Sedap Weh Rasa Pizza Kari Raya Terbaru Dari Pizza Hut
Beberapa hari yang lepas aku berpeluang untuk rasa sendiri pizza Kari Raya yang terbaru daripada Pizza Hut yang katanya menampilkan kelainan persembahan dan pastinya rasa yang unik.
Kita sedia maklum, umat Islam seluruh negara sekali lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2021 ini dalam keadaan norma baharu. Selain daripada larangan rentas negeri dan daerah, kita juga tidak dibenarkan untuk ziarah aidilfitri. Jadi kena duduk rumah sahaja.
Jadi bagaimana nak mengukuhkan silaturrahim? Haa inilah yang diperkenalkan oleh Pizza Hut iaitu melalui penghangtaran pizza terbaru mereka, Pizza Kari Raya yang dihantar bersama 'Kad Salam' yang berfungsi sebagai kiriman salah kepada mereka yang jauh di mata.
Erti kata lain, dengan membuat pesanan pizza Kari Raya dan menghantar kepada saudara, anda juga boleh sertakan 'kad ucapan' sebagai tanda pengukuhan ikatan silaturrahim walaupun anda berada jauh daripada mereka.
Anda boleh berbuat demikian dengan membuat pesanan melalui laman web di www.pizzahut.com.my , aplikasi Pizza Hut atau menggunakan Whatsapp sahaja lebih mudah. Jadi anda boleh pilih untuk hantar pizza dan kad sebagai hadiah untuk rakan atau keluarga dengan isi maklumat penerima.
Tawaran terhad pizza terbaru ini adalah dari 19 April hingga 21 Jun 2021 sahaja dengan harga bermula RM38.90 untuk hidangan ala carte dan hidangan kombo untuk 2 hingga 4 orang bermula RM44.90.
Rasa Pizza Kari Raya Yang Menyelerakan
Jadi baru-baru ini aku cuba la sendiri rasa Pizza Kari Raya. Pizza ini menampilkan penampilan berbeza dengan pizza lain tetapi hampir sama seperti persembahan Cheesy Poppers Pizza. Ia mengenakan 12 poket atau kerak berinti yang berbeza dengan pizza lain.
Didalam setiap poket tersebut ianya berintikan kuah kari dan begedil. Manakala atasnya pula ditaburkan dengan ayam perap dan pizza hut akan berikan tambahan sos kari lazat yang anda boleh limpah diatas pizza tersebut. Pada bahagian pula ada sedikit cheese bagi mengimbangi rasa kari dan manis keju.
Review Pizza Kari Raya
Kesemua rasa kari yang ditawarkan tidak terlalu kuat dan sangat sedap ketika makan. Aku pula buat makan untuk berbuka puasa baru-baru ini. Jadi ianya tak mengganggu pun ketika berbuka. Selain itu kerak dengan inti begedil pun best rasa dia, lagi-lagi makan bersama sos kari lazat tu.
Juga terdapat beberapa ketul ayam perap yang ditaburkan di atas pizza. Gabungan yang ditawarkan antara pizza + begedil + sos kari lazat sangat sedap sebenarnya. Ditambah pula makan panas-panas. Rider deliver betul-betul nak dekat berbuka.
Takkan aku sorang je yang kena rasa, korang juga patut cuba pizza Kari Raya terbaru daripada Pizza Hut ini, lagi-lagi nanti duduk rumah sebab tak boleh raya. Sambil layan juadah raya, boleh juga dapatkan Pizza Kari Raya ini juga.
2 comments for "Sedap Weh Rasa Pizza Kari Raya Terbaru Dari Pizza Hut"
selamat hari raya