Senarai 22 atlet Malaysia yang akan ke Temasya Paralimpik Tokyo 2020

Senarai 22 atlet Malaysia yang akan ke Temasya Paralimpik Tokyo 2020

Akhirnya kita sudah tahu bilangan dan siapa yang akan bertanding ke temasya Paralimpik Tokyo 2020. Malaysia berjaya menyenaraikan 22 atlet dan 4 daripadanya adalah atlet wanita untuk menggalas cabaran ke peringkat tertinggi ini.

Senarai penuh ini diumumkan oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Mega D. Shahriman Zaharudin.

22 atlet Para Malaysia ini akan bertanding dalam 9 jenis sukan di Sukan Paralimpik Tokyo 2021. Mereka akan ditemani oleh 16 jurulatih termasuk seorang caperon serta 22 pegawai perubatan dan petugas sekretariat.

Paralimpik Tokyo 2020

Atlet Malaysia Paralimpik Tokyo 2020

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula pada pada 24 Ogos hingga 5 September 2021 ini di Tokyo, Jepun. Edisi kali ini melibatkan 22 jenis sukan dengan 539 acara sukan yang dipertandingkan di 21 venue berbeza seluruh Tokyo.

Untuk jadual penuh, anda boleh dapatkan menerusi laman web Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di olympics.com/tokyo-2020/en/paralympics/schedule/

Senarai atlet Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Inilah senarai kontinjen Malaysia dengan 22 atlet untuk 9 jenis sukan

CDM : Dato' Sri Megat D Shahriman Bin Dato Zaharudin

Pembawa Bendera : Siti Noor Iasah dan Bonnie Bunyau Gustin

Memanah

  • Suresh Selvatamby (Recurve Lelaki)
  • Wiro Anak Julin (Kompoun Lelaki)

Olahraga

  • Abdul Latif Bin Romly (Lompat Jauh - T20) - Pingat EMAS
  • Muhammad Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru - F20)
  • Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m - T36)
  • Wong Kar Gee (Lompat Jauh - T13)
  • Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin (400m - T20)

Badminton

  • Cheah Liek Hou (Single Lelaki SU5) - Pingat EMAS
  • Didin Bin Terasoh (Single Lelaki SH6)

Boccia

  • Chew Wei Lun (Mix Individual - BC1) - Pingat PERAK

Berbasikal

  • Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin
  • Muhammad Hafiz Jamali
  • Zuhairie Ahmad Tarmizi
  • Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais
  • Nurul Suhada Zainal

Angkat Berat

  • Bonnie Bunyau Gustin (Lelaki 72kg) - Pingat EMAS
  • Jong Yee Khie (Lelaki 107kg)- Pingat PERAK

Renang

  • Brenda Amelia Larry
  • Muhammad Nur Syaiful Bin Zulkefli
  • Jamery Anak Siga

Ping Pong

  • Chee Chaoming (Single - TT9)

Tenis Kerusi Roda

  • Abu Samah Borhan (Single Lelaki)

Dalam temasya Paralimpik Rio 2016 sebelum ini, Malaysia berjaya membawa 3 pingat emas dan 1 pingat gangsa. Harap kali ini, kontinjen Malaysia dapat membawa lebih banyak pingat kepada negara.


sumber : hellokerja, bernama, paralympic council

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai 22 atlet Malaysia yang akan ke Temasya Paralimpik Tokyo 2020"