Pahang Adakan Kursus Pra Perkahwinan Secara Online Pada 7 Julai Ini. Daftar Sekarang!
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini mengumumkan akan mengadakan Kursus Pra-Perkahwinan Islam Secara Online bagi Siri 1 untuk tahun 2021. Ini bermakna, peserta tidak perlu datang ke kelas dan kursus hanya secara video conference sahaja.
Kursus Pra-Perkahwinan Islam secara online ini dibuat bagi mengikuti SOP yang ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 dimana tidak membenarkan apa-apa aktiviti yang melibatkan orang ramai dalam 1 tempat tertutup.
Kursus Pra-Perkahwinan Islam JAIP Secara Online
Kursus Kahwin ini buat pertama kali akan diadakan pada 7 Julai 2021 (Rabu) dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Julai 2021. Ianya akan berlangsung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan hanya terhad untuk 80 orang sahaja.
Dengan bayaran yuran hanya RM80, kursus ini akan berlangsung menggunakan aplikasi Webex Meet (13gb DATA). Kursus secara online ini akan berlangsung selama 6 jam 30 minit. Sijil dan Buku Kursus akan dihantar secara POS selepas kursus tamat.
Penyertaan adalah terbuka dan keutamaan bagi pasangan yang akan berkahwin dalam masa terdekat sahaja dan telah memiliki tarikh cadangan untuk majlis akad nikah.
Cara Mohon Kursus Pra-Perkahwinan Islam JAIP Secara Online
Para peserta boleh mula buat permohonan sekarang secara online di portal prakahwin.pahang.gov.my dan klik "Daftar Penyertaan". Peserta yang berjaya dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM80 secara online ke akaun Kelab Kebajikan Pegawai dan Kakitangan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Pahang nombor 06030000160712 (Bank Muamalat)
Kemudian anda perlu hantar Bukti Pembayaran, Slip Permohonan Kursus dan Salinan Kad Pengenalan ke nombor Whatsapp di 017-9731130
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web prakahwin.pahang.gov.my
Post a Comment for "Pahang Adakan Kursus Pra Perkahwinan Secara Online Pada 7 Julai Ini. Daftar Sekarang!"
Post a Comment