Pahang Benarkan Rapat Saf Kadar Jarak Sejadah Bagi Solat Berjemaah Mulai 1 April Ini

Pahang Benarkan Rapat Saf Kadar Jarak Sejadah Bagi Solat Berjemaah Mulai 1 April Ini

Negara akan bergerak fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini dan banyak SOP yang dahulunya dipakai kini dilonggarkan berikutan kes Covid-19 sedikit reda berbanding fasa sebelum ini.

Antara kelonggaran SOP utama yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini adalah dimana tiada lagi penjarakan fizikal 1 meter ketika berjemaah di masjid atau surau.

Walaubagaimana ianya tertakluk kepada kuasa negeri dimana segala hal ehwal agama adalah berada dalam pemerintahan sultan bagi setiap negeri.

Demi menyambut baik saranan KKM berkaitan kelonggaran SOP tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga telah mengeluarkan SOP baru bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau dalam fasa endemik bagi seluruh negeri Pahang.

Pelaksanaan SOP ini diumumkan selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong untuk digunakpakai bermula 1 April 2022.

SOP Solat Jemaah Di Masjid Dan Surau Negeri Pahang

Bermula 1 April ini, para jemaah dibenarkan merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah dengan kadar jarak sejadah (saiz standard min 110cm x 70cm) yang dibawa sendiri oleh setiap jemaah.

Ianya melibatkan solat jumaat, solat fardhu dan solat tarawih sepanjang bulan ramadan ini.

Jumlah jemaah adalah mengikut keluasan kapasiti masjid atau surau dan tertakluk kepada kemampuan dan kawalan kepada Jemaah.

Untuk kehadiran pula, ianya terbuka kepada semua sama ada yang telah divaksin atau belum divaksin. Bukan itu sahaja, bukan warganegara dan bukan ahli karian pun dibenarkan hadir.

Manakala untuk jemaah kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas dibenarkan hadir tetapi perlulah penjaga perlulah mengawal dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan seperti orang dewasa.

Jadi pastikan semua jemaah yang hadir ke masjid atau surau sentiasa memakai pelitup muka (facemask) dengan sempurna, amalkan penjarakan fizikal, membawa sejadah sendiri dan imbas kod bagi aplikasi MySejahtera, Pahang Go atau di buku kehadiran.

SOP Baru lain Di Masjid Dan Surau Negeri Pahang

Aktiviti lain juga dibenarkan di masjid atau surau di negeri Pahang seperti kebenaran mengadakan jamuan (berbuka puasa, moreh & sahur) tetapi digalakkan secara berbungkus.

Dibenarkan diadakan mesyuarat, aktiviti gotong-royong, majlis penyampaian bantuan, aktiviti pengurusan jenazah, majlis walimatul urus yang tertakluk kepada 50% kapasiti ruang dan dibenarkan mengadakan pengajian ilmu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau.

BACAPKP 2.0: Pahang Benarkan Majlis Akad Nikah Hanya Di Pejabat Agama Islam Daerah Sahaja

Walaubagaimanapun, aktiviti berkumpul sebelum dan selepas solat selain jamuan tidak dibenarkan dan sekiranya bergejala atau menerima arahan wajib kuarantin juga tidak dibenarkan untuk hadir ke masjid dan surau di Pahang.

Alhamdulillah banyak aktiviti yang dibenarkan bermula 1 April ini. Tetapi perlu diingat, ancaman Covid-19 belum berakhir. Kini semuanya terserah kepada kawalan kendiri dan paling bagus pergilah dapatkan suntikan dos penggalak tu sebagai ikhtiar.

Lama-lama nanti boleh kembali kepada yang asal dan tiada lagi 'norma baharu' seperti pada zaman pandemik ini.

Sumber : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Pahang Benarkan Rapat Saf Kadar Jarak Sejadah Bagi Solat Berjemaah Mulai 1 April Ini"