PKP Penuh Atau 'Total Lockdown' Fasa Pertama Bermula 1 Jun Selama 14 Hari
Nampaknya sekali lagi kita akan hadapi situasi yang sama seperti 18 Mac 2020 yang lalu. Ini kerana Kerajaan akan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'Total Lockdown' Fasa Pertama seluruh negara bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.
Keputusan ini diambil setelah kes harian jangkitan COVID-19 semakin hari tidak menunjukkan trend penurunan sebaliknya terus bertama dari hari ke hari. Terbaru, 28 Mei sahaja sekali lagi Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 8,290.
Seperti PKP 1.0 sebelum ini, PKP kali ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and services sector) yang disenaraikan oleh MKN sahaja.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Atau Total Lockdown Selama 14 Hari
Dalam tempoh ini, Kerajaan mengumumkan akan menggunakan 3 fasa iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua dan Fasa Ketiga. Jika Fasa Pertama berjaya, kita akan pergi kepada Fasa Kedua dimana beberapa sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi dan ke Fasa Ketiga dengan SOP yang lebih longgar diumumkan.
Akan tetapi pertukaran fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya berdasarkan perkembangan kes-kes harian dan kapasiti hospital seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19.
Sepanjang tempoh 'Lockdown' ini juga, Kerajaan akan memperkenalkan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan melalui Kementerian Kewangan. Oleh itu, pengumuman ini akan dibuat dalam masa terdekat.Selain itu, Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.
Oleh itu, diharapkan kepada semua orang termasuk diri ini untuk terus berdisiplin dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Harap tempoh PKP Penuh kali ini tidak lama seperti tahun lalu dan diharapkan kes turun dengan lebih cepat.
Siapa sangka kan, kita terpaksa hadapi sekali lagi total lockdown dalam tempoh 2 tahun, sedangkan negara lain semakin hari semakin bertambah baik keadaan terutamanya berkaitan dengan wabak ini.
Jika tiada keperluan untuk keluar, just STAY AT HOME guys! Jaga diri, jaga mental, jaga keluarga #KitaJagaKita.
sumber : Kenyataan Perdana Menteri
4 comments for "PKP Penuh Atau 'Total Lockdown' Fasa Pertama Bermula 1 Jun Selama 14 Hari"