Kini tiada lagi 'dead zone' selepas menggunakan Wifi Range Extender

Kini tiada lagi 'dead zone' selepas menggunakan Wifi Range Extender

Tidak guna kalau wifi laju pun, tetapi capaiannya tidak sampai ke peranti anda baik smartphone ataupun laptop. Jadi antara solusi yang boleh digunakan untuk masalah ini adalah dengan menggunakan Wifi Range Extender.

Ini merupakan masalah pada aku sebelum ini dan penyelesaian ini juga adalah yang aku guna pada hari ini. Keputusannya adalah sangat memuaskan dan berbaloi.

Jika sebelum ini, aku ada kongsikan pengalaman menggunakan modem Unifi Air sebagai ganti kepada Unifi Lite (Streamyx). Beberapa bulan kemudian, alhamdulillah kawasan aku baru masuk fibre optic dan bertukar lagi kepada Home Unifi terus.

BACA : Ternyata Unifi Air Jauh Lebih Baik Daripada Streamyx Dan Banyak Kelebihan

Untuk permulaan, aku hanya beli langgan pakej 30Mbps Unlimited dengan harga RM89 sebulan. Anda boleh semak sendiri di laman web Unifi untuk pakej langganan yang lain.

Aku langgan 30Mbps sahaja kerana bagi aku kelajuan yang cukup bagi kegunaan ringan dalam rumah ini. Setakat nak tengok live streaming, download, layan Netflix 2-3 orang serentak bersama Disney+ Hotstar sangat tiada masalah.

Tapi seperti yang diberitahu pada awalnya, tak guna juga kalau wifi dah laju tapi capaian tak sampai. Inilah yang berlaku pada aku apabila capaian internet tidak sampai ke dalam bilik tidur aku kerana modem dan router agak jauh kedudukannya dari peranti yang aku guna iaitu dalam bilik.

Ianya tiada masalah kalau menggunakan di ruang tamu, di bahagian dapur kerana jarak model boleh dicapai. Untuk bilik aku, masih boleh bersambung tetapi capaian tidak stabil hanya beberapa bar sahaja dan capaian hanya dari 2.4GHz band sahaja dan tiada 5GHz (kerana range yang lebih kecil).

Jika full speed adalah 30Mbps, tapi dengan sambungan 2.4Ghz aku dapat sekitar 10-11Mbps sahaja ditambah pula dengan capaian yang tidak stabil kerana kedudukan modem yang agak jauh dari bilik aku.

Sebenarnya banyak penyelesaian untuk masalah ini dan aku buat keputusan untuk memilih sebuah peranti tambahan iaitu dengan menggunakan Wifi Range Extender. Ini kerana harganya murah, senang setup hampir plug n play sahaja dan tidak leceh.

Kini tiada lagi 'dead zone' selepas menggunakan Wifi Range Extender

Sebenarnya jika anda jumpa wifi booster, wifi amplifier, wifi repeater, wifi extender yang kesemuanya adalah sama sahaja fungsinya. Ianya digunakan bukan untuk melajukan capaian internet tetapi meluaskan capaian internet sahaja.

Nak lajukan internet sedia ada di rumah anda, mungkin boleh guna Mesh Wifi. Selain mampu untuk meluaskan capaian internet, ianya juga boleh melajukan internet anda. Aku tak gunakan peranti ini, sebabnya adalah MAHAL.

Sebenarnya secara asas, jika anda menggunakan wifi extender ini, kelajuan internet anda akan drop atau slow sedikit berbanding kelajuan asal. TETAPI aku tak nampak speed drop apabila aku menggunakan Tp-Link AC1200 Wifi Range Extender dekat 2 minggu dah

Pengalaman menggunakan Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender. Serius berbaloi

Terdapat banyak wifi extender berada di pasaran dan kesemuanya adalah berfungsi dengan fungsi yang sama untuk meluaskan capaian internet.

Dalam banyak-banyak jenama tu, aku pilih dari jenama Tp-Link yang pastinya antara jenama terkenal di Malaysia dengan mengeluarkan pelbagai barangan elektik dan peranti seperti CCTV, modem internet, mesh wifi, wifi repeater dan banyak lagi.

Dari jenama ini pula, aku pilih model dan beli RE305 AC1200 Wifi Range Extender. Ada beberapa sebab kenapa aku beli model ini iaitu :

  • Menyokong semua jenis internet termasuk Unifi
  • Menyokong dual band (2.4GHz dan 5GHz) (300 Mbps + 867 Mbps)
  • Mempunyai aplikasi bagi memudahkan untuk membuat pantauan
  • Harga berpatutan.

Sebenarnya sebab utama kenapa aku beli model ini adalah ianya menyokong dual band. Nasihat aku, kalau betul nak beli wifi booster ni cari yang support dual band. Kebiasaanya peranti yang lebih murah ianya hanya support 2.4GHz sahaja, jadi anda akan dapat separuh kelajuan internet sebenar anda.

Disebabkan model ini ada sambungan 5GHz, aku tak nampak speed drop apabila aku sambungkan laptop atau smartphone aku menggunakan wifi extender ini. 

speed test menggunakan wifi extender tp-link

Pada awalnya, dalam bilik memang tak dapat capaian 5GHz ni, kini bilik aku full access speed yang sama seperti yang dipancarkan daripada model dan router Unifi iaitu 30Mbps apabila aku sambungkan wifi extender dengan laptop atau telefon aku.

Tiada lagi 'dead zone' dalam rumah aku termasuk bilik tidur aku. Dengan Tp-Link RE305 AC1200, hampir tiada dead zone bagi keluasan anggaran 2 rumah teres aku ni.(jarak tak pasti la hehe).

Selain itu, untuk setup dan menggunakannya pun sangat mudah, senang dan menyenangkan. Dalam 10 minit dah siap untuk digunakan.

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

Jika anda dapatkan jenama Tp-Link ini, terdapat 3 cara untuk anda setup atau tetapkan penggunaanya iaitu menggunakan aplikasi Tether, menggunakan laptop di laman web atau secara butang WPS.

Jadi baru-baru ini aku setup menggunakan laptop di laman web sahaja. Sangat mudah. Ini caranya:

1)  Untuk permulaan, pastikan anda hidupkan atau "On" Wifi Extender tersebut berhampiran dengan router internet sebenar anda.

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

2)  Kemudian anda sambungkan internet laptop dengan rangkaian extender atas nama "TP-Link_Extender"

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

3)  Sesudah itu, anda taip https://tplinkrepeater.net atau http://192.168.0.254 dan tetapkan password untuk kali pertama.

4)  Seterusnya anda perlu cari nama Wifi asal anda iaitu bagi band 2.4GHz dan 5GHz dan masukkan password wifi anda.

5)  Jika sudah dan betul semuanya, klik "Confirm"

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

6)  Kemudian anda boleh rename Wifi Extender anda dengan nama apapun. Aku cuba tambah EXT sahaja daripada nama wifi sebenar. Jika sudah siap, klik "Next".

7)  Jika sudah siap setup di laptop, anda perlu bawa Wifi Extender anda tersebut ke tempat yang anda ingin letak. Pastikan jaraknya dalam jangkaun router tau.

8)  "On" kan semula Wifi Extender kemudian connect semula laptop bersama network Wifi Extender yang telah diberi nama semula.

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

9)  Tunggu beberapa minit sehingga lampu biru menyala pada Wifi Extender yang menunjukkan semuanya dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Klik "Done"

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

10)  Akhir sekali, klik "Finish". Selesai!

Cara setup Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

Ianya kini boleh digunakan seperti sambungan wifi biasa sahaja. Nak guna, cari nama Wifi Extender dan connect menggunakan password yang sama seperti password asal wifi.

Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

Dengan harga RM169, anda boleh dapatkan model RE305 AC1200 ini dengan warranti selama 3 tahun daripada Tp-Link. Dalam kotak, anda akan diberikan sebuah Wifi Extender bersama Quick Installation Guide sahaja. Sambungan 3-plug pada badan peranti tersebut. 

Tp-Link RE305 AC1200 Wifi Range Extender

Anda boleh dapatkan di Shopee Mall menerusi seller Ookas atau di Lazada menerusi seller Ookas juga. Untuk lihat lagi pelbagai model untuk Wifi Extender, boleh lihat disini

Selain itu, jika anda ingin dapatkan jenama lain untuk Wifi Booster/Repeater, anda boleh tengok dibawah:

  1. Tenda A9 Wireless N300 [Shopee] [Lazada]
  2. Xiaomi Mi Mijia Youpin Pro [Shopee] [Lazada]
  3. Xiaomi Mi Extender Pro Version R03 [Shopee] [Lazada]
  4. AC1200 range extender [Shopee] [Lazada]
  5. Wifi 4 [Shopee] [Lazada]
  6. D-Link DAP-1325 [Shopee] [Lazada]

Jadi pada yang ada masalah capaian wifi di rumah, boleh la dapatkan Wifi Range Extender ini. Memuaskan!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Kini tiada lagi 'dead zone' selepas menggunakan Wifi Range Extender"