Senarai Lokasi ATM Ambank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2022
Mungkin ada antara anda yang tidak sempat untuk tukar duit raya di kaunter. Jangan risau! Ambank juga ada menyediakan mesin ATM khas yang membolehkan orang ramai buat pengeluaran duit raya dibeberapa lokasi terpilih.
Duit raya sangat sinonim dengan Raya Aidilfitri terutamanya di Malaysia. Ianya sebagai penghargaan terutamanya kepada anak-anak kecil lagi-lagi yang telah berjaya berpuasa di bulan Ramadan. Ianya juga dibuat sebagai tanda sedekah kepada orang ramai.
Jadi sempena sambutan Hari Raya yang hampir tiba, selain daripada Raya ATM Maybank dan Affin Bank, pihak Ambank juga ada menyediakan wang kertas RM10 baru untuk pengeluaran di ATM tertentu.
Lokasi Raya ATM Ambank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2022
Anda boleh pergi ke lokasi ATM tersebut untuk buat pengeluaran 'duit raya' yang baru bermula 20 April sehingga 6 Mei 2022. Antara lokasi ATM yang terpilih adalah seperti berikut
Lembah Klang
- Jalan Yap Kwan Seng
- Jalan Raja Chulan
- Ampang Point
- Wangsa Maju
- Bandar Sri Permaisuri
- Bandar Baru Sungai Buloh
- Setia Alam
- Shah Alam Sec 15
- AmCorp Mall
- Bangsar Baru
- Shaftbury, Putrajaya
- Kota Damansara
- Semenyih
- Bestari Jaya
- Tanjung Karang
Melaka
- Jasin
Negeri Sembilan
- Tampin
Johor
- Muar
- Setia Tropika
- Pontian
- Kota Tinggi
Perak
- Silibin
- Teluk Intan
- Setiawan
Penang
- Seberang Jaya
- Sungai Dua
Perlis
- Kangar
Kedah
- Jitra
Kelantan
- Kota Bahru
- Pasir Mas
Terengganu
- Kuala Terengganu
- Kemaman
Sabah
- Sandakan - Bandar Pasaraya
- Tawau
- Lahad Datu
- Kudat
Sarawak
- Kuching - Jalan Haji Taha
- Kuching - Tabuan Jaya
- Bintulu
- Miri - Beautiful Jade
Cara Tukar Duit Raya Guna Mesin Raya ATM Ambank
- Pergi ke mana-mana cawangan Ambank yang terpilih seperti senarai diatas
- Kemudian pilih mesin ATM yang mempunyai label atau ada papan tanda yang memaparkan bagi Pengeluaran Duit Raya
- Dalam mesin ATM tersebut, kesemuanya adalah wang kertas bernilai RM10. Jadi anda tekan pengeluaran atau withdraw seperti biasa dengan pilih jumlah. Terhad sehingga RM300 setiap transaksi
- Selesai urusan duit raya anda
Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke laman web Ambank di www.ambank.com.my
1 comment for "Senarai Lokasi ATM Ambank Untuk Pengeluaran Duit Raya Tahun 2022"