Tealive Grape Velvet Milk With Black Diamond Padu Bak Hang!

Tealive Grape Velvet Milk With Black Diamond Padu Bak Hang!

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk rasa menu minuman baru daripada Tealive. Mereka telah memperkenalkan 3 variasi Grape Velvet dan yang sempat aku rasa adalah Grape Velvet Milk with Black Diamond.

Biasa aku kalau teringin minuman Tealive mesti order bubble milk tea, tapi kali ini kebetulan perasan ada mereka yang kongsikan iklan dimana Tealive akan mengeluarkan menu baru bermula 1 Jun 2021. Jadi dah tiba masanya, aku try la juga order salah satu minuman tersebut.

Terdapat 3 jenis variasi Grape Velvet kali ini iaitu Grape Velvet Milk with Black Diamond, Sparkling Grape Velvet with 3Q Jelly dan Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly. Minuman yang aku pilih tu pun adalah cadangan daripada pekerja Tealive itu sendiri, sebab katanya ianya masih baru dan tiada lagi best seller kan.

Jadi berbaloi ke minuman ni?

Review Tealive Grape Velvet Milk With Black Diamond

Sebelum itu untuk harga ketiga-tiga variasi Grape Velvet ini adalah seperti berikut :

  • Sparkling Grape Velvet with 3Q Jelly - RM8.90 (R) dan RM9.90 (L)
  • Grape Velvet Milk with Black Diamond - RM9.90 (R) dan RM10.90 (L)
  • Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly - RM10.90 (L)

harga tealive grape velvet

Harga ini mungkin berbeza bila anda buat tempahan melalui Grabfood, Foodpanda atau menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet. Juga boleh membuat pesanana melalui aplikasi Tealive.

Aku order Grape Velvet Milk with Black Diamond dengan saiz L iaitu RM10.90. Terpengaruh sebab katanya beza seringgit dari saiz regular. Hahaha

Untuk minuman jenis ini, anda perlu pastikan anda goncang atau kacau terlebih dahulu sehingga sebati. Ini kerana grape velvel masih mendap dibawah dan agak masam kalau diminum begitu sahaja. Jadi dengan campuran grape (masam) dan milk (manis), air ini sekali gus memberikan rasa masam manis bersama dengan black diamon yang rasanya seperti grass jelly kot. 

Tealive Grape Velvet Milk With Black Diamond Padu Bak Hang!

Bagi pandangan aku sendiri, minuman ini rasanya seperi extra joss anggur atau vitage anggur sikit kot tetapi dengan rasa premium ditambah pula dengan black diamond. Rasa tidak terlalu masam dan tidak terlalu manis. Balanced! Rasanya juga sedap!

BACA : Cuba Tealive Grape Velvet Smoothie With Coconut Jelly Plak? Ada 1 Je Yang Best!

Kalau diberi peluang, aku nak rasa sekali lagi tetapi mungkin harganya sedikit mahal. Atau mungkin boleh tunggu ada yang sponser ke atau ada rezeki lebih, aku nak order grape velve milk with BD ini lagi. 

Ada orang bagi tahu, sparkling tu tak best, mungkin aku kena cuba smoothie pula lepas ni? Tungguuu...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Tealive Grape Velvet Milk With Black Diamond Padu Bak Hang!"