Cuba Menu Baru Tealive Yogurt Pop Pop Pearls Yang 'Meletop' Di Mulut

Cuba Menu Baru Tealive Yogurt Pop Pop Pearls Yang 'Meletop' Di Mulut

Macam biasalah, kalau Tealive ada keluarkan menu baru, aku akan cuba dapatkan dan rasai sendiri sedap atau tidak. Kali ini mereka memperkenalkan Yogurt Pop Pop Pearls Tealive.

Sepertinya ianya bukanlah menu baru tetapi ianya diperkenalkan semula tetapi dengan gabungan atau variasi yang lain. Kali ini ada 2 pilihan yogurt iaitu Manggo dan Mixed Berries yang mana kedua-duanya campuran bersama Milk Tea. Jika dulu tak silap ada pilihan strawberi.

Anda pernah rasa apabila buah mangga atau campuran buah berries diminum bersama teh susu? Jika tidak, anda boleh rasainya sendiri menerusi menu baru daripada Tealive ini.

Kedua-dua variasi ini akan disertakan bersama Pop Pop Pearls. Berbeza dengan pearls biasa, pop pop mengenakan saiz yang lebih kecil dimana straw biasa pun anda boleh sedut pearls tersebut. Selain itu, ianya akan meletup apabila digigit. Jadi tiada isi di dalamnya.

Oleh itu menu kali ini adalah gabungan antara pearls yang meletop dan campuran yogurt buah; manggo dan mixed berries bersama milk tea. Nak tahu sedap ke tidak? Baca lagi

Review Pop Pop Pearls Bersama Yogurt Manggo Milk Tea

Bermula hari ini, anda boleh dah dapatkan Yogurt Pop Pop Pearls ini di semua cawangan Tealive seluruh Malaysia. Anda boleh order di kaunter Tealive atau buat pesanan secara delivery. Aku macam biasa, pickup dengan order melalui Touch n Go eWallet sahaja.

BACA : Tealive Yam Yam Smoothie. "Ermm Boleh La Rasa Keladi Bersama Pearl Dan Sago"

Harga untuk Yogurt Pop Pop Pearls bersama Mixed Berries Milk Tea adalah RM11.23, manakala Yogurt Pop Pop Pearl bersama Maggo Milk Tea adalah RM10.28 sahaja.

Review Pop Pop Pearls Bersama Yogurt Manggo Milk Tea

Sebelum anda minum, pastikan anda goncang terlebih dahulu supaya yogurt mangga tersebut blend dan sekata bersama teh susu tersebut.

Jika ianya sudah sekata, barulah anda boleh rasa dan nikmati sebuah minuman dengan rasa masam manis antara mangga dan teh susu. Bagi aku sepertinya masam mendominasi iaitu rasa mangga tersebut berbanding milk tea. Cukup sedap dan tidak terlalu manis sebenarnya.

Dalam masa yang sama, anda akan sedut pop pop pearls yang mana anda akan gigit sekali gus meletop dalam mulut anda. Bukan itu sahaja, juga terdapat isi mangga diletakkan bersama.

Dengan satu harga, anda rasai minuman Tealive masam manis mango milk tea bersama pearls yang meletop di mulut dan isi mangga. SEDAP! Sepertinya aku boleh repeat sekali lagi atau mungkin boleh cuba untuk mixed berries milk tea pula selepas ini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Cuba Menu Baru Tealive Yogurt Pop Pop Pearls Yang 'Meletop' Di Mulut"