Cara Daftar Wise Terbaru 2024 - Apa Itu Wise Dan Kelebihan Ketika Travel?
Antara keluhan bagi mereka yang suka travel atau bercuti keluar negara adalah caj yang dikenakan padan nilai tukaran wang asing kadang terlalu tinggi. Lagi pula kalau cash tak cukup dan terpaksa keluarkan duit di mesin ATM di luar negara.
Caj ini memang biasanya akan dikenakan oleh pihak bank tempatan. Tidak boleh tidak, memang tidak dapat lari selagi mana anda menggunakan perkhidmatan bank tersebut. Tetapi sebenarnya ada cara untuk anda kurangkan caj tersebut iaitu menerusi Wise.
Wise (dahulunya TransferWise) bukan bank tetapi ianya adalah aplikasi mudah alih dengan memberikan perkhidmatan atas talian yang pada umumnya memudahkan urusan penghantaran wang ke luar negara, murah dan cepat jika dibandingkan dengan bank transfer yang kadang ada caj lebih yang dikenakan.
Selain daripada urusan penghantaran wang, Wise juga membolehkan anda menerima bayaran dengan matawang asing, tukar atau simpan pelbagai mata wang asing selain Ringgit Malaysia dan paling menarik adalah ianya juga boleh berbelanja di luar negara tanpa caj tersembunyi.
Sebagai contoh, bank tempatan hanya boleh menerima wang dalam Ringgit Malaysia sahaja. Tetapi berbeza dengan Wise, anda boleh menerima dan simpan pelbagai mata wang asing seperti USD, Lira, Euro, Baht dan sehingga 53 currencies.
Kelebihan Aplikasi Wise
Kini sepertinya ramai yang telah menggalakkan menggunakan Wise sebagai alternatif kepada bank tempatan dan juga BigPay apabila melancong ke luar negara. Antara kelebihan yang ditawarkan adalah :
- Anda boleh beli matawang asing terus menggunakan aplikasi Wise
- Wise membolehkan anda menyimpan mata wang asing
- Wise menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan
- Wise juga ada kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank
- Anda boleh withdraw duit di mesin ATM menggunakan kad Wise
Jika anda pergi ke Turki sebagai contoh, anda boleh terus beli duit Lira di Malaysia lagi dan simpan di dalam Wise. Kemudian boleh bawa keluar di mesin ATM di sana atau boleh terus shopping menggunakan kad visa wise.
Kalau ingin dibandingkan dengan BigPay, sebenarnya tak jauh beza pun. Kedua-duanya menawarkan Currency Exchange Rate yang rendah berbanding bank tempatan. Kedua-duanya menawarkan kad debit Wise.
BACA JUGA : Kelebihan BigPay Dan Cara Daftar Terbaru
Tetapi BigPay hanya boleh simpan Ringgit Malaysia berbanding Wise yang membolehkan anda simpan Ringgit Malaysia dan 53 currency yang lain. Jadi kalau currency tersebut tengah murah, anda boleh beli dan simpan dulu dalam aplikasi Wise. Tak perlu pergi ke money changer nak tukar duit.
Withdraw Duit Daripada Mesin ATM
Sekiranya anda dah beli mata wang asing dan simpan dalam aplikasi Wise, nanti anda boleh keluarkan atau withdraw duit tersebut di negara tersebut. Pengeluaran adalah percuma bagi setiap 2 kali sebulan dengan kadar kurang RM1000. Jika lebih akan dikenakan RM5 bagi setiap transaksi.
Ini tidak termasuk caj pengeluaran yang dikenakan di mesin ATM luar negara tersebut tau. Anda boleh baca lebih terperinci berkaitan pengeluaran wang di mesin ATM menggunakan Wise disini.
Cara Daftar Akaun Wise Terbaru 2024
Pendaftaran bagi menggunakan Wise adalah percuma iaitu dengan muat turun aplikasi Wise di Play Store atau App Store.
- Klik SINI untuk daftar. Kemudian masukkan emel dan buat password dan klik 'Claim your fee-free transfer' dan masukkan nombor telefon bagi tujuan verifikasi.
- Kemudian satu emel akan dihantar kepada anda untuk tujuan pengesahan. Hanya klik pada 'Confirm your email'.
- Selesai!
Anda boleh buka semula aplikasi Wise dan Login seperti biasa menggunakan emel yang didaftarkan sebelum ini. Pertama kali akan dihantar security ke telefon anda. Hanya sekali sahaja perlu dibuat.
Buka Akaun Ringgit Malaysia (RM) Atau Mata Wang Lain
Kemudian anda boleh beli mana-mana mata wang yang tersenarai termasuk Ringgit Malaysia juga. Sebagai contoh untuk beli Lira Turkiye.
- Klik pada + > Currency Account > dan pilih Lira Turkiye
- Klik + dan masukkan nilai Lira yang anda mahukan. Akan dipaparkan berapa RM yang anda perlu bayar. Wise tidak kenakan caj dan ianya adalah Fixed Exchange Rate. Bayar sehingga selesai.
Untuk perbandingan nilai Lira yang dibeli di Wise berbanding tukaran wang yang ada di Google dalam masa yang sama. Tak jauh beza pun. Kalau beli di bank, pasti caj tambahan dikenakan.
Cara Mohon Kad Visa Wise
Untuk memudahkan anda berbelanja ketika di luar negara, boleh dapatkan Kad Visa Wise. Anda boleh gunakan di mana-mana kedai yang anda logo Mastercard/Visa di seluruh dunia. Kad ini berharga RM13.70 dan boleh digunakan selama 5 tahun.
- Masuk aplikasi Wise dan klik tab 'Card'. Kemudian klik 'Order your card'
- Masukkan butiran peribadi dan alamat rumah. Kad tersebut akan dihantar terus ke rumah anda berpandukan alamat tersebut.
- Anda boleh pilih penghantaran secara percuma atau DHL Express dengan kadar segera berharga lebih RM40. Akan dipaparkan tarikh bila kad tersebut akan sampai kepada anda.
- Tetapkan nama pada kad, no. pin dan akhir sekali buat pembayaran sehingga selesai
- Akhir sekali anda perlu buat pengesahan identiti dengan upload gambar MyKad atau menggunakan lesen memandu
- Anda hanya perlu tunggu kad sampai ke rumah anda
- Selesai
Untuk pengalaman, mohon pada 24 Mei 2022 yang mana sepatutnya sampai 12 Jun 2022. Tetapi ianya sampai lebih awal, iaitu pada 7 Jun 2022.
Kad Visa Wise berwarna hijau dihantar terus daripada Singapura dan boleh terus digunakan. Walaupun begitu, untuk kali pertama, anda mesti gunakan no. pin dan selepas itu, anda boleh gunakan secara contactless atau paywave.
Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web wise.com/my
2 comments for "Cara Daftar Wise Terbaru 2024 - Apa Itu Wise Dan Kelebihan Ketika Travel?"