Saksikan Drama Bila Hati Memilih Dia Di Slot Samarinda TV3 Bermula 28 Mac Ini
Menyusuli Suamiku Lelaki Pendosa, drama Bila Hati Memilih Dia pula akan mengisi slot Samarinda yang akan mula disiarkan pada 28 Mac 2022 menerusi saluran TV3 dan laman penstriman iQiyi.
Drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel Bila Hati Memilih Dia karya Wan Nur Najihah merupakan terbitan Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Bahri Uma dan hasil nukilan skrip oleh Farah Alya As'ari.
Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & iQiyi
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip : Farah Alya As'ari & Farah Bani
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam drama sini ini seperti Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Maryam Annisa, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Qistina Khaled, Shahz Jaszle, Izuan Razali, Zila Bakarin, Azri Sabri, Yasmine Diaries, Aleza Shadan, Syera Aziz dan ramai lagi.
- Aedy Ashraf sebagai Nazril
- Eyka Farhana sebagai Adra Zulaikha
- Maryam Annisa sebagai El
- Gambit Saifullah sebagai Iqram
- Shima Anuar sebagai Sofea
- Qistina Khaled sebagai Adwa
- Makcik Melur sebagai Zila Bakarin
OST Drama
Lagu Tema : Bila Hati Rindu
Penyanyi : Lah Ahmad
Ciptaan : Mas Dewangga, A. Shah, Jova Devito dan Aden King
Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia
Drama Bila Hati Memilih Dia bermula apabial Adra yang baru sahaja tamat belajar dan sedang mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama, Adra telah dipaksa berkahwin dengan Farha oleh mak tirinya, Makcik Melur. Namun begitu, Adra mengatakan masih lagi tidak bersedia dan menolak permintaan ibu tirinya tersebut.
Pada masa yang sama, atas urusan kerja, Nazril terpaksa berpindah ke Langkawi bersama anaknya, Nufail. Disebabkan dia seorang bapa tunggal, dia terpaksa mencari pengasuh bagi menjaga anaknya ketika waktu kerja terutamanya.
Makcik Melur yang tahu akan tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.
Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.
Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra.
Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ. Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu.
Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra.
Satu hari, satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra?
Waktu Bersiaran
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bila Hati Memilih Dia bermula 28 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi.
Anda boleh saksikan di iQiyi www.iQ.com/local dan aplikasi mobile sejam kemudian pada hari yang sama dengan tayangan di tv apabila anda menjadi pelanggan VIP. Manakala anda boleh menonton secara percuma selepas 48 jam tayangan di tv berlangsung.
1 comment for "Saksikan Drama Bila Hati Memilih Dia Di Slot Samarinda TV3 Bermula 28 Mac Ini"