasa 3, bagi yang pernah menerima BKM, anda bakal menerima sehingga RM900. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada kategori isi rumah, warga emas bujang dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.
Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sebanyak RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Jadi, anda boleh buat semakan status pembayaran mulai 20 September 2022 melalui pautan bkm.hasil.gov.my
Post a Comment for "Bayaran BKM Fasa 3 Akan Dibuat Mulai 20 September 2022"
Post a Comment