Sumpah Sedap! Menu Baru Tealive Collab Dengan Famous Amos

Sumpah Sedap! Menu Baru Tealive Collab Dengan Famous Amos

Tealive baru-baru ini mengumumkan lagi menu terbaru dan kali ini mereka collab atau bekerjasama dengan jenama biskut terkenal, Famous Amos.

Kita mungkin biasa kalau pergi mall, kita akan jumpa sebuah kiosk kecil dengan juala pelbagai jenis biskut dibawah jenama Famous Amos. Sedap tak mahal sikit la.

Kali ini jenama biskut tersebut akan dijadikan menu baru oleh Tealive pula. Anda akan merasai sebuah air minuman berperisan coklat atau vanila dengan topping biskut Famous Amos.

Boleh beli bisku Famous Amos (Crunchy Cookies) disini alert-info

Anda kini boleh mula dapatkan menu terbaru ini di semua cawangan Tealive seluruh Malaysia iaitu bermula 8 Disember 2021 dan aku dah cuba pun. Sumpah sedap!

Review Menu Baru Tealive Bersama Famous Amos

Menu baru kali ini, mereka keluarkan 4 variasi dengan pelbagai harga iaitu Famous Coco Lava (RM9.34), Famous Coco Smoothie (RM11.23), Famous Coco Toffee (panas) (RM10.28 dan Famous Vanilla Smoothie (RM11.23).

TIPS! Anda boleh dapatkan lebih diskaun dengan beli baucer Tealive di Shopee. Lebih berbaloi alert-info

Jadi aku sempat rasa 2 variasi sahaja iaitu Famous Coco Lava dan Famous Coco Smoothie. Bagi aku kedua-duanya sedap gila!

Famous Coco Lava mengandungi air coklat bersama dengan cairan coklat lava pada bahagian tepi cawan bersama-sama topping kepingan biskut yang rangup.

Famous Coco Lava

Sekali anda sedut, anda boleh rasa air coklat yang sedap dan manis ditambah pula dengan keenakan biskut dengan rasa lemak. Dieorang tak kedekut biskut weh. Sedut air je, dapat biskut. Banyak gila.

Manakala untuk Famous Coco Smoothie pula ianya sama sahaja dengan Coco Lava tetapi dalam bentuk ice blended. Untuk smoothie, aku pilih less sugar dan rasanya ngam teruk. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar. Just nice.

Famous Coco Smoothie

Selain itu, ada juga kepingan biskut Famous Amos didalamnya sebagai topping dan sekali lagi mereka bagi banyak gila. Kudos! Biskut tu lambat tau nak lemau walau duduk dalam minuman tu lama.

Menu baru Tealive X Famous Amos ini sepertinya kekuatan adalah pada topping kepingan biskut yang diberi. Rasa lemak dan sedap itulah, bagi aku sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri. 

Siapa minat jenis air, beli yang Coco Lava, dan siapa minat ice blended, pilih Coco Smoothie atau Vanilla Smoothie.

For me, ianya berbaloi untuk cuba lagi tapi mungkin sebab air manis kena berpada-pada la ye. Selain itu, air tealive ni bukanlah menawarkan harga yang murah juga tau. Mungkin boleh cuba vanilla smoothie pula hehe

UPDATE. Baru rasa untuk Vanilla Smoothie. Ianya gabungan ice blended vanilla dan kepingan hancur biskut Famous Amos. Bagi aku tak sedap, sebab gabungan biskut dan vanilla sangat tak ngam. Tak best nak repeat

Untuk tahun 2021 ni, bagi aku ada 2 menu edisi terhad terbaik daripada Tealive iaitu Grape Velvet Smoothie dan Tealive Famous Amos ni.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Sumpah Sedap! Menu Baru Tealive Collab Dengan Famous Amos"

Comment Author Avatar
menarik!.. busyra belum cuba lg.. nnti nak try
Comment Author Avatar
menarik nih, akak kalau tealive selalu suka yang green tea je hehehe... nampak kan pilihan orang tua