Saksikan Drama 3 Nota Cinta (Slot Akasia TV3)
Menyusuli Shakira, drama 3 Nota Cinta akan mengisi slot Akasia bermula 14 Februari 2022 yang turut disiarkan melalui platform penstriman iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3
Drama bersiri 14 episod merupakan terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian serta nukilan skrip oleh Amin Shakib, Ib Nawawi, Adib Zaini, Nana Khalil dan Azril Hamzah.
3 Nota Cinta menampilkan pelakon-pelakon seperti Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Wani Kayrie, Afifah Nasir, Muaz Fitri, Jasper Supayah, Salina Saibi, Aznah Hamid, Zila Bakarin, Dato’ Jalaluddin Hassan Khairul Anwar Aman dan ramai lagi.
- Ashraf Muslim sebagai Zain
- Sharifah Rose sebagai Alisa
- Wani Kayrie sebagai Aini
- Afifah Nasir sebagai Abby
- Zila Bakarin sebagai Sofea
- Jasper Supayah sebagai Zetty
- Salina Saibi sebagai Amy
- Aznah Hamid sebadai Aminah
- Jalaluddin Hassan sebagai Bahar
Sinopsis Drama 3 Nota Cinta
Drama 3 Nota Cinta mengisahkan tentang perhubungan Aminah dan Bahar, pasangan bahagian dan kaitannya dengan cucu mereka iaitu Alisa dan juga seorang pemuda bernama Zain.
Dalam cerita ini ianya tentang ‘Cinderella moden’ yang diterapkan dengan elemen twist dimana Alisa dilayan sedikit berbeza oleh ibu kandungnya, Sofea.
Merasa dirinya lemas dan terseksa dalam rumahnya, Alisa cuba untuk melarikan diri namun dia telah bertemu dengan Zain, seorang jejaka yang menunjukkan erti sebenar cinta sejati.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 3 Nota Cinta bermula 14 Februari ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQIYI.
Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia bagi pengguna VIP. Penonton boleh mengakses secara percuma selepas 48 jam tayangan di tv melalui www.iq.com atau muat turun aplikasi iQIYI
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4
Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8
Post a Comment for "Saksikan Drama 3 Nota Cinta (Slot Akasia TV3)"
Post a Comment