Cara Daftar ASB Secara Online Menggunakan myASNB Tahun 2024

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb tahun 2021

Baru-baru ini pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan dimana akaun ASB boleh dibuka secara online sahaja iaitu dengan menggunakan aplikasi myASNB sahaja. Tak perlu beratur, laburlah dalam talian.

Jika sebelum ini, pra-syarat untuk buka akaun ASB, anda perlu pergi dan beratur di kaunter cawangan ASNB, Pejabat Pos atau kaunter bank terpilih seperti Maybank, CIMB, Affin Bank dan beberapa bank terpilih yang lain.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah-susah keluar rumah dan kemudian cari parking kereta kemudian beratur panjang tunggu giliran. Anda boleh buka akaun ASB dihujung jadi sahaja iaitu secara online dengan menggunakan aplikasi myASNB.

Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Mungkin anda biasa dengar sebelum ini, kawan-kawan anda tertunggu-tunggu kadar dividen yang akan diberi pada awal tahun. Ada yang seronok bila dividen diberi tinggi kan. Jadi inilah dia pelaburan ASB tersebut.

BACA : Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

Ianya adalah pelaburan wang untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain bagi mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrumen.

ASB ini merupakan antara unit amanah yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) khusus untuk bumiputera sahaja. Untuk bukan bumiputera, anda boleh pilih produk-produk ASNB yang lain.

Nak tahu lebih lanjut berkaitan ASB atau mana-mana produk ASNB, boleh layari portal di www.asnb.com.my

Kadar dividen ASB sejak 2018

  • 2018 : 6.50 + 0.50
  • 2019 : 5.00 + 0.50
  • 2020 : 3.50 + 0.75
  • 2021 : 4.25 + 0.75
  • 2022 : 3.35 + 1.25
  • 2023 : 4.25 + 1.00
  • 2024 : ???

Sesuai bagi mereka yang belum mempunyai ilmu pelaburan. Disamping itu, harga unit dijual dengan harga tetap iaitu RM1 seunit walaupun kadar keuntungan turun dan naik berlaku. Inilah dikatakan pelaburan dengan risiko yang minima.

Pelajar pun sesuai kerana ianya bukanlah komitmen setiap bulan dan permulaan pelaburan hanya serendah RM10 sahaja.

Berminat?

Ikuti langkah dibawah bagaimana nak mula melabur dan bukan akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myASNB

Cara Daftar Dan Buka Akaun ASB Menggunakan Aplikasi myASNB Untuk Tahun 2024

Jika sebelum ini, aplikasi myASNB hanya boleh diakses kepada pelabur yang melabur pada mana-mana produk-produk ASNB. Kini anda perlu daftar myASNB terlebih dahulu untuk mula melabur di ASB.

Ikuti langkah-langkah dibawah:

Daftar Akaun myASNB

Anda terlebih dahulu download aplikasi myASNB menerusi Play Store, App Store atau App Gallery

1)  Sudah download, buka aplikasi tersebut dan mula dengan klik pada 'Sign Up'

2)  Kemudian masukkan nombor MyKad beserta nombor telefon dan klik 'Continue'

Pastikan anda sudah mempunyai MyKad, butiran diri beserta akaun bank.

3)  Anda akan menerima OTP melalui sms, dan masukkan nombor tersebut bagi tujuan verification dan klik 'Continue'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb tahun 2021

4)  Masukkan segala butiran peribadi yang diperlukan seperti nama, jantina, tarikh lahir, alamat kediaman, nombor akaun bank dan sebagainya. jika sudah, klik 'Continue'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

5)  Kemudian perlu jawab pada bahagian 'Self Declaration' mengikut maklumat diri anda. Dah selesai, tekan 'Continue'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

6)  Masukkan butiran pekerjaan anda yang berkaitan sama ada bekerja, bekerja sendiri, berniaga, tidak bekerja dan sebagainya. Hanya sekadar untuk maklumat. Dah siap, tekan 'Continue'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

7)  Langkah seterusnya anda perlu verify dengan cara upload gambar MyKad dan selfie anda. Klik pada 'Verify Now'. Mula ambil gambar depan dan belakang MyKad. Kemudian selfie anda bagi tujuan pengesahan. Dah siap semua, klik 'Submit Verification'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

8)  Disini anda perlu tunggu terlebih dahulu sehingga proses verification selesai. Untuk pengalaman sendiri, hanya beberapa minit sahaja dan terus diluluskan.

9)  Jika sudah lulus, barulah boleh teruskan untuk pengesahan akaun. Anda perlu masukkan username, secure phrase dan juga password. Klik 'Next'

10)  Diikuti dengan 'security question'. Letaklah apa-apa yang mudah diingati bagi tujuan keselamatan. Dah siap, klik 'Done'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

11)  Sekali lagi, anda perlu tunggu proses pengesahan dan kali ini untuk bank akaun pula. Dari pengalaman, ianya mengambil masa selama 24 jam selepas ianya diluluskan. Anda akan menerima emel dan sms dengan status 'Berjaya'.

*Saya tak pasti kenapa ASNB bagi 1 sen pada akaun bank yang kita daftar tersebut.

Sekarang sudah selesai untuk pendaftaran akaun myASNB dan anda diberikan no. ahli juga. Langkah seterusnya adalah mulakan pelaburan pertama dalam unit amanah iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Cara Buka Akaun ASB Melalui Aplikasi myASNB

1)  Klik pada 'Labur Sekarang'

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

2)  Disini anda perlu menjawab beberapa soalan dan kemudian anda akan dibericadangan dana yang sesuai untuk anda sama ada; Harga Tetap, Sederhana, Konservatif atau Agresif. ASB jatuh pada Harga Tetap

3)  Anda pilh sahaja pada bahagian Harga Tetap > ASB

4)  Kemudian anda perlu masukkan jumlah pelaburan sebanyak RM10 melalui akaun bank yang telah anda daftar sebelum ini. Klik 'Seterusnya' dan buat pembayaran seperti biasa.

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

Selesai! Inilah pelaburan pertama anda menerusi akaun ASB

Cara Buat Penambahan Pelaburan Melalui myASNB

Terdapat banyak cara untuk anda menambah unit; boleh pergi ke cawangan ASNB, Pejabat Pos, mana-mana bank terpilih.

Anda juga boleh buat penambahan pelaburan secara online menerusi perbankan online tetapi mempunyai caj tambahan RM1. Tapi kalau taknak kena caj, buat pelaburan tambahan melalui aplikasi myASNB sahaja.

Caranya :

1)  Pada halaman utama, klik butang 'Labur' > 'Pelaburan Tambahan'

2)  Klik pada akaun ASB anda dan masukkan nilai pelaburan serendah RM1. Boleh buat bayaran menggunakan perbankan online atau Boost eWallet. 

3)  Buat bayaran seperti biasa sehinga berjaya

cara buka akaun ASB secara online menggunakan aplikasi myasnb

Semoga berjaya dan hara membantu! Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman web myASNB di www.myasnb.com.my

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

3 comments for "Cara Daftar ASB Secara Online Menggunakan myASNB Tahun 2024"

Comment Author Avatar
Peluang menyimpan...mudah dan pantas
Comment Author Avatar
masih ada dalam bloglist saya blog anda ya
Comment Author Avatar
sangat berterima kasih masih dalam bloglist..syukran