(Pengalaman) Tatacara menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk dos pertama dan kedua
Akhirnya setelah hampir 6 bulan menunggu selepas pendaftaran di aplikasi MySejahtera, akhirnya telah tiba giliran aku untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi dos pertama dan suntikan kedua pada 22 Ogos 2021.
Pada Ogos 2021, barulah aku dipanggil untuk menerima suntikan bagi memenuhi ruang untuk mencapai Herd Immunity bagi mengekang jangkitan Covid-19 kepada diri dan orang lain.
Seperti yang didaftarkan, aku menerima 1st jab di daerah Temerloh dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah di Dewan MPT Dato' Zaharuddin Abu Kassim Simpang Peragap, Temerloh.
Selain dari PPV tersebut, dalam daerah Temerloh terdapat 2 lagi PPV iaitu di Dewan Tun Razak bandar Temerloh dan Dewan MPT Dato Bahaman Lanchang. Kesemuanya ada 3.
Jadi disini aku nak kongsikan pengalaman aku setelah menerima suntikan pertama dimana flow atau tatacara ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 khusus bagi dos pertama.
Tatacara ketika menerima vaksin Covid-19
Tataracara ini lebih mengfokuskan kepada penerima dos 1 dan juga yang berlaku di PPV Dewan MPT Dato' Zaharuddin Abu Kassim Simpang Peragap, Temerloh. Tetapi secara asasnya, kesemua flow dan tatacara serta check point adalah sama dimana-mana PPV pun.
Jika berjaya, anda akan menerima tarikh Temu Janji Dos 1 menerusi aplikasi MySejahtera. Anda juga akan menerima sms beberapa hari sebelum temu janji daripada pihak CITF.
Sebelum tiba di PPVJadi untuk pertama kali, anda perlu mengesahkan temu janji seperti pada tarikh dan masa yang diperuntukkan. Anda perlu jawab Ya atau Tidak sahaja. Jawab Ya la kalau nak vaksin kan.
Sebelum ini, penerima vaksin perlu mengesahkan persetujuan suntikan secara manual iaitu tandangan di borang yang pastinya akan berlaku banyak kontak seperti pada kertas dan pen yang dipegang. Sekali gus khuatir akan tahap kebersihan.
Jadi bermula Ogos 2021, JKJAV telah mengeluarkan ciri baru dimana anda boleh sahkan persetujuan suntikan secara digital sahaja iaitu di MySejahtera. Hanya tandakan pada ruangan dan setuju. Tak perlu bazir kertas, tak perlu pegang pen.
Akan tetapi ditempat PPV Temerloh ini mereka masih menggunakan pen dan kertas. Mungkin borang tersebut sudah dicetak dengan banyak, jadi mereka perlu menghabiskannya. Jadi nasihat aku, bawa pen sendiri
Tiba di PPV
Seeloknya, ikut waktu yang ditetapkan seperti di MySejahtera, tetapi jika lambat atau awal pun, anda masih dibenarkan masuk tetapi jangan datang ikut tarikh lain.
Seperti biasa setibanya sampai, anda terlebih dahulu buat saringan suhu badan dan perlu scan MySejahtera seperti anda lakukan bila ingin memasuki mana-mana premis. Scan seperti biasa.
Jika sudah, anda perlu pergi ke stesen seterusnya iaitu Pendaftaran. Mereka akan minta Kad Pengenalan dan tunggu untuk beberapa minit. Sudah selesai, anda akan diberi borang persetujuan suntikan yang perlu diisi pada stesen seterusnya.
Pada stesen Persetujuan Vaksin inilah anda perlu jawab beberapa soalan pada borang yang anda peroleh tersebut bagi tujuan pengesahan. Jika ada alahan, sakit dan sebagainya sila tanda pada ruang yang disediakan. Akhirnya tandakan Ya untuk setuju mengambil vaksin.
Kemudian barulah anda perlu beratur untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 mengikut ruang yang kosong. (oh btw aku dapat Pfizer).
Pada waktu ini suntikan, seperti yang diumumkan oleh Khairy Jamaludin selaku Menteri Penyelaras Bekalan Vaksin, anda kini dibenarkan mengambil gambar atau video ketika suntikan. Itu adalah hak anda.
Aku tak ambil video, sebaliknya hanya lihat picagari yang digunakan sebelum, ketika dan selepas suntikan. Pastikan kuantiti vaksin adalah tepat dimana phizer 0.3 ml manakala AstraZeneca dan Sinovac sebanyak 0.5 ml.
Akhirnya lihat proses ketika suntikan. Pastikan nurse tersebut tekan picagari sehingga habis vaksin tersebut dan ianya kosong selepas itu. Suntik pada otot tak sakit berbanding ambil darah. Jangan risau. Jangan lupa ucap terima kasih.
Ketika pulang dari PPV
Seusai sudah suntikan, anda perlu pergi ke stesen terakhir iaitu Pemerhatian. Disini anda perlu tunggu dalam 10-15 minit. Jika ada berlaku apa-apa gejala, anda boleh laporkan terus pada staff yang ada.
Pada waktu ini juga, aplikasi MySejahtera anda akan dikemaskini bagi ketahui tarikh dan waktu bagi suntikan dos 2 pula. Selain itu, anda juga akan menerima Kad Vaksinasi Covid-19 yang perlu dibawa semula ketika suntikan kedua nanti.
Jika sudah, boleh pulang dan untuk kenang-kenangan, anda boleh la singgah di photobooth yang disediakan. Terpulang, itu tidak wajib.
Secara kasar, jika orang tidak terlalu ramai, kesemua proses suntikan vaksin Covid-19 dos 1 hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja.
Vaksin adalah alternatif bagi mengelak jangkitan Covid-19 yang kesnya makin hari makin membimbangkan termasuk di negeri Pahang dan varian Delta. Ianya akan memberi kesan terbaik jika ramai yang sudah menerima vaksin dan capai immuniti kelompok.
BACA : 3 Cara Daftar Program Imunisasi COVID-19 (Vaksin) Untuk Negeri Pahang
Nasihat aku, daftar dan ambillah vaksin Covid-19. Yang boleh walk-in tu pergi la. Dalam masa yang sama terus patuhi SOP yang ditetapkan selagi mana herd immunity belum dicapai. Insya Allah kita pasti boleh hidup seperti sedia kala selepas ini.
Pada 22 Ogos yang lalu, aku telah pun menerima suntikan dos kedua di tempat yang sama dalam waktu yang sama juga. Tetapi kali prosesnya lebih pantas.
Alhamdulillah, setakat beberapa hari ini tiada kesan sampingan ketara kecuali lenguh tangan kiri pada bahagian suntikan sahaja
3 comments for "(Pengalaman) Tatacara menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk dos pertama dan kedua"