Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dinobatkan Sebagai Juara Dunia Badminton 2022

Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dinobatkan Sebagai Juara Dunia Badminton 2022

Selepas bertahun-tahun menunggu dan terus mencuba, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia kini sudah mempunyai Juara Dunia dalam sukan badminton menerusi gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik daripada acara beregu lelaki.

Gandingan beregu lelaki nombor 1 Malaysia tersebut dinobatkan sebagai juara dalam edisi ke-27 BWF World Championships 2022 (BWC 2022) yang telah berlangsung selama 7 hari bermula 22 hingga 28 Ogos 2022 di Tokyo, Jepun.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menamatkan kemarau pingat emas dalam kejuaraan tersebut setelah mengalahkan pemain veteran dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang juga juara dunia 3 kali dalam straigh set 21-19, 21-14.

BACA : Keputusan Penuh Kejuaraan Badminton Dunia BWF 2022

Dengan kemenangan ini, bermakna setelah 45 tahun sejak Kejuaraan Badminton Dunia BWF diadakan pada tahun 1977, inilah Malaysia kali pertama merangkul gelaran juara selepas 9 kali mencuba termasuk daripada pemain lagenda negara Dato Lee Chong Wei sendiri.

Siapa sangka kan, gelaran ini tercipta ketika zaman kita sendiri dan ditambah pula dalam bulan Ogos iaitu bulan Kemerdekaan. Pastinya ini lebih manis dan lebih bermakna terutamanya bagi semua peminat sukan badminton tanah air.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dinobatkan Sebagai Juara Dunia Badminton 2022

Dalam BWC 2022 kali ini, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah mendapat bye untuk pusingan 64. Kemudian bertemu gandingan Chinese Taipei, Lu Ching Yao/Yang Po Han dengan kemenangan straigh set, 22-20, 21-18 di pusingan 32.

Di pusingan 16, pemain no 5 dunia ini bertemu rakan senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dan juga meraih kemenangan straight set 21-17 dan 21-19. Di peringkat suku akhir, mereka bertemu pilihan kesepuluh dari Korea Choi Sol Gyu dan Seo Seung Jae dan juga memenangan straight set 21-18 dan 21-16.

Bergerak ke peringkat separuh akhir, Aaaron-Wooi Yik berdepan tentangan sengit daripada regu no 1 India yang juga pilihan ketuju, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan dalam aksi rubber set. Mereka bangkit selepas ketinggalan dalam game pertama dan memenanginya untuk game ke-2 dan ke-3 dengan 20-22, 21-18 dan 21-16.

Mungkin tuah negara Jepun ini ada pada mereka. Sebelum ini dinegara ini juga mereka peroleh Pingat Gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo 2022 dengan mengalahkan gandingan yang sama dan kali ini mereka kembali untuk tawan Kejuaraan Badminton Dunia pula.

Tahniah Aaron Chia, Tahniah Soh Wooi Yik dan Terima Kasih Rexy Mainaky

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dinobatkan Sebagai Juara Dunia Badminton 2022"