Bercuti Di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Bersama Seluruh Keluarga

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Sempena 'fully vaccinated', aku dan sekeluarga membuat keputusan untuk rentas daerah dan pergi bercuti. Ini merupakan destinasi eco pertama iaitu di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort milik Dato' Aliff Syukri di Janda Baik.

Sebenarnya ini bukanlah destinasi pertama percutian aku selepas lengkap vaksinasi, tetapi destinasi ketiga dan yang pertama untuk destinasi eco. Sebelum itu, aku pergi berkelah di Pantai Sepat, Kuantan dan juga bermalam di Cameron Highland.

Tapi pastikan dah ambil 2 dos vaksin dan ikut SOP semua tau...

Selepas di pantai laut, kemudian naik ke tanah tinggi diikuti dengan hutan belantara pula. Jadi kami buat keputusan buat pertama kali untuk bercuti dan bermalam bersama seluruh keluarga di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik pada hujung minggu.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Ini merupakan kali pertama aku datang di Janda Baik dan pertama kali juga aku bercuti dan bermalam disini walaupun duduk di Pahang. Jadi untuk awalannya, aku tak dapat bayang bagaimana keadaan Janda Baik ni dan yang pasti dalam hutan dan dipenuhi sungai-sungai.

Ternyata bayangan aku tersebut tepat dimana memang dikelilingi oleh hutan belantara, kampung-kampung dan sungai semula jadi.

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort terletak di Janda Baik, Pahang dan jika dari Temerloh ambil masa 1 jam sahaja dan jika dari Kuala Lumpur, lebih kuran 20-30 minit sahaja. Untuk sampai ke betul-betul resort tersebut, jaraknya lebih kuran 10 km dari kampung cina tepi highway tersebut.

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort menyediakan pelbagai jenis bilik penginapan sesuai dengan bilangan ahli yang datang dari 2,3,4 hingga 80 bilangan ahli. Juga terdapat vila dengan private pool tau. Kolam mandi kat rumah, tak perlu nak kongsi pun.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Pada hari tersebut, kami bermalam untuk 3 bilik iaitu di bilik Jenis Kuku Garuda, Lidah Buaya dan Semalu dengan harga masing-masing RM200+, RM200+ dan RM170+. Jadi bagi aku, harganya berpatutan sesuai dengan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan. Harga weekdays lebih murah berbanding weekend.

Boleh tengok dan dapatkan tawaran hotel dengan harga istimewa DISINI

Untuk tempahan, anda boleh terus buat di laman web mereka di www.sugehecoresort.com atau hubungi 012-327 8133

Aku boleh cakap, eco resort ini menyediakan semua fasiliti lengkap. Semua yang anda nak, anda boleh dapatkan disini. Mood cuti anda tidak akan terbatas walaupun hanya duduk sahaja di resort ini seharian. Anda boleh buat banyak perkata.

Untuk pengetahua, kawasan resort ini line internet tidak kuat dan pengguna U Mobile memang tiada sambungan internet terus. Jadi jika anda ingin dapatkan internet, anda boleh pergi ke lobby sahaja. Boleh la lepak situ kejab, update instagram, status facebook semua.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Kelebihan Yang Disediakan Oleh Sugeh Hill Exclusive Eco Resort

Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam kawasan eco resort ini dan bagi aku paling menarik adalah River Bathing atau mandi sungai. Yes! dalam kawasan resort ini terdapat satu kawasan sungai yang mengalir deras, sejuk, nyaman dan menyegarkan. Sungai semula jadi yang air datang dari bukit.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Mereka cantikkan sekeliling sungai ini, sesuai untuk penghuni resort ini berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga. Bukan itu sahaja, berhampirannya juga terdapat beberapa jenis bilik penginapan untuk anda tempah. Jadi anda boleh bermalam dengan ditemani bunyi desuran air sungai mencelah batu-batuan.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Anda boleh mandi bila-bila masa sahaja. Tapi malangnya pada hari aku datang tu, hanya sempat mandi pada hari pertama sahaja. Pada keesokannya hari hujan dan air sungai tersebut menjadi deras, dimana sangat tidak sesuai untuk mandi dan berbahaya.

Tapi bagi yang takut untuk mandi sungai, jangan risau Sugeh Hill Exclusive Eco Resort juga ada menyediakan kolam mandi yang boleh digunakan pelanggan disana. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa berenang dan mandi di kolam tersebut.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Selain itu, terdapat juga peralatan trampolin disediakan di dalam taman untuk kegunaan orang ramai. Tak silap, ada 3-4 trampolin yang boleh digunakan sehingga 90kg. Melompat la anda bila-bila masa secara percuma.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Untuk kelebihan dan aktiviti lain yang disediakan di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort ini seperti :

  • ATV
  • Flying Fox
  • Mini Zoo
  • Gym
  • Karaoke
  • Jogging
  • Berbasikal
  • Menunggang kuda
  • dan banyak lagi
Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Jika anda lapar, disini juga disediakan kafe untuk anda menjamu selera. Tapi pastinya harga sedikit mahal la. Jika anda rasa terlalu mahal, anda boleh keluar ke kawasan kampung berhampiran untuk beli makanan. Tak jauh pun.

Aktiviti utama yang kami lakukan di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort ini adalah aktivit bakar-bakar atau barbeku. Disini memang disediakan port tempat bakar atau tempat untuk anda buat bbq dengan secara 'first-come first serve'. Tapi jangan risau, memang banyak disediakan port tersebut.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Untuk bahan-bahan daging, ayam, ikan, sosej, sos cili, mayonis, sos bbq dan arang semuanya dibawa khas dari Temerloh. Memang dah buat preparation awal pun. Tapi jika tiada arang, boleh beli di kafe. Bahan-bahan lain rasanya takda jual.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Disebabkan ianya dikelilingi oleh hutan belantara yang cantik, takda masalah sangat untuk membakar disini. Tak ganggu pun pengunjung lain, sebab malam memang semua dalam bilik sahaja. 

Jadi pada malam tersebut, memang keluarga aku je yang berada di luar bilik dengan lakukan aktiviti barbeku ni. Harap memang tak ganggu la ek. hehe Buat lepas maghrib, lepas insyak dah selesai.

Balik bilik, tenangkan fikiran dan tidur sahaja dengan ditemani bunyi cengkerik dan bunyi alam sahaja. Bilik tak guna aircond, kipas pun dah sejuk weh.

Pada hari aku datang tu, pengunjung tak terlalu ramai. Ye la kan, sebab masih tidak dibenarkan untuk rentas negeri. Jadi kesemuanya pasti orang Pahang sendiri. Suasana lebih tenang, tak crowded sangat ketika mandi sungai atau mandi kolam. Penjarakan masih selamat la. Kalau datang nanti, ramai-ramai kena jaga SOP juga tau.

Selain itu, untuk yang suka bergambar, disini terdapat banyak port atau bahagian yang disediakan untuk bergambar, tambahan pula dengan berlatar belakangkan dengan flora dan fauna serta bukit bukau. Boleh la ootd dan update instagram.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Kekurangan Sikit

Walaupun bagi aku, tempat ini dah cukup baik untuk anda bercuti bersama keluarga, tetapi pada hari kami datang terdapat juga beberapa kekurangan yang mungkin boleh Dato Aliff Syukri perbaiki masa akan datang.

Pada mula-mula datang dan masuk bilik, kami dapati lantai tandas basah dan tidak dicuci serta lapik kaki dalam tanda pun tiada. Bukan itu sahaja, plastik sampah dalam tong sampah tidak disediakan. Jadi bagi aku tandas dalam bilik aku pada hari tersebut, sangat tidak memuaskan.

Remote kipas tak jumpa beb! semalam tidur dengan angin sejuk. Tapi bukanlah masalah besar, boleh selimut kan. Tapi sediakan remote tu juga lain kali.

Di bahagian sungai, aku tak pasti keadaan sebenar tetapi buaian yang diikat pada pohon kayu dah tiada seperti tidak dijaga, sekali gus mengurangkan attraction tempat tersebut. Yang ada hanya tali sahaja. Perbetulkan dilain hari dan pastikan ianya selamat digunakan.

Staff tidak mencukupi. Sebagai contoh tiada petugas berada di bahagian flying fox. Adik aku dah siap-siap untuk terbang, tengok tiada orang jaga sampai sudah. Staf di kaunter pun tiada. Jadi tak dapat la naik. Mungkin isu ini perlu dilihat semula.

Not Bad Bermalam Di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort

Itulah ungkapan selepas semalaman bermalam di sini walaupun datang pertama kali. Secara keseluruhannya, agak memuaskan walaupun ada beberapa kekurangan disitu.

Untuk harga pun tidaklah terlalu mahal berbanding dengan kualiti yang reka bentuk, keselesaan, keindahan yang disediakan. Ini mungkin kerana aku datang waktu weekdays (ahad - isnin). Katanya jika bermalam waktu hujung minggu, ianya naik sekali ganda.

Mungkin juga, akan menjadi destinasi boleh repeat jika datang di Janda Baik sekali lagi selepas ni. Bagi yang tak tahu nak bermalam dimana bila datang Janda Baik, boleh bermalama di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort.

Bercuti di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik

Maksud Sugeh atau Sugih itu Kaya tau. Pandai juga Alif Syukri ni bagi nama... Katanya juga, resort Bonda ada di Jandan Baik juga, kena try juga ke?...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

7 comments for "Bercuti Di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Bersama Seluruh Keluarga"

Comment Author Avatar
Wow!! bestnya aiman dan family..bercuti di tempat menarik...
Comment Author Avatar
Cantiknyaaa tempat ni. Ni tempat yg viral hritu ke? hehe
Comment Author Avatar
yes. Dah sampai hari tu pun baru tahu tempat ni pernah viral hehe
Comment Author Avatar
Wah bestnya. Tempat pun cantik, siap kelengkapan utk BBQ. Tapi kami sekeluarga ni ada yg belum complete 2 dos lagi. Nak keluar tempat dekat pun belum berani 😂
Comment Author Avatar
Destinasi menarik untuk aktiviti keluarga besar ya...
Bolehlah masukkan dalam cadangan kat family nih!