Pertama kali aku guna sabun mandi rare sikit dari Method Men dengan aroma sea + surf

Pertama kali aku guna sabun mandi rare sikit dari Method Men dengan aroma sea + surf

Aku just nak share pengalaman menggunakan sabun mandi yang bagi aku agak rare terutamanya dalam jenamanya. Pertama kali aku cuba jenama Method Men untuk sabun mandi aku yang katanya jenama dari USA.

Aku untuk sabun mandi, standard la kadang Lifebuoy, Shokubutsu, Antabax, Lux dan seangkatan dengannya la. Tapi tiba-tiba aku terdetik untuk cuba satu jenama ni.

Yang sebenarnya aku terpengaruh dengan pengguna twitter sebenarnya, @magmalaya yang katanya bau dia wangi dan disukai oleh isterinya. Jadi aku simpulkan aroma daripada sabun mandi ini wangi la.

Pertama kali aku guna sabun mandi rare sikit dari Method Men dengan aroma sea + surf

Kebetulan memang sabun mandi Lifebuoy aku nak habis dah. Jadi sebagai ganti kali ini, aku dapatkan sabun mandi baru dari jenama baru yang tak pernah terfikir untuk cuba iaitu dari jenama method men ini.

Pengalaman menggunakan sabun mandi dari Method Men

Mengikut reply awal dari pengguna twitter lain, sabun mandi ini untuk golongan T20 kerana harganya sedikit mahal daripada sabun mandi lain. Yes! ianya sedikit mahal la, tapi takda la sampai ratus-ratus.

Jadi aku decide juga untuk cuba jenama ini. Jadi aku dapatkan sabun yang sama dengan aroma yang sama daripada influencer tersebut (yes! layak jadi influencer) daripada Shopee sahaja.

Anda boleh dapatkan body wash method men dengan aroma sea + surf dengan harga RM27.31 sahaja secara online di Shopee dengan saiz 532 ml. Selain itu terdapat juga aroma Juniper + Sage dan Cedar + Cypress [Link pembelian]

Pertama kali aku guna sabun mandi rare sikit dari Method Men dengan aroma sea + surf

Tanggapan awal aku daripada luaran adalah ianya sebuah body wash premium. Ini kerana reka bentuk botol tersebut berbeza dari yang lain dan juga minimalis. Menggunakan satu warna iaitu kelabu kebiruan dengan tulisan method men dan beberapa tulisan kecil yang lain sahaja.

Pertama kali aku beli sabun mandi rare yang katanya wangi tapi tak tahu wangi tu macam mana. Jadi aku expect adalah aroma yang ditawarkan adalah lain dari yang lain.

BACA : Review menggunakan Wifi Extender daripada Tp-Link

Sabun method men ini dalam bentuk gel dengan tanpa warna (colorless). Manakala aromanya pula adalah sangat serupa seperti bau sabun mandi dari jenama Bad Lab. Jadi itulah bau daripada aroma sea + surf.

Aku pernah juga menggunakan sabun mandi 3-in-1 Bad Lab tu sebelum ini. Jadi sebenarnya aku tidaklah gemar dengan aroma tersebut ditambah pula method men ini menawarkan bauan yang sangat serupa. Jadi agak sedikit kecewa disitu. Tapi bukan busuk tau. Siapa yang pernah menggunakan jenama Bad Lab tahu la kot.

Ditambah pula, sabun mandi ini juga tidak menghasilkan buih yang banyak seperti yang ditawarkan oleh jenama biasa yang lain. Jika daripada 5, aku boleh bagi 2.5 sahaja tahap buih yang dihasilkan. Kena gosok lama sikit baru keluar buih. Tapi badan masih segar apabila menggunakan body wash ini.

Pertama kali aku guna sabun mandi rare sikit dari Method Men dengan aroma sea + surf

Kandungan yang ada pada method men ini sangat bagus kerana ianya dihasilkan daripada formula biodegradable yang bebas parabens dan phthalates. Jadi ianya selamat untuk digunakan terhadap kulit yang mana tidak akan memberi kesan alergi (hypoallergenic)

Bagi aku ianya adalah sebuah sabun mandi atau body wash sahaja. Tiada penyesalan pun dah beli walaupun aromanya tidak kena dengan taste sendiri. Tapi lepas ni, for sure la tak repeat order. Tapi jika berminat dengan ciri-ciri yang diterangkan diatas, boleh dapatkan terus.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Pertama kali aku guna sabun mandi rare sikit dari Method Men dengan aroma sea + surf"